Assalamualaikum,
Harini ada kem bestari solat. Alhamdulillah semuanya telah selesai. Kebetulan pagi tadi aku ditugaskan untuk mengajar murid-murid kelasku sendiri, 6A. Topik KBS untuk harini adalah solat sunat hari raya aidiladha. Sedap gak suara Syafiq Shareza mengalunkan igamat. Lepas tu Akmar pula jadi imam untuk kawan2 kelasnya. Lepas habis semua, satu kelas sama-sama mengalunkan takbir raya. Rasa nak menitis airmataku mendengarkannya tapi aku tahan je.
Masa rehat ada nasi minyak kat kantin. Sedap gak. Lepas tu tanya kat orang jual perisian Carikata yang datang semalam, ada bawa lebih tak sebab akak nak beli. Alhamdulillah ada. Aku suruh dia installkan terus kat laptop. Kejap je dia buat. Dah habis waktu sekolah, borak2 dengan geng Mary Kay (hehehe). Kan ketuanya tukang jual tu kak yah ada. Bagus promosi baekkkk punya.
Thursday, 4 October 2018
Saturday, 1 September 2018
Cuti 3 hari tapi tak cuti sangat... 4 fail nak buat
Assalamualaikum,
Hmmm minggu ni cuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61. Cuti hari Jumaat so dapatlah cuti 3 hari sederet. Nak kata cuti sebenarnya takde la gak sebab Khamis tu aku bawa balik 4 fail balik ke rumah. Fail-fail panitia, fail data dan maklumat murid dan fail spsk hasil kerja murid. Jumaat tu malas rasanya nak buat apa-apa, tengok tv acara perbarisan dan siaran langsung Sukan Asia kat Indonesia sambil chat kat cb kampung dan layan shopee dan facebook yang dah lama tak tengok. Malam tu try pula guna Nakada air fryer yang baru beli minggu lepas, aku try chicken chop dan keropok lekor. Ok gak rasa dia cuma lain kali kena tambah masa.
Sabtu pagi tu dah cakap dengan mak nak pergi ziarah kubur arwah abah kat Kota Damansara dan lepas tu pergi pasar tani. Kat pasar tani tu ada radio Suria, nampak Halim Othman, dj Lin, Syuk Shiro. Balik tu makan-makan dulu pastu terlelap la pula. Dah petang baru mula buat fail panitia dulu sampai ke malam sambil2 makan makanan beli kat pasar tani. Banyak tu beli kat sana... ada cakoi inti kacang, tapai goreng, nasi dagang, mee bandung. Sampai kat rumah, ada orang sebelah markas PAS ni bagi pula cempedak goreng. Alhamdulillah rezeki. Habis semak 2 fail panitia tu dah pukul 10.30 malam. Dengar la mak tengok Malaysia kalah dalam final hoki Sukan Asia lawan Jepun dalam penalti. Malam tu masuk cb kampung sambil tengok2 kerja yang perlu dibuat lagi. Lepas tu ada orang call sampai pukul 1.00 pagi terlelap le pula.
Harini aku terbau-bau je nasi lemak yang mak kata nak buat semalam. Sedap weh, bertambah makan. Lepas tu baru start buat fail Unit Data dan fail SPSK pukul 9.00 pagi sambil layan lagu kat cb kampung. Ada adik baik ni nama dia Faqih jadi dj. So aku minta la beberapa lagu dia putarkan. Hehehe. Sat lagi nak panaskan mee bandung semalam tak makan lagi.
Kelakarlah pulak kat radio cb tu ada ceramah Samsul Debat. Mak pun dengar juga.

Sunday, 27 May 2018
Setelah beberapa minggu tidak ke sekolah...
Assalamualaikum..
Harini baru dapat merasa bau sekolah selepas dah berapa minggu tak ke sini. Mana taknya... Minggu lepas 5 hari kursus pro elt kat SK Seksyen 11 Kota Damansara. Dahlah jauh... Isnin tu cirit birit pulak so tak pergilah satu hari. Hari2 lepas tu ada gak sesekali muntah. Nak ikutkan sampai harini badan rasa tak larat sangat macam biasa. Seminggu sebelum tu ada kursus Formal Assessment di SK Kelana Jaya 1 untuk kp bahasa inggeris. Nasibaik dekat je dengan rumah. Minggu sebelum tu cuti PRU ke 14 pulak. Dua minggu sebelum tu ada sukan selama dua minggu.
Jadi persoalannya bila nak ngajar budak tahun 6 ni????? Dah la sekarang ni bulan May... result bulan Mac tak berapa elok sangat. Stress weh. Minggu ni periksa pulak. Jadi, dalam 6 minggu juga la tak dapat mengajar mereka ni. Sekarang ni sibuk dengan failing skpmg2 pula. Memang tak terkejar lah. Letih la kalau macam ni selalu. Tu belum campur lagi nak isi kemasukan ke tingkatan 1 untuk budak2 tahun 6 ni.
Apa-apa hal, kena sabar dan kuatkan hati je la. Pastu doa supaya dipermudahkan segala urusan. Ok lah nak sambung tebuk jawapan untuk kertas periksa tahun 4,5 dan 6.

Monday, 30 April 2018
Cuti peristiwa sempena hari sukan semalam ....
Harini cuti tapi takde la rehat sangat. Pagi-pagi tu tengok borang2 nak isi untuk Program HIP. Pastu mula isi borang data HIP. Wasap gak dengan cikgu sk sultan alam shah 1 camne nak buat pasal hip ni. pukul 9 lebih ada kak mas col tanya nak pergi GM ke tak. Bagitau kak mas nak isi borang hip, pastu nak buat lesson plan then buat kertas periksa pemahaman dan penulisan tahun 4 dan 5.
Petang time buat lesson plan memang ngantuk tul bagai ditarik-tarik mata so panaskan nasi dan lauk untuk kurangkan ngantuk. Lepas makan, tengok facebook jap. Malam ni baru nak start buat kertas periksa.

Hari sukan ke-31 sk sungei way ... yeayyy rumah kuning juara
Alhamdulillah..
Semalam selesai sudah 2 minggu penuh dengan aktiviti sukan di sekolahku. Semalam habis pukul 1.50 petang. Lambat mula so lambatlah habisnya. Alhamdulillah tahun ni walaupun pindah rumah sukan kuning tapi berjaya juga jadi johan sepertimana tahun lepas walaupun tahun lepas rumah biru.
Tahun ni kena jaga bahagian kecemasan tapi disebabkan takde kecemasan, tolong kak mas bahagian makan guru dan murid. Pagi tu makan nasi dagang kak mas buat. Disebabkan sedap sangat, cepat habis sampaikan Cae tak sempat nak makan. Kesian dia.
Mak ada tegur muka dah hitam.. adoiii kena pakai bedak sejuk la ni. Petang tu hantar adik balik rumah sana. Malam tengok tv tapi tidur awal la gak sebab penat badan.

Sunday, 18 February 2018
GM Klang dan kak Fid

![]() |
Sejadah untuk abang dan kak ina |
![]() |
Ni bag anello biru untuk aku |
![]() |
Sejadah letak kat bilik tengah |
Monday, 15 January 2018
Ke Lorong Haji Taib dengan Erni
Assalamualaikum,
Harini mula ujian diagnostik tahun 6 paper BM dan matematik kertas 2. Sampai lambat ke sekolah sebab bangun awal pukul 4.00 pagi buat Kertas kerja minggu panitia dan Pelan strategik panitia BI tapi tak sempat nak habis walaupun dah pukul 6.40 lepas tu terus solat, makan dan pergi sekolah. Sampai sekolah tengok2 erniza dah habis bagi talk kat dewan. Alhamdulillah, I am blessed to have friends like these. Lepas habis perhimpunan, aku terus ke bilik guru untuk stapler kertas bi ujian diagnostik untuk esok. Rupanya kakak fotostat tu salah stapler so kena fotostat lain dan stapler balik. Nasibaik sempat habis sebelum masuk kelas.
Lepas habis waktu persekolahan, aku dan Erniza ke KL which is at Lorong Haji Taib untuk cari belon yang berbentuk binatang untuk gimik pelancaran minggu panitia bi minggu depan. Rupanya kedai tu dah tutup, cari2 pusing2 kat area2 tu tapi semua kedai tak jual. Hmmm takpelah nanti Erni kata nak tolong esok dia carikan sebab aku ada meting tahun 6. Harap2 adalah nanti atau terpaksa tukar plan lain pasal gimik tu.

Making egg sandwiches at 5 Bakawali
12th January 2018 (Friday)
Assalamualaikum,
Today the class of 5 Bakawali is doing egg sandwich. I have already reminded them to bring their things for 2 days however some of them still forgot. Hmmm kids are still kids. I divided them into 3 groups. They were very happy indeed to make the egg sandwiches. This is referring to the recipe inside their textbook but I ask them to add some more ingredients to make them tastier. First of all, I show them the instructions then I let them do by their own. The only thing I do was to supervise and cut the sandwiches into triangles.

Plak kehadiran penuh 2017
9 Januari 2018 (Selasa)
Assalamualaikum,
Tak tahu pulak semalam ada majlis pemberian plak kehadiran penuh 2017. Kak mas ambilkan plak untuk aku. Lepas tu dia send gambar kat aku. The next day, tengok ada plak tu atas meja. Seronok rasanya. Tapi tahun ni tak dapatlah sebab dah cuti haritu hantar mak ke PPUM. Takpelah ada la tu rezeki aku sebab temankan mak...seperti kata sorang kawan ni.

Teman mak ke PPUM untuk check up mata kali ke 2
8 Januari 2018 (Isnin)
Assalamualaikum,
Harini aku cuti! Rasa macam pelik lak. Aku kan tak biasa ambil cuti ni. Pagi-pagi lagi dah sarapan dan naik uber ke PPUM dengan mak. Pusing2 sebab nak elak jem tapi sampai kat situ sesat lah pulak sebab tak ingat kat mana nak check mata tu, nama dia bahagian Aftalmology (betul kot ejaan ni). Appoinment pukul 9.00 tapi ramai tul orang. Yang duduk memang penuhlah yang berdiri pun penuh. Bayangkan sampai situ pukul 9, sampai rumah pukul 2.00 lebih. Memang ngantuk la. Nasibaik beli nasi ayam kunyit kat sana itu tadi so tak payah masak dah. Next appoinment 12 Mac 2018, kali ni kena operate mata.

Hi tea BKGP di Grand Blue Wave Shah Alam
6 Januari 2018 (Sabtu)
Assalamualaikum...
Sabtu minggu yang dulu BKGP SKSW mengadakan jamuan hi tea kat Grand Blue Wave kat Shah Alam. Mulanya tu janji dengan Fizah nak pergi sama2 tapi ntah macam mana boleh tertinggal kunci kat dalam bilik pulak masa mak pergi kedai Jepun tu. So terpaksa tunggu mak balik la dan suruh Fizah pergi dulu. Sampai kat sana takde lah lambat sangat nak dekat pukul 1.00 petang. Makan semeja dengan Fizah, Seha dan Yati. Haritu takde la makan banyak sangat, yang penting nasi ambil sesenduk je. Kesian gak Jo tak leh makan daging kat meja dia...
Masa makan tu ada cabutan bertuah. Semua orang dapat hadiah cumanya hadiah lain2. Lepas ni ramai cikgu lelaki balik dan kami ramai2 ambil gambar. Nak dekat pukul 4 tu p cari bilik solat dengan kak mas susah juga nak jumpa. Tak lama lepas tu sambung makan sikit dan akhir sekali tunggu kak mas bayarkan semua. Fizah tumpang kereta aku sementara kak mas naik kereta Rau.
Hantar Fizah dulu lepas tu baru balik. Mak tengok hadiah yang dapat tadi iaitu kain corak batik dan hadiah cabutan bertuah tu dapat 2 mug. Aku ada gak ambil peket gula putih dan gula perang serta butter.
Assalamualaikum...
Sabtu minggu yang dulu BKGP SKSW mengadakan jamuan hi tea kat Grand Blue Wave kat Shah Alam. Mulanya tu janji dengan Fizah nak pergi sama2 tapi ntah macam mana boleh tertinggal kunci kat dalam bilik pulak masa mak pergi kedai Jepun tu. So terpaksa tunggu mak balik la dan suruh Fizah pergi dulu. Sampai kat sana takde lah lambat sangat nak dekat pukul 1.00 petang. Makan semeja dengan Fizah, Seha dan Yati. Haritu takde la makan banyak sangat, yang penting nasi ambil sesenduk je. Kesian gak Jo tak leh makan daging kat meja dia...
Masa makan tu ada cabutan bertuah. Semua orang dapat hadiah cumanya hadiah lain2. Lepas ni ramai cikgu lelaki balik dan kami ramai2 ambil gambar. Nak dekat pukul 4 tu p cari bilik solat dengan kak mas susah juga nak jumpa. Tak lama lepas tu sambung makan sikit dan akhir sekali tunggu kak mas bayarkan semua. Fizah tumpang kereta aku sementara kak mas naik kereta Rau.

Thursday, 4 January 2018
Peningggg...
Assalamualaikum...
Banyaknya benda nak buat sampai pening-pening lalat, tak tahu nak buat apa dulu. Kena relekskan minda dulu. Harini berjalan seperti biasa. Mengajar kelas 4A, 6A dan 5B. Eh apa lagi nak cerita ye. Macam takde benda la pulak. P

Tuesday, 2 January 2018
Hari kedua persekolahan 2018
Assalamualaikum...
Seronoknya nak mulakan harini. Bukan apa, kena ada pasang niat untuk berdakwah dalam pengajaran. Kat kelas 6A, awal2 lagi dah beritahu yang mereka kena habiskan 15 unit buku sebelum sebelum bulan Jun. Lepas tu start ngajar 8 parts of speech cuma tak cover verbs sebab yang tu banyak skop nak kena ajar. Ajar general je harini supaya mereka dapat mengingat semula apa yang mereka pernah belajar sebelum ni. Tetiba encik Syed datang ke kelas. Katanya ada murid baru nak masuk 6A, Sofea namanya. Tengok pada result, nampak ok sebab semua subjek lulus. Hmmm... Alahaiii lupa lagi nak lantik ketua dan penolong ketua kelas. Esoklah.
Lepas tu kelas 4A macam semalam senyap je. Aku suruh mereka buat My biodata dalam bentuk sentence and essay form dengan mengisi tempat kosong. Dah abis tu balik ke bilik guru dan key in nama Sofea tadi dan isi kehadiran dalam apdm. Lepas tu bila masuk ke kelas 5B, ajar serba sedikit tajuk setiap unit dan kemudiannya karangan bertajuk My biodata dengan mengisi tempat kosong. Dah habis kelas, cikgu baru tu Azura ajar macam mana nak tukar cikgu kelas. Senang je rupanya guna id admin sekolah. Nasibaik Kavitha masuk bilik guru jadi dapatlah bagi duit untuk hi-tea bkgp kat Hotel Grand Blue Wave nanti.
Petang tu minta tolong dengan Azian camne nak minta cuti. Maklumlah tak pernah minta cuti ni so kena tanya orang lain. Rupanya tak guna borang dah, masuk online kat hrmis je tapi tak leh minta cuti sebab data cuti tak kemaskini. Kena jumpa dengan Aini juga. Aini kata ikutkan bulan Januari tak boleh minta cuti sebab ada pengiraan dia tapi Aini suruh minta izin guru besar. Kalau gb bagi, dia akan cuba murnikan. Tapi tak janjilah katanya. Takpelah, kita pun faham gak benda2 macam ni ada prosedurenya. Nanti kena bagitau mak la tak tau dapat minta cuti ke tak 8/1 ni nak hantar mak buat check mata kali ke 2 kat PPUM.

Monday, 1 January 2018
Hari pertama persekolahan 2018 dan hadiah yang tidak terduga..
Assalamualaikum...
Seronok rasanya harini. Pagi-pagi dah bersiap, sarapan pagi untuk ke sekolah. Harap-harap taklah lambat sangat. Alhamdulillah sampai di sekolah pukul 7.05 pagi. Ramai ibu-bapa yang menemani anak-anak pada hari pertama terutama bagi murid tahun 1. Berderet cikgu beratur untuk kempen guru penyayang di gate besar sekolah. Perhimpunan kali ini sekejap je sebab nak gunakan dewan untuk minggu transisi tahun 1. Murid kelas 6 Anggerik naik ke atas dan aku pergi sebentar ke bilik guru untuk mengambil fail. Rupanya mereka terus ke kelas 6 Anggerik tahun lepas, maklumlah mereka tak tahu. Ada murid yang berkata... Eh! Kelas tahun lepas lah.
Pelajaran pertama tentang disiplin di mana mereka ditegur tentang perangai mereka yang tidak menunjukkan bahawa mereka adalah murid 6 Anggerik. Setelah puas memberikan penerangan, mereka pun menyalin jadual waktu. Selepas tu aku ngajar kelas 5Bakawali. Disebabkan dah kenal budak-budak ni, aku berkenalan dengan murid yang baru berpindah kelas. Seperti biasa, peraturan kelas diberitahu supaya mereka ingat apa yang patut dan tak patut dilakukan. Last sekali kelas 4Anggerik. Susah juga nak ingat nama walaupun tak ramai budaknya.
Harini sibuk nak import dan eksport nama murid di APDM. Dah diberi tugas baru iaitu guru data apdm, so kerjanya memastikan semua guru mengisi kehadiran murid. Sebelum tu, kena pastikan data murid betul. Sekiranya salah kelas, nama perlu ditukar mana kala sekiranya murid telah berpindah, kena padam. Murid yang baru masuk pula, perlu didaftarkan segera. Bukan apa... Alya anak puan Zu dah confirm pindah sekolah, jadi aku kena padam nama dia supaya sekolah baru dia boleh ambil nama tu.
Harini sibuk sangat sampai lupa nak beli makanan. Bila dah pukul 12 lebih tu baru perasan perut dah lapar. Yang ada kat meja makan tu sekotak besar buah rambutan yang dibawa oleh Syahidan. Jadi lepas habis buat lesson plan untuk esok, aku baliklah awal dari biasa. Petang tu sempat buat kek coklat nak bawa kat sekolah esok. Malam tu cepat rasa ngantuk dan penat serta sakit kaki dari haritu. Lepas sapu balm dan pakai stokin, terus tidur.
Oh lupa lak! Pagi tadi masa tengah mengajar lebih kurang pukul 8 lebih, Lina dan maknya datang ke kelas. Rupanya mereka datang untuk bertanya khabar dan memberi hadiah. Buat susah-susah je. Cikgu-cikgu tak mengharapkan balasan tapi bila diberi hadiah sebegini, rasa terharu pulak. Ada gak berpesan pada Lina, kalau ada tak faham apa-apa nanti, boleh tanya dengan aku. Pasal qada puasa pun aku ada pesan, jangan buat lambat sangat macam tahun lepas... Bila balik rumah baru tengok. Rupanya ada hadiah telekung Siti Khadijah. Alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)