Assalamualaikum...
Kali ni aku nak perkenalkan sebuah buku.. Almaklum aku ada kat rumah abang ni, ternampaklah sebuah buku kat ruang tamu. Tak pasti sangat tapi adik kata kakak ipar punya. Eh, silap (bila tengok balik, ada tulis nama abang aku beli hari Rabu 28 Januari 2015 bersamaan 8 Rabiulakhir 1436 Hijrah) Oppss.. sori abang, tak perasan. Berikut adalah sinopsis dan kandungan berkenaan buku ni:
Tajuk : KENALI RASUL KITA MUHAMMAD : MENYINGKAP KEPERIBADIAN & CARA HIDUP INSAN MULIA
Helaian : 685
Terbitan : Telaga Biru
Cetakan : Times Offset Malaysia Sdn. Bhd.
Penulis : Imam At-Tirmizi (Huraian Ahmad Adnan Fadzil)
Cetakan : Cetakan pertama Februari 2014
ISBN no : 978-967-388-151-2
Harga : RM89.00
Aku baru ternampak buku ni tadi , so sempat la scan sikit, bak kata orang kampung aku.. glance through the book. Ekekeke... Best gak la dari awal dia bagi pengenalan profil siapa perawi-perawi hadis. Maksud perawi yang ada kat buku ni maksudnya "Perawi hadis ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah SAW (merangkumi sahabat, tabi', tabii sehingga ke zaman Imam al-Baihaqi" Senarai perawi disusun dari A-Z, iaitu dari muka surat 2 hingga 51.
Ada 56 bab semuanya, so tak sempat la aku nak taip semuanya sekali sebab baru nak glance through kan? Bab 1 diceritakan tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah. Pengenalan pada bab ni "Rasulullah SAW merupakan seorang yang berketinggian sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah, fizikal Baginda cantik, rambut Baginda tidak kerinting dan tidak pula terlalu lurus, kulit (sedikit) kemerahan dan apabila Baginda berjalan, condong ke depan."
Setiap bab ada dinyatakan:
1. sub topik
2. hadis yang merujuk pada topik tersebut,
3. tafsir hadis tersebut, dan
4. pengajaran hadis
Terdapat juga info tambahan serta pelbagai carta dan gambar menarik disertakan pada buku ni. Gambarnya cantik dan berwarna untuk santapan mata. Kat akhir bab 1 ni ada ditunjukkan carta tarikh dan peristiwa penting dalam sirah Nabi Muhammad SAW. Lepas tu ada gambar makam Rasulullah dan kat muka surat sebelah tu ada gambar tanah daripada makam Rasulullah.
Selain tu, diberikan juga secara percuma DVD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed sekiranya membeli buku ni. Tajuk DVDnya, "Kuliah mengenali Rasulullah". Rasanya pernah tengok promo seorang ustaz kat tv ni katanya... "Bagaimana kita nak mencintai Rasulullah sekiranya kita tak mengenali tentang Rasulullah?" ...lebih gitu kuranglah kata ustaz tu.. Oklah... panjang pulak aku review pasal buku ni. Harap-harap tak lah bosan membaca ye... Daaa...tatitu
Wahhh....mcm best je buku ni....hrp berkesempatan la untk mmbca...hehe
ReplyDeleteHehe... thanks sebab jadi commenter pertama kat blog akak ni... Akak pun baru je selak-selak buku ni. Kalau tak sempat baca kat rumah abang, mungkin kena beli gak buku ni untuk dijadikan bahan bacaan.
Delete