Thursday, 2 July 2020

Happy birthday to me...

Assalamualaikum,

Tarikh kelahiranku yang Alhamdulillah atas kurniaanMu ya Allah kerana telah memberikan lagi kesempatan kepada hambamu yang lemah ini untuk beribadah kepadaMu. Syukur jua padaMu kerana memurahkan rezekiku selama ini, memberikanku kesihatan yang baik, dikelilingi orang-orang yang terbaik dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat...





Tuesday, 9 June 2020

Lahirnya seorang Nurain Faizah ke dunia.. alhamdulillah

Tanggal 24 April 2020 Jumaat penghulu segala hari bersamaan 1 Ramadan 1441 Hijrah pada bulan yang berkah ini, alhamdulillah setelah 11 tahun kami sekeluarga menunggu dan 3 kali gugur kakak dan abangnya, pada pukul 2.40 pagi, lahirlah anak saudara perempuanku. Akhirnya mak ada seorang cucu. Syukur ku panjatkan padaMu atas kurniaan di bulan Ramadan ini. Moga kau lahir memberikan sinar kebahagiaan kepada kami semua.

Walaupun kena tahan kat wad dalam 2 minggu, aku, mak, ayah dan ibumu sentiasa setia menanti kehadiranmu ke pangkuan kami dari PPUM. Kami semua bersyukur atas kurniaan dariMu ya Allah..

In shaa Allah. Amiiinnnn....

Tuesday, 26 May 2020

Nasi goreng, sambal bilis, tempe dan tauhu dan sosej serta kopi o


Nasi goreng, sambal bilis, tempe dan tauhu dan sosej serta kopi o

3 Mei 2020 (Ahad)


Bubur lambuk, ikan goreng dan sambal bilis kacang tanah dan tauhu dengan air lemon untuk senangkan buang air besar


Bubur lambuk, ikan goreng dan sambal bilis kacang tanah dan tauhu
dengan air lemon

2 Mei 2020 (Sabtu)





BUBUR LAMBUK ALA KAMPUNG BARU
Bahan-Bahan:
2 cawan beras (basuh dan toskan)
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging tetel (potong kecil)
udang kering (rendam air panas dan tumbuk lumat)
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
2 helai daun pandan (basuh dan dicarit-carikkan)
garam/gula secukup rasa
1 air cawan
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih (dimayang)
2 biji bawang besar (dimayang)
1 inci halia (dimayang dan potong jadi macam batang mancis)
Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras [ditumbuk]
Bahan rempah (goreng kering dan mesin halus)
1 sudu kecil jintan manis (saya pakai jintan putih)
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
Bahan-bahan sampingan (optional) :
2 batang carrot dipotong dadu
1/2 cawan kurma dibuang biji bahan hiasan (mayang)
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara memasak:
– Panaskan minyak dan minyak sapi
– Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan dan bawang besar
– Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
– Kemudian masukkan daging.
– Tumis sehingga naik minyak.
– Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
– Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
– Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
– Ketika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
– Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
– Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan tadi. Dah siap!

Bubur nasi, goreng tauhu daging dan bilis


Bubur nasi,  goreng tauhu daging dan bilis, 
serta bubur lambuk dan teh tarik (pemberian orang surau)

1 Mei 2020 (Jumaat)



Bubur nasi ala mcd, goreng bilis dan bawang dengan kopi o


Bubur nasi ala mcd, goreng bilis dan bawang dengan kopi o

30 April 2020 (Khamis)






Resipi bubur ala mcd boleh dilihat dari youtube Buat Orang Lapo:


Hi semua. Hari ni saya nak menyediakan resepi yang paling senang iaitu bubur ayam. Ada terdapat pelbagai cara untuk menyediakan bubur ayam ni tapi secara asasnya, bahan-bahan yang diperlukan hanya lah ayam, halia dan juga sedikit garam atau bahan perasa. Boleh tambahkan pelbagai lauk dan sayuran yang lain ikut selera masing-masing. Selain itu, bubur juga sedap dimasak bersama santan untuk menambahkan rasa lemak. Dalam resepi ni, saya letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma bubur ayam. Selamat mencuba. Bahan-Bahan Ayam Garam 1 Cawan Beras Halia Stok Ayam Minyak Bijan Ikan Bilis Bawang Cili Padi

Nasi goreng, spageti aglio olio, puding caramel dan kuih talam


Nasi goreng, spageti aglio olio, puding caramel dan kuih talam

29 April 2020 (Rabu)




Ambil resipi Azie Kirchen youtube di sini : 


Seafood Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper

Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yg disukai

Mula mula rebus pasta mengikut masa yang ditetapkan di bungkusan.  Yang ni, semua orang tahu kot, letak garam banyak banyak sampai air rasa salty, baru sedap.  Juga letak sedikit olive oil. 

Masukkan olive oil ke dalam kuali dan tumis bawang putih yang dihiris nipis dengan api perlahan sehingga kekuningan.  Masukkan cili kering yang digunting.  Goreng lagi dan masukkan chicken stock bagi memberhentikan bawang putih dari terus kegaringan.  Kemudian masukkan udang dan masak sehingga udang masak.



RESEPI DIAMBIL DARI YOUTUBE LIMAU NIPIS
https://www.youtube.com/watch?v=VjjTG9uJWwI


PUDING KARAMEL GUNA BLENDER & NO OVEN | CARAMEL BREAD PUDDING


*Masa mengukus boleh jadi 40 minit ke 1 jam (kukus sampai bahagian tgh nampak sedikit solid dan bila cucuk tgh puding dgn lidi, lidi keluar bersih 👍) Gula karamel : - 1/3 cawan gula - 2 sudu besar air panas Puding : - 3 biji telur (gred A) - 4 keping roti - 1 cawan susu sejat/susu segar - 1/2 cawan susu pekat manis - 1 cawan air - 1 sudu teh esen vanilla/pandan/rose Size acuan : 8.5 x 4.5 inci (tinggi 3 inci)

Monday, 25 May 2020

Ayam masak kicap pedas, back choy sos tiram, roti telur dan teh o


Ayam masak kicap pedas, back choy sos tiram, roti telur dan teh o

28 April 2020 (Selasa)



Resipi Bok choy tengok kat sini https://www.youtube.com/watch?v=IsYWova4kD8

Nasi ayam dan mee rebus

Nasi ayam

26 April 2020 (Ahad)


Mee rebus




Nasi kari ayam, sambal ikan bilis tumbuk, telur mata dan kari kentang


Nasi kari ayam, sambal ikan bilis tumbuk, telur mata dan kari kentang

25 April 2020 (Sabtu)



CEKODOK, SAMBAL TAUHU, TEMPE DAN BILIS. TAUGEH GORENG KICAP, SAYUR CAMPUR, SUP AYAM DAN KOPI O

21 APRIL 2020 (Selasa)




GORENG TAUHU TEMPE DAN BILIS, TAUGEH GORENG, SAYUR PADPRIK, TELUR DADAR

20 APRIL 2020 (Isnin)



Nasi lemak sambal udang

14 APRIL 2020 (Selasa)



Lama tul tak post .... hari ke-2 puasa 6

Assalamualaikum,

Sejak dari takde kredit wifi haritu, aku tak post apa-apa. Bila dah ada kredit dah macam malas pula. Tambahan nak kena buat google form bagi homework kat budak. Lepas tu tengok webinar nak tambah mata splkpm lagi (banyak dah mata, jadi malas nak tengok dah) , puasa lagi. Pastu mak pergi rumah abang langsung aku takde mood. Mood nak kemas rumah (2 dapur, 2 toilet, bilik dan periuk belanga) dan masak2.

Dari pkp, dah ada pkpd dan sekarang pkpb pula. Nak dekat 3 bulan. Semalam ada meting google meet sambutan hari raya.

Oklah, rasanya lepas ni aku nak post balik gambar-gambar masakan masa mak takde haritu time bulan puasa. Mana tau teringin nak makan boleh tengok sini je.

Wednesday, 8 April 2020

22nd day MCO (4116 kes) dan roti canai Tok Ayah

Assalamualaikum,

8 April 2020 (Rabu)

Bangun-bangun masih pening lagi tapi lepas mandi tu, buat air lemon. Minum sikit dah rasa efek dia. Pagi ni mak pergi kedai sebab katanya dari semalam, dah lama tak makan daging. Tengok-tengok, selain dari beli daging dan barang-barang dapur dan pisang, mak beli roti canai gak. So sarapan roti canailah walaupun sebelum dan bakar roti dan burger. Lepas tu tengok tv cerita apa lagi... pasal Covid-19 la. Mak kata Sultan Selangor dah betitah yang kat Selangor takde solat terawikh dan bazar ramadan. Selain tu, sambung baca enovel kejap. Pukul 12 tengahari macam biasa ada Qurantime kat tv hijrah.

Pukul 2.00 p.m. gitu, tengok pc dari menteri keselamatan. Makin lama makin ramai yang keluar dan ingkat perintah PKP. Aku pun dah tak tahu lah nak cakap apa lagi.... Pukul 5.00 ada pc dari KP kesihatan.

Statistik hari ke-22:
Kes baharu : 156 kes
Jumlah keseluruhan :  4116 kes
Kematian :  65 orang (pertambahan 2 kes)

Sambil tu tengok juga youtube kat Malaysiagazette tentang PKPD kat masjid india tu. Terasa gak sebab selalu lalu kat situ kalau pi KL. Dah tengah malam baru bagi kerja rumah kat 6I dan 5K sambil-sambil dengar ngaji kat tv hijrah. Petang tadi bagi result je dari set 1-5 kat 6I. Tadi sempatlah bagi data yang Syahidan nak pasal alamat dan poskod budak-budak yang dapat PTRS (prog tuisyen rakyt Selangor) tu. Selain tu, sempat gak isi lagi splkpm tu.. nak tambah lagi markah. Harap-harap malam ni dapat habiskan buku ke5 untuk isi kat pembacaan buku.

21st day MCO (3963 kes)

Assalamualaikum,

7 April 2020 (Selasa)

Harini ada penambahan PKPD ke-4 kat 2 mansion di Jalan Masjid India. Aku rasa macam tau je tempat ni, selalu kena jalan sini kalau nak jalan ke Jalan TAR. Rasa sedih la pulak sebab tahu tempat ni. Tahun lepas sini takde bazar ramadan, tahun ni langsung tak boleh masuk.

Macam hari-hari sebelum ni, bagi homework SET 4 pula kat budak-budak 6I dan SET 1 untuk 5K. Takpe pelan-pelan kayuh. Yang penting bagi homework walaupun sebenarnya kesian gak budak-budak ni banyak kerja dah cikgu-cikgu lain bagi.

Tentang PKP pula, statistik hari ke-21:
Kes baharu : 170 kes
Jumlah keseluruhan :  3963 kes
Kematian :  63 orang (pertambahan 1 kes)

Monday, 6 April 2020

20th day PKP ( 3793 kes) dan banyak kerja nak buat

Assalamualaikum,

6 April 2020 (Isnin)

Banyak benda nak buat harini.
1. Mula-mula nak sambung baca buku 'Rahsia Cinta Tiga Segi MUHAMMAD' dan kalau sempat nak baca 'Nikmatnya Bersedekah' untuk esplg. Alhamdulillah sempat habiskan baca buku Rahsia cinta tiga segi Muhammad dan isi dalam esplg.
2. Dah janji nak bagi game quizizz dengan budak-budak 6 Inovatif pukul 10.00 pagi.
3. Selain tu, bagi Set 4 guna google doc untuk 6I.
4. Dalam pukul 1.00 - 2.00 pulak ada TV pendidikan Bahasa Inggeris kat tv okey. Menarik juga aku rasa, ada input untuk subjek penulisan.
5. Pukul 2.00 petang ada google hangout dengan Panitia Bahasa Inggeris. Ramai gak cikgu-cikgu ni masuk, dalam 11 orang semua walaupun sebenarnya untuk panitia BI je. Erniza ajar macam mana nak guna google meet tapi aku tak boleh nak masuklah pulak, tak tahulah apesal jadi gitu. Nantilah dah sekolah nanti, aku minta Erniza ajar balik.
6. Untuk 5K, aku hantar Set 1 untuk dijawab kepada Ustaz Ataa'u.
7. Try guna google hangouts dengan Ustazah Siti Asyuura. Wah berjaya!!! Ekekeke. Lain kali boleh try masukkan Rau dan kak Fid sekali.

Tentang PKP pula, banyak sidang media harini. Mula-mula pukul 2.00 petang menteri keselamatan cakap. Pastu pukul 4.00 petang ada Pakej Prihatin PKS tambahan oleh PM. Pukul 5.00 pula ada pc KP Kesihatan. Lepas tu Ketua polis negara pun buat pc juga. So statistik Covid-20 harini adalah seperti berikut:

Statistik hari ke-20
Kes baharu :  131 kes
Jumlah keseluruhan :  3793 kes
Kematian :  62 orang (pertambahan 1 kes)

Malam aku makan burger je ... sebab ada roti Gardenia yang dicari oleh ramai orang sekarang. Dari fb, aku jadi ralit pula baca enovel sampai pukul 3.30 pagi. Tapi masa tu sempat juga tengok Quranhour kat tvhijrah, baca surah al-Waqiah.

19th day PKP ( 3662kes)

Assalamualaikum,

5 April 2020 (Ahad)

Rasa tak selesa lagi hari ni so tak puasa lagi. Adik datang awal sikit, dalam pukul 10.00 pagi. Aku dengan mak buat nasi ayam sebab adik suka. Petang aku minta adik tolong call Pizza Hut, tetiba rasa nak makan piza la pulak. Hehehe. Lepas tu aku try buat quizizz dengan budak-budak 6I. Seronok diorang main walaupun tak ramai sangat dalam 8-10 orang je. Dalam pukul 10.00 malam, main lagi sebab diorang nak.

Statistik Covid-19 harini adalah seperti berikut:
Statistik hari ke-19
Kes baharu :  179 kes
Jumlah keseluruhan :  3662 kes
Kematian :  62 orang (pertambahan 4 kes)

18th day PKP (3483 kes)

Assalamualaikum,

4 April 2020 (Sabtu)

Hari ni tak puasa lagi...

So statistik Covid-18 harini adalah seperti berikut:
Statistik hari ke-18
Kes baharu :  150 kes
Jumlah keseluruhan :  3483 kes
Kematian :  57 orang (pertambahan 4 kes)

17th day PKP (3333 kes)

Assalamualaikum,

3 April 2020 (Jumaat)

Post kali ni aku buat lambat. Ntahla, maybe sebab banyak beri kerja rumah kat anak-anak murid sampai tak sempat nak tengok blog. Nak check satu-satu kerja markah budak-budak ni. So, lets recap back what I have done on that day. Hmmmm.....

Harini tak puasa. Rasa nak berehat je. Dah 3 minggu takde solat jumaat, sedihnya rasa. Rajin sikit harini so buatlah nasi beriani gam lagi sebab adik datang. Dari segi statistik Covid-19 pula, meningkat lagi.

So statistik Covid-17 harini adalah seperti berikut:
Statistik hari ke-17
Kes baharu :  217 kes
Jumlah keseluruhan :  3333 kes
Kematian :  53 orang (pertambahan 3 kes)

Ada cikgu sekolah kata nombor cantik tapi bagi aku, makin banyak kes, makin tak eloklah. Petang ni adik datang sini macam biasa.

Thursday, 2 April 2020

16th day PKP (3116 kes) dan nasi beriani gam lagi

Assalamualaikum,

2 April 2020 (Selasa)

Alhamdulillah pagi ni dipermudahkan Allah untuk bangun sahur, solat sunat dan subuh (dengan solat qabliah) walaupun malam tadi tidur pukul 2.00 pagi sebab nak habiskan baca buku Smart Heart. Finally, berjaya juga aku qatamkan pembacaan buku yang hanya 120 mukasurat tu.

Pagi ni aku rasa bersemangat nak sambung isi apa yang perlu kat splkpm tu. Cari apa yang boleh diisi untuk dapatkan markah. Mungkin lepas ni kena baca dua buku lagi kot untuk dapat markah penuh 20. Selain tu, kena cari balik apa sumbangan yang boleh dimasukkan dalam splkpm tu setakat bulan Mac ni. Bila tengok whatsApp, baru teringat cikgu sains Maisarah minta tolong bagi kerja rumah dekat group kelas. Lepas letak kerja rumah dia dalam group, masukkan juga kerja rumah BM cikgu Syahidan. Ralit membuat semua tu dan splkpm, tak sedar dah pukul 3.00 lebih. Ingatkan baru pukul 1.00 lebih. Lepas solat zohor dan asar, borak-borak dengan mak sebab dah mula hujan lebat. Tengok sidang media KP Kesihatan pun dalam youtube je.

So statistik Covid-19 harini adalah seperti berikut:
Statistik hari ke-16
Kes :  208 kes
Jumlah kes :  3116 kes
Kes sembuh : 645 kes
Kematian :  50 orang (pertambahan 4 kes)

Lepas tu bergegas ke dapur nak buat nasi beriani gam. Pagi tadi mak dah buat acar betawi yang aku suka tu, boleh la makan sekali dengan nasi beriani. Lepas tu buat ayam masak kicap pedas lak. Pergghhh boleh kecur lidah. Lepas tu aku panaskan balik nasi goreng mak pagi tadi. Lepas berbuka, solat maghrib terus on laptop buka fb masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah ada Selangor berdoa. Habis dalam pukul 9.40 baru tengok tv. Lepas tu tengok youtube balik. Perut kenyang lagi, jadi aku makan malam lambat, dalam pukul 11.50 malam. Nasi beriani gam, ayam masak kicap pedas, acar betawi, masak asam ikan dan kacang dan ikan bilis sambal kering dengan air lemon sejuk. Fuh! Terangkat.

15th day PKP (2908 kes) dan kerja rumah untuk murid-murid 6 Inovatif

Assalamualaikum,

1 April 2020 (Rabu)

Hmmm lambat sehari update PKP. Semalam ada buat solat sunat sikit dan luangkan masa check BP mak dan aku. Aduhaiii turun lagi BP dah 102. Selain tu, bagi homework kat anak-anak murid guna aplikasi whatsApp dan quizziz. Bagi yang seronok-seronok sikit kat budak-budak ni dengan pendekatan kuiz grammar. Nanti sehari dua ni baru buat soalan ikut format peperiksaan. Petang ni buat lagi lontong goreng dan pergedil untuk berbuka. Nyum nyum. 

So statistik Covid-19 harini adalah seperti berikut:
Statistik hari ke-15
Kes :  142 kes
Jumlah kes :  2908 kes
Kes sembuh : 645 kes
Kematian :  45 orang (pertambahan 2 kes)

Malam ni dah tekad nak habiskan baca buku Smart Heart. No matter what happen, I will make sure that I finish it by tonight! Sebelum tu lama gak check siapa dah hantar screenshot yang mereka dah buat quizziz. Kena scroll satu-satu berpinar mata. In the end, kira punya kira, 21 orang murid berjaya menyelesaikan soalan grammar dalam quizziz. Kira ok la tu. Ada tu takde line internet, line slow. Faham dengan masalah budak-budak ni bukan dari keluarga yang berada.

Akhirnya, berjaya gak aku habiskan pembacaan buku Smart Heart selepas seminggu berlalu. Teruk tul la... Tapi nak habiskan tu sampai kena tahan mata sampai pukul 2.00 pagi lebih, Tu pun terlelap sekejap atas sofa. Sambil baca sambil dengar alunan bacaan Al-Quran dari tv alhijrah. Sedih tengok Kaabah sunyi. Hmmmm...

Tuesday, 31 March 2020

Alhamdulilah... dapat berbuka puasa dengan lontong goreng

Assalamualaikum,

31 Mac 2020 (Selasa)

Sedapnya lontong goreng


Petang tadi tengok youtube, cari cara-cara nak buat lontong goreng. Bukan apa... haritu punya soto kuahnya dah habis tapi ketupat segera ada lagi. Jadi, aku ingat nak buat lontong goreng la. Cari punya cari, ada la beberapa chanel youtube tunjuk cara masaknya. Tak susah pun buatnya sebab dulu pernah la dalam 2-3 kali buat cuma nak cari kot2 ada cara atau bahan lain pula ke.

Antara bahannya untuk buat lontong goreng ni adalah bawang merah, bawang putih, cili boh, kicap tiram, kicap manis, kicap pekat, carrot, daun sup, telur dan bahan utamanya ketupat segera. Ikut orang juga lah kalau ada benda-benda lain nak tambah.

Petang dalam pukul 6.00 gitu, aku ke dapur. Barang-barang dah keluarkan dari tadi. Lepas buat lontong goreng, nak buat bergedil semalam tak cukup. Sedaplah pula rasa... Memasaklah aku sampai pukul 7.00 lebih sebelum maghrib. Alhamdulillah kenyang, makan dengan bergedil.


Monday, 30 March 2020

Betul ke golongan T20 ni perlu bantuan masa Covid19 ni?

Assalamuaikum,

31 Mac 2020 (Selasa)



Malam dalam pukul 8.50, ada program Selangor Berdoa dari masjid negeri Sultan Abdul Aziz Selangor. Mungkin program ni diadakan kerena Selangor adalah negeri yang paling banyak kes Covid-19. Mula-mula ada zikir dan disudahi dengan bacaan doa. Sedih pula dengar bila imam tu menangis masa baca doa tu... yelah ramai yang dah dijangkiti dengan penyakit Covid19 ni malah ada yang dah meninggal dunia pun. Nampak 12,600 orang mengikuti program secara live di fb masjid ni. Mak beritahu bacaan dia samalah dengan yang boleh dengar dari masjid Tabung Haji kat belakang ni. Program habis dalam pukul 9.30 malam. Sedih bila fikir ramai yang meninggal tu orang-orang tabligh. Mereka kan kumpulan yang selalu solat berjemaah dan ada yang hafiz quran. Moga Allah cucuri rahmat ke atas mereka dan masukkan mereka di kalangan orang-orang beriman.

Lepas tu tengok youtube pula. Antara banyak-banyak yang menarik adalah youtube yang tunjuk ig antara PU Azman dan Mira Filzah. Perkongsian pertanyaan dari Mira Filzah ni bagus juga. Ada juga benda yang aku tak tahu. walaubagaimanapun, apa yang paling menarik perhatian adalah bila ustaz kata ada orang nak kawin bulan Oktober dan terus secara spontan Mira Filzah gelak sambil tutup mulut dan nafikan dengan pergerakan tangan dia. Hahaha... baguslah nak kawin  tu. Kita doa yang baik-baik je untuk perkara yang baik.

Selain tu, youtube lain yang agak membuka minda adalah bila seorang pereka fesyen terkenal yang baru sahaja bersara iaitu Rizalman Ibrahim 'menyekolahkan' golongan T20. High pitch gak dia marah tapi seronok dengar loghat utagha dia pekat sungguh. Golongan T20 ni meminta bantuan dari kerajaan dan pada masa yang sama mempertikaikan kenapa golongan B40 dan M40 dapat bantuan tetapi tidak mereka. Aku tengok youtube ni pun rasa geram. Mereka tu dahla tahap jutawan tapi tergamak menyindir orang-orang susah yang terkesan secara langsung akibat Covid19. Moga Allah beri taufik dan hidayah pada golongan T20 ni dan mula bersedekah pada masa-masa yang getir ni. Amiin...

p/s : Kalau nak tengok, boleh klik kat link ni...
https://www.youtube.com/watch?v=ssHQO4gCilk

14th day PKP (hari terakhir fasa pertama PKP) dan lontong goreng untuk berbuka

Assalamualaikum,

31 Mac 2020 (Selasa)

Alhamdulillah berjaya juga bangun sahur dan buat solat hajat pagi ni. Moga dipermudahkan aku berpuasa hari ini. Diam tak diam, dah 14 hari berkurung dalam rumah, alhamdulillah waras lagi. Hehehe... Petang ni ingat nak buat lontong goreng sebab masih ada lagi ketupat segera masa buat lontong haritu.

Harini menteri kanan (keselamatan) ada pasar tani akan dibuka semula. Agaknya nak kurangnya sikit penjarakan sosial yang tak berapa ok kat pasar basah setakat ni. Harini graf turun sikit dari semalam tapi jumlah kematian banyak juga. Yang lebih merisaukan ramai betul orang kena tangkap sebab ingkar PKP. Hmmmm ..... susah nak cakap dengan orang-orang yang bebal ni

Statistik hari ke-14:
Kes :  140 kes
Jumlah kes :  2766 kes
Kematian :  43 orang (pertambahan 6 kes)

Moga Allah beri ketabahan untuk ustaz Ebit beri bantuan kepada frontliners

Assalamualaikum,

30 Mac 2020 (Isnin)

Sejak seminggu dua ni ada gak follow ustaz Ebit Lew hantar barang-barang untuk frontliners. Dia pergi hospital-hospital kat Ampang, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Sungai Buloh dan tak lupa kepada pegawai polis dan tentera yang buat roadblok. Antaranya tandas bergerak, aircond, face mask dan makanan. Beberapa hari ni ada seorang ustaz ni post kat ig (rasanya) menegur seorang ni asik keluar ke sana-sini dangan alasan nak beri bantuan kepada frontliners. Memang dia tak mention nama tapi orang semua dah tahu ustaz Ebit selalu keluar beri bantuan kepada para frontliners. Lagipun ustaz Ebit dah minta kebenaran dari pihak polis sebab memang polis escort dia.

Sedih aku rasa. Kita yang tak arif pasal agama pun rasa terharu sebab ada orang berhati mulia sanggup pergi ke lapangan tanpa mengira keselamatan diri, keluarkan duit sendiri dan luangkan masa untuk tolong hero-hero kita.

Aku doakan semoga orang-orang yang baik hati ini termasuklah ustaz Ebit Lew, tak kiralah dari mana pun bertabahlah. Anda semua hero dihati kami. Niat mereka ni baik, jadi kita-kita yang tak mampu buat macam mereka ni boleh doakan aje. Dari youtube macam ni lah timbul kesedaran kita semua untuk turut membantu.

Ni ada list beberapa youtube dari ustaz Ebit:
https://www.youtube.com/watch?v=vcMegxsErt4
https://www.youtube.com/watch?v=zOE2P8kIHNs
https://www.youtube.com/watch?v=4SapLg1ZYBo
https://www.youtube.com/watch?v=hoFwQ1mkw2s
https://www.youtube.com/watch?v=49Hy0eakA20
https://www.youtube.com/watch?v=EQHOhI-e434&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=7
https://www.youtube.com/watch?v=QNG1xI3Z9kg&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=8
https://www.youtube.com/watch?v=FhS_mKDRIjw&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=9
https://www.youtube.com/watch?v=CkX8uc7ZVWs&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=10

Sunday, 29 March 2020

13th day PKP (2626 kes), buat bergedil dan program Selangor Berdoa

Assalamualaikum,

30 Mac 2020 (Isnin)

Pagi ni berpusing-pusing kepala masa nak bangun sahur sebab tadi tidur 3.00 pagi. Gagahkan diri untuk sahur, solat sunat dan solat subuh. Lepas tu buka youtube dan sms langsung terlelap. Tengok mendung je. Lepas tu macam biasalah tengok berita kat astro awani dan tv1.

Statistik hari ke-13:
Kes :  156 kes
Jumlah kes :  2626 kes
Kematian :  37 orang (pertambahan 3 kes)

Nanti aku sambung balik... daa

Ok sambung balik. Hehehe. Harini tengok youtube je. Aishhhh ada gak doktor yang keluar berjogging time-time PKP ni. Tengok-tengok kat tv doktor tu dah kena hadapkan ke mahkamah tapi macam biasalah orang ada duit ni tak mengaku salah sebab ada kelebihan duit boleh upah peguam.

Selain tu aku banyak tengok resipi, malas pula nak tengok fb kecuali nak chat dengan Syuura dan Shukor. Petang tu aku buat bergedil untuk makan dengan soto semalam sebab lupa nak buat. Alhamdulillah kenyang makan soto masa berbuka. Lepas tu solat maghrib dan isyak.



Nasibaik teringat ada program Selangor Berdoa lepas isyak dalam pukul 8.50 malam. Terus buka laptop dan fb live Selangor Berdoa. Tak lama kemudian, mak kata boleh dengar benda yang sama dari masjid Tabung Haji belakang ni. Ada zikir dan last sekali bacaan doa. Imam tu nangis masa doa.... yelah ramai yang dah dijangkiti dengan penyakit Covid19 ni malah ada yang dah meninggal dunia pun. Sedih bila fikir ramai yang meninggal tu orang-orang tabligh. Mereka kan kumpulan yang selalu solat berjemaah dan ada yang hafiz quran. Moga Allah masukkan mereka di kalangan orang-orang beriman.

Dalam pukul 9.30 program habis. Dalam pukul 10.00 lebih barulah makan nasi sebab kenyang makan soto tadi. Lepas tu tengok lagi youtube dan whatsapp. Tengok-tengok tengah malam ni ada satu kondo Menara City One, Jalan Munshi kat KL yang kena PKPD. Setakat ni ada 17 kes positif Covid-19 di menara tersebut. Rupanya ramai warga luar negara yang tinggal kat kondo ni. Malam ni tidur awal sikit dalam pukul 12.00 lebih.

Saturday, 28 March 2020

12th day PKP dan nasi beriani gam

Assalamualaikum,

29 Mac 2020 (Ahad)

Pagi ni rasa perut dah ok tapi tak rasa nak puasa sebab malam tadi cirit birit pula. Cepat tul efek air lemon sejuk tu. Tak sampai sehari dah cirit lepas berak keras semalam.  Nasibaik sempat bangun solat sunat pagi ni pastu tengok azan kat Oasis. Takdelah pulak azan macam yang tengok kat youtube haritu. Harini azan dia guna teknik lampu bergerak pula.

Pagi ni ingat nak buat soto dan nasi ayam. Aku awal-awal dah buat sup ayam dulu. Sambil2 tu panaskan bubur semalam untuk breakfast. Dalam pukul 8.00 lebuh, siap kuah soto. Nanti nak makan soto baru goreng kacang tanah, soon dan ayam yang dah rebus tadi dengan kuah kicap.

Mak pagi ni awal-awal dah call kedai Samsudin sebab nak order ayam dan paper Sinar. Dalam pukul 8.00 lebih mak pergi kedai tu nak beli barang-barang untuk buat soto dan barang keperluan lagi. Pastu mak kata dah buat rendang ayam ni, tak sesuailah pula buat nasi ayam so aku suggest buat nasi beriani sebab semalam ada nampak paste nasi beriani gam kat tepi peti ais. Bila tengok tarikh, boleh guna lagi.

Breakfast makan bubur campur ayam carik dan goreng bilis+bawang+cili hiris dengan kopi o panas.... hmmm nikmatnya. Adik sampai kebetulan dengan orang kedai hantar barang yang mak beli tadi.

Tengahari tu tengok pc Menteri Kewangan. Katanya dari kelmarin seramai 320 orang ditangkap, semalam je 649 orang telah ditangkap. Adoiii tak fahamlah aku dengan orang-orang macam ni...  Dah petang baru ada pc dari Ketua Pengarah Kesihatan. Berikut adalah statistik untuk hari ni:

Statistik hari ke-12:
Kes : 150 kes
Jumlah kes : 2470 kes
Kematian : 35 orang (pertambahan 8 kes)

Petang masa nak panaskan kuah soto, rupanya gas dah habis. Nasibaik mak call kedai, ada satu je last tong gas tinggal sebab dah pukul 6.00 petang. Alhamdulillah. Dalam 20 minit gitu de orang hantar tong. Mulanya dia tak nak angkat masuk dalam rumah tapi mak minta dia tolong. Orang tu kata kedai kejap lagi dalam pukul 7.00 malam. Lepas tu baru leh makan soto. Malam tu lepas solat maghrib dan isyak, adik balik naik mycar. Tapi sebelum tu macam biasa mak nak bagi duit tapi tak jumpa purse. Kami bertiga dok carilah purse tu tak jumpa-jumpa sampai la adik kena naik mycar tu. Dah pukul 11.00 barulah jumpa dalam handbag. Fuhhh habis satu rumah aku dan mak pusing2, geledah sana sini. Dah lewat baru teringat nak makan nasi sebab esok nak puasa. So dah tengah malam barulah goreng balik ikan bilis dan ayam goreng tadi, pastu masukkan bubur pagi tadi, Makan sambil tengok azan dari Mekah kat tv alhijrah. Lepas tu sambung baca buku Smart Heart sampai pukul 3.00 pagi. Adoiiii ntah camne la nak bangun pukul 5.00 ni nanti untuk sahur..

11th day PKP (2320 kes) dan bubur McD

Assalamualaikum,

28 Mac 2020 (Sabtu)

Pagi ni tak dapat puasa. huhuuuuu sedihnya. Bukan apa, malam tadi kan sakit perut sebab berak keras sangat, darah keluar banyak tapi berak tak keluar-keluar juga. So aku tak sempat nak solat sunat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Lagi satu tak dapat nak tengok azan kat astro oasis yang 'lain' sikit tu. Nak tengok azan tu 'lain' macam mana? Boleh klik youtube tu kat sini...  https://www.youtube.com/watch?v=taows4uwrEY

Disebabkan susah nak berak, aku makan pisang dan kaseh gold pagi ni. Lepas tu aku buat air lemon sejuk. Pagi tu mak pergi kedai beli barang dapur, so aku kirim beli lemon sekali. Tapi pagi ni aku guna lemon yang beli dulu. Sedap gak la. Harap2 berak tak keras lagi. Lepas tu makan nasi goreng sikit sebab takut nanti keras berak lagi.

Tentang Covid-19 pulak, ada peningkatan lagi. Macam biasalah, orang keluar masih lagi ramai. Tak tahulah nak cakap apa lagi. Dr Maszlee kata kat Simpang Renggam diorang kena lockdown tak leh keluar rumah. Sedih sebab ramai warga emas kat sana... yang sakit2 pun ada termasuklah yang kena buat dialisis susah nak keluar. Statistiknya seperti berikut:

Statistik hari ke-11:
Kes : 159 kes
Jumlah kes : 2320 kes
Kematian : 27 orang (pertambahan 1 kes)

Petang ni mak suggest makan bubur jelah sebab berak keras tu. So aku cubalah buat macam yang ada kat youtube Che Nom. Link dia kat sini https://www.youtube.com/watch?v=QqIfeXvmVrA . Sedap gak macam makan bubur mcd. Samping tu aku buat ayam carik dan goreng sekali ikan bilis, cili merah potong dan bawang goreng. Yang takdenya daun sup je.

Malam tu tengok tv dan berita pasal Covid-19. Dah lewat baru sambung baca buku 'Smart Heart'. Ingat nak habiskan baca tapi mata ngantuk pula. Tapi sebelum  tu sempat gak borak dengan Yuslainiah dan Syuura kat facebook jap.

Friday, 27 March 2020

10th day PKP ( 2161 kes )

Assalamualaikum,

Harini puasa lagi. Alhamdulillah sempat bersolat sunat sebelum sahur. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Pagi-pagi biasalah tengok whatsapp dan youtube dulu. Cuti-cuti ni malas pulak rasanya. Petang ada ucapan dari PM untuk rangsangan ekonomi prihatin. Lama gak la dengar apa faedah yang bakal diberikan untuk semua orang.

Statistik hari ke-10:
Kes : 130 kes
Jumlah kes : 2161 kes
Kematian : 26 orang (pertambahan 2 kes)

Malam ni elok je aku nak berbuka puasa, adik balik dari kerja so kami makan sama-sama lah. Lepas tu tengok dialog antara Che Kem dengan menteri kewangan ni. Bagus soalan yang dilontarkan. Tapi kan ada gak terfikir dari mana duit semua tu sebab govt sebelum ni kata kita hutang 3 trilion. Hmmmm pelik2. Malam ni juga dah tekad nak balas email module dari Ashikin. Pagi tadi dah hantar Ayshah punya. Harap-harap membantulah. Sebelum tu kita makan keropok lekor dulu.

Pakej rangsangan ekonomi dan kisah makcik Kiah

Assalamualaikum,

Mengikut teks dari Perdana Menteri, pakej prihatin sebanyak RM250 billion diberi untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Jenuh menaip so ada gak la maklumat yang tak sempat nak taip. Harap maklum...


  • 500m kepada kementerian kesihatan dan pertambahan 1billion kepada kementerian. 
  • Pihak insuran dan takaful - 8juta.
  • Elaun khas untuk kakitangan kesihatan - elaun khas naik dari RM400 ke RM600 sebulan
  • Elaun polis, atm, rela, apmm - RM200 sebulan
  • Bantuan prihatin nasional - one off sebanyak 10 billion kepada golongan M40, felda, nelayan, petani
  • - RM4000 kebawah - bantuan RM1600
  • - RM1,000 diberi kepada yang berpendapatan rm4000-8,000 (rm500 pada setiap bulan April dan Mei)
  • - RM2000 ke bawah diberi rm500 dan rm300 bulan April dan Mei
  • BSH dibayar pada bulan Julai
  • RM200 one off untuk pelajar ipt
  • Golongan mudah terjejas - bantuan makanan, kesihatan, tempat perlindungan RM25 juta
  • Ptptn ditangguh pembayaran balik
  • Mysalam kepada B40 yang dimasukkan ke hospital. Boleh minta bantuan balik ikut hari.
  • Pengeluaran pra persaraan swasta hingga RM1500 tanpa penalti cukai
  • B40 di bandar di ppr - memanjangkan pembayaran sewa dari sebulan ke enam bulan
  • Perumahan awam - pengecualian yang sama dengan ppr di setiap negeri
  • Pengecualian sewaan termasuk kantin sekolah, kedai serbaneka
  • Bil letrik - diskaun 15-50% dengan had mak 600kilowatt. 2% untuk isi rumah
  • Telekomunikasi - internet percuma pada semua pelanggan mula 1 April hingga pkp tamat. 400juta naikkan liputan
  • PenjawaT awam - rm500 gred 56 ke bawah termasuk kontrak. Bayaran pada April 2020
  • Rm500 kepada pesara pada April 2020.
  • RM1billion kepada dana bantuan makanan
  • Program subsidi upah untuk majikan kekalkan pekerja 
  • ehailing - bantuan one off rm500
  • kontrak perkhidmatan - 
  • IKS - meningkatkan saiz dana
  • Rakyat yang hilang pekerjaan - sumbangan modal guna dana zakat Bank Islam dan MAIWP
Tengok-tengok balik, aku dapatlah RM1,500 (RM500 + RM1000 ).
- RM500 untuk penjawat awam
- RM1000 untuk rakyat yang bergaji RM4000-RM8000 (dibayar RM500 pada bulan April dan Mei)--

Sebak dengar PM bagi ucapan tadi. Marilah kita sama-sama berdoa agar segala mara bahaya ini terhindar dari kita semua. Amiiinnn.

Thursday, 26 March 2020

9th day PKP (2031 kes) dan kes pertama total lockdown di Simpang Renggam

Assalamualaikum,

27 Mac 2020 (Khamis)
Harini hari ke 9 PKP. Kes harini tertinggi iaitu sebanyak 235 kes. Banyak betul. Seriau pula tengok graf yang mencanak naik. Harap-harap takde la kena total lockdown satu Malaysia.

Statistik hari ke-9:
Kes : 235 kes
Jumlah kes : 2031 kes
Kematian : 24 orang (pertambahan 5 kes)

Malam ni tak tahulah kenapa ngantuk sangat. Lepas solat maghrib tu rasa nak lelap je, so lepas solat Isyak tu tidurlah sampai ke sahur dalam pukul 5.00 pagi. Rupa-rupanya malam tadi ada total lockdown kat Simpang Renggam sebab tetiba ada lebih 60 kes kat sana. Katanya ada kenduri kawin kat sana pada 14 dan 15 Mac 2020 sebab salah seorang jemaah tabligh ada kat kenduri tu. Dok salam-salam kat orang yang datang kat kenduri tu dan bagi nasi berkat kat orang seluruh kampung. Kesiannya sebab diorang semua tak sedia, maklumlah lockdown serta merta, tak sempat nak beli-beli barang. Aku doakan moga negara ini dilindungi dari segala mara bahaya.

Wednesday, 25 March 2020

8th day PKP (1,796 kes) dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020

Assalamualaikum,

25 Mac 2020 (Rabu)
Harini puasa lagi. macam biasalah bangun sahur makan sebiji kurma dengan air suam. Lepas tu solat sunat tahajjud, taubat dan hajat terus solat subuh. Ngantuk gile sebab semalam tidur pukul 2.00 pagi sebab konon nak habiskan baca buku untuk bookreview yang kedua malam ni gak. Tapi mata tak membantu wehhh... ngantuk gila lepas pukul 2.00 lebih. Buku tu tajuknya Mudahnya dapat A ditulis oleh Che Amran dari kumpulan Raihan. Dia cite pasal tips2 nak dapat keputusan yang cemerlang masa periksa.... Masuk bilik terus tertidur. tidur 3 jam badan jadi melayang-layang je.

Pagi tadi tengok tv jap pastu sambung balik baca buku Mudahnya Mendapat A. Nak habiskan hari ni juga. Lepas habis tu taip kat laptop. Tengok-tengok wifi yes lak asik berkelip2 merah je. Takde line camne nak online skplkpm bookreview tu. Maybe ada rosak mana-mana kot. Tunggu jela petang-petang sikit baru ada line kot. Sementara tu tengok PM buat live PC. Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi sehingga 14 Mac 2020 la pula.

Statistik hari ke-8:
Kes : 172 kes
Jumlah kes : 1796 kes
Kematian : 19 orang (pertambahan 4 kes)

Mak cakap sayur-sayur banyak dah habis. Aku kata list down kan pastu leh je call orang kedai runcit depan ni buat delivery. Petang tengok line yes masih lagi blinking merah-merah. So aku carilah no telefon yes. Lama gak dalam 20 minit operator tu tanya macam-macam then suruh aku keluarkan simkad dan guna eraser untuk bersihkan. Lepas masukkan balik simkad, alhamdulillah baru line tu warna hijau balik. Lega weh ada internet ni baru leh isi bookreview, tengok fb, tengok youtube dan update blog ni. Hehehe..

Dah setel isi bookreview dalam splkpm, baru rasa lega. Lepas tu buka puasa ala kadar je. Ingat malam ni nak baca satu lagi buku untuk review sebab semalam dah cari buku-buku dekat almari bilik belakang. Banyak rupanya buku beli kat pesta buku beberapa tahun tak baca-baca sampai sekarang. Ada buku tu siap berbalut lagi. Hahaha busy sangat kot aku ni.

Malam ni mak call abang nak tanya pasal plan kakak ipar nak beranak kat Kedah tu. Rupanya abang cakap tak jadi balik Kedah sebab PKP ni. Bagus gak tu, bahaya la pi sana sini time-time gini. Dengan tumpang kereta orang, lagi susah. Harap-harap semuanya dipermudahkan Allah. Ammiiinnnn...

Tuesday, 24 March 2020

Setahun reunion D'Bankers di Kuala Terengganu 23-24 Mac 2019

Assalamualaikum,

Tadi tengok facebook-tengok sebab nak buang masa cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan sebab Covid-19. Bagus gak cuti ni, kalau tak berhabuklah fb aku tu tak bertengok. Ida, kawan masa DIB dulu ada post pasal reunion DBankers tahun lepas. Tak sangka dah genap setahun aku dan mak pergi Kuala Terengganu.

Ada kat sana dua hari Sabtu dan Ahad masa cuti sekolah bulan Mac. Sabtu pagi tu kebetulan jumpa Leeza kat tengah jalan (suami dia Naim dan Leeza drive gilir-gilir). Mak ikut sebab risau aku ni cepat ngantuk drive kalau jauh-jauh. Rasanya mak aku baru kali kedua pergi Terengganu ni. Berhenti makan nasi ayam dah pukul 4.00 petang, alhamdulillah Naim belanja semua. Mak siap cakap ada coway kat kedai nasi ayam tu, air free je.

Sampai kat hotel, mandi jap pastu tolong-tolong masuk goodies dalam beg. Dah petang sikit baru Suhaila sampai. Malam tu siap-siap nak ke bawah untuk reunion. Tema hari raya. Masa makan-makan tu ada cabutan bertuah. Lupa dah dapat apa masa tu. hehehe.. Dalam pukul 11 malam lepas habis dinner reunion tu, Ida, Leeza dan Nenny datang bilik aku dan Su. Kami makan-makan dan sambung borak-borak lagi. Maklumlah tadi tak sempat nak borak sangat sebab ramai kawan-kawan yang lain.

The next day tu, pagi tu kitorang semua breakfast kat cafe hotel tu. Sempatlah ambil gambar ramai-ramai lagi. Lepas tu aku, mak dan Su ikut Ida pergi pasar payang baru. Sempat lagi ambil gambar kat jambatan baru Kuala Terengganu yang terkenal tu. Dalam tengah hari baliklah aku, mak dan Su. Nak balik tu siap lenguh kaki sebab terpaksa drive balik dalam jem dari Kuala Terengganu ke PJ termasuklah hantar Su balik rumah dia. Rasanya ambil masa 9 jam weh tempuh jem. Sakit kaki menekan clutch, maklumlah kereta aku manual. Masa ni lah rasa nak sangat tukar kereta automatik, takde la asik2 tukar gear dan clutch. Sampai rumah dalam pukul 10 malam kot.

Untuk Ida, Leeza dan Nenny... terima kasih kerana kalian bersama-sama aku dalam susah dan senang masa Diploma Banking dulu. Kenangan bersama korang selama 3 tahun akan sentiasa dalam memori terindah. Thanks a lot you guys....


Image may contain: 15 people, including Rohaida Mohamad, Inaz My, Syukri Ariffin, Za Abu Bakar, Norlisuzaimah Aw Sudin, PakaTireman Bkt Kuang and Noor Leza, people smiling, people standing and indoor
Malam reunion bersama-sama classmates DIB

Image may contain: 8 people, including Nurshihan Ibrahim and Za Abu Bakar, people smiling, people sitting, table and indoor
Breakfast bersama dengan mak dengan geng2 D'Bankers

Image may contain: 6 people, including Za-Hani Hamzah and Rohaida Mohamad, people smiling, people sitting, table and indoor

Image may contain: 8 people, including Mohd Hamri, Rohaida Mohamad, Za Abu Bakar, Nurshihan Ibrahim and Noor Leza, people smiling, people sitting and indoor
Bergambar kenangan di hotel

Image may contain: 3 people, including Rohaida Mohamad, people smiling, closeup
Ida, Suhaila dan aku kat Pasar Payang


Image may contain: 8 people, including PakaTireman Bkt Kuang, Inaz My and Rohaida Mohamad, people smiling

Image may contain: 5 people, including Nurshihan Ibrahim and Za Abu Bakar, people smiling, people standing

Image may contain: food
Antara hadiah untuk cabutan bertuah dan goodies bag


7th day PKP (1624 kes)

Assalamualaikum,

24 Mac 2020 (Selasa)
Dalam pukul 5.00 petang, lepas solat asar, tengok tv nampak Ketua Pengarah Kesihatan buat sidang media harian untuk hari ini. Nampaknya graf harini turun sikit. Lama juga sidang media tu, dalam sejam gak la.

Statistik hari ke-7:
Kes : 106 kes
Jumlah kes : 1624 kes
Kematian : 15 orang (pertambahan 1 kes)

Tengahari tadi Menteri Pertahanan kata ada penurunan dari ketidakpatuhan pada PKP. Semalam 92%, harini dah naik 95%. Alhamdulillah makin ramai orang sedar akan komitmen yang mereka boleh berikan untuk mengurangkan kes-kes Covid-19.

Monday, 23 March 2020

Cuba buat kerja sekolah tapi .... dapat gak habiskan baca Balajar Biar Betul yeayyy

Assalamualaikum,

24 Mac 2020 (Selasa)

Pagi ni rasa tak nak lah puasa sebab ingat nak buat kerja sekolah, tak kisahlah tanda kertas periksa atau buat book review. Lagipun dah 8 hari puasa, esok boleh sambung balik. Tapi rasa tak best la pulak kalau tak buat solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat macam biasa lepas sahur. So, walaupun tak sahur, aku buat solat-solat tu macam biasa. Dah habis tu terus solat subuh. Disebabkan harini tak puasa, mak ada buat bihun goreng dengan green tea. Sedap bukan main rasanya. Maklumlah dah berapa hari puasa kan? Lepas tu, macam biasa tengok-tengok handfon, whatsApp, telegram, facebook dan berita pasal Covid-19.

Ingat nak buat book review tapi tak reti la pulak nak masuk, so cuba call Zura. Lepas 2 kali call, baru dapat. Panjang gak la sembang tapi risau gak dia sibuk... maklumlah dia ada anak kecik, takut mengganggu pulak. Dari Covid-19 ke book review ke akpk ke video conference yang tak jadi semalam, ke pibg sampai ke group whatsApp kelas.

Masa tengah borak-borak tu, nampak kat tv ada sidang media Menteri Luar Negara dalam pukul 1.00 tengahari, lepas tu pc Menteri Pertahanan pula pukul 2.00 petang. Katanya semalam pematuhan PKP dah 92% dan harini meningkat ke 95%. Baguslah tu, dah ada peningkatan. Pukul 2.00 lebih nampak ada tulisan kat bawah tu kematian dah meningkat jadi 15 orang, maksudnya ada seorang dah meninggal.

Dah terlanjur tanya Zura pasal bookreview tadi, aku berazam nak buat sekurang-kurangnya satu bookreview harini. Lepas solat zohor, aku tengok-tengok balik plastik beg buku-buku yang aku beli kat karangkraf tahun lepas. Tak sempat nak baca.... adoiii. Beli tapi tak baca. Teruknya lah... Ada lagi buku yang masih berbalut. Buku yang menarik perhatian aku "Belajar biar betul' oleh Sifoo Sidee. Sempatlah baca sikit sebelum solat asar. Harap-harap boleh habiskan harini... Lepas solat asar, ada sidang media dari Datuk Dr. Noor Hisham iaitu Pengarah Kesihatan. Tengok tu je dah hampir sejam.

Sunday, 22 March 2020

6th day Perintah Kawalan Pergerakan (1518 kes)

Assalamualaikum,

23 Mac 2020 (Isnin)
Hari ke-6 PKP didapati masih lagi ada orang yang berdegil nak keluar rumah. Kekadang tak faham lah apa lagi alasan mereka. Polis kata ada yang bawa anak-anak kecil lagi dengan alasan nak beli barang dapur. Masih ramai yang ke pasar basah dan pasaraya, bersesak-sesak. Ntahla tak tahu nak cakap apa. Doakan mereka faham peranan mereka penting untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Statistik hari ke-6:
Kes : 212 kes
Jumlah kes : 1518
Kematian : 14 orang (pertambahan 4 kes)

Harini aku puasa lagi. Harap-harap diberi kekuatan untuk teruskan dalam bulan Rejab, Syakban dan Ramadan nanti. Dengar-dengar macam nak sambung je PKP kali ni sebab makin banyak kes setakat hari ni. Sambil-sambil tu aku banyak tengok facebook, tengok berita kat tv (terutama Astro Awani). Petang ni Jiwa bagi homework kat whatsApp aku suruh bagi kat budak-budak. Ingat nak tengok result tapi katanya SAPS tak boleh buka. Result untuk 6 Inovatif teruk sangat, pasal tu dia bagi homework banyak-banyak. Simple calculation pun tak reti nak buat. Dia bagi tempoh sampai pukul 10 malam.

Semalam bagi nombor akaun kat Zuhairah. Katanya siling bocor di ruang tamu, siap ada gambar lagi. Tapi nak buat camne kan, sekarang ni semua orang tak boleh keluar rumah.

Start pukul 11.00 malam buat RPH, ingat nak cuba buat paling sikit rph minggu ni. Sambil buat tu, sambil tengok tv dan borak-borak dengan Shukor. Dalam pukul 1.15 pagi dapat siapkan dua minggu punya rph. Kalau boleh, esok nak start tanda kertas periksa atau buat sinopsis buku kat splkpm.