Saturday, 29 February 2020

Ladap di Bukit Gasing dan perpisahan Puan Asliza

Assalamualaikum,

Pagi 29/2/2020 (Sabtu) kami warga SK Sungei Way berladap di Bukit Gasing. Sampai kat sekolah pukul 6.45 pagi sebab nak tumpang naik kereta Adilla yang sampai lebih kurang  10 minit lepas tu. Setelah tu aku, azri dan Adilla naik ke pejabat untuk ambil mi goreng dan cucur yang telah disediakan untuk pendakian. Lebih kurang pukul 7.05 pagi, guru besar, pn As dan anaknya Azim, ciklan, azri, adilla, hafizah dan anaknya qaseh berkonvoi 2 kereta ke Bukit Gasing.

Sampai di sana lebih kurang pukul 7.15 pagi, tengok2 kereta dah penuh di sepanjang jalan. Tak sangka pulak awal pagi dah banyak gitu kereta. Kami semua scan QR code dan mengaminkan doa dari ustaz Muhammad A'taau sebelum memulakan pendakian pada 8.05 pagi. Denyutan jantungku berdegup lagi sampai boleh dengar ... almaklumlah dan bertahun tak de exercise, dahlah takde warm up pagi tu. Dah sampai kat persimpangan ke titi gantung , aku dan Hafizah bercadang tidak melalui titi tersebut sebaliknya ingin balik terus. Kami bertiga sesat entah ke mana, cuma bila bertemu rakan2 pendakian, kami sempat bertanyakan arah ke entrance bukit gasing. Dalam pada tu, sempat juga bertegur sapa dengan pendaki2 yang baru pertama kali ke sini. Masing-masing sesat tak tahu arah. Akhirnya kami sampai dalam pukul 9.20 pagi. Fuh lega rasanya sampai. Aku terus makan tembikai, cucur dan mi goreng yang disediakan oleh guru besar.


Bergambar dengan semua guru dan AKP SK Sungei Way


Mendengar amanat guru besar


Penatnya... nak rehat jap


Fuhhh! Leganya... akhirnya sampai juga. Penat tak boleh nak kata masa ni.

Dalam pukul 11.00 kami sampai di sekolah. Puan Asliza minta aku temankan dia nak packing2 barang dia sebab Isnin ni dia dah pindah ke SK Assunta 1 sebagai PK Kokurikulum di sana. Rupa-rupanya guru besar nak belanja dia makan, jadi kami bertiga, hafizah, azri dan azian selaku driver kami pada hari tu makan di Nur Balkish di Taman Medan. Makanan aku mi kungfu paling akhir sekali tiba jadi mereka semua terpaksa tunggu akulah. 



Makan-makan untuk meraikan perpisahan Puan Asliza



Bergambar dengan gb, fizah dan anaknya qaseh


Sedapnya mi kungfu... nyum nyum

Sampai di sekolah, aku dan Puan As terus menunaikan solat zohor di surau. Keadaan yang dingin (sebab dah ada aircond baru, hehe) menyebabkan aku dan Pn. As terbaring di situ hingga tertidur lagipun badan dah penat selepas pendakian. Kami terbangun dalam pukul 4.00 petang dan ingin mengambil wuduk. Tengok2 parents Amirul tengah pasangkan langsir baru kat kelas aku 6 Inovatif. Alhamdulillah, terima kasih atas jasa baik mereka hanya Allah yang membalasnya. Lepas solat asar, kami terus packing barang dan susun serta masukkan kertas2 dalam fail2 yang sepatutnya. Sedar tak sedar, dah masuk maghrib. Dalam pukul 8.00 malam, kami bertiga termasuk Azim iaitu anaknya solat di bilik Pn. As. Di tempat parking kereta, kami berborak dan aku memohon maaf sekiranya ada perbuatan yang menguris hati. Pesannya, selalulah mengamalkan solat sunat 2 rakaat selepas solat wajib. Inshaa Allah aku cuba lakukannya. 

Dalam pukul 9.00 malam, aku sampai rumah. Mak kata tan Sri Muhyiddin Yassin telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Lepas solat isyak, mak, adik dan aku makan malam. Lepas tu tengok kat Astro Awani pasal pengumuman Perdana Menteri yang baru. Penat tak hilang, jadi aku pun tidur agak awal dalam pukul 11.00 malam. Dah tak larat nak buka mata. 



Saturday, 22 February 2020

mesyuarat agung pibg 2020 dan peperiksaan cefrr

Assalamualaikum...

Semalam tak dapat hadir mesyuarat agung pibg sebab awal-awal pagi pergi SMK Taman Sea untuk menduduki peperiksaan CEFRR. Sampai dalam pukul 7.15, so tunggu jela. Masa tu tak ada siapa pun cikgu-cikgu yang dah sampai, awal sangat kot aku. Hmmm tak sempat nak study, kerja sekolah banyak sangat, lagipun takde kursus. Sedih rasanya lepas keluar dewan tu dalam pukul 1.00 petang. Aku redha je. Kat rumah kepala jadi pening dan ngantuk, maklumlah tak tidur study malam tu. Makan sebab dah lapar sangat dan lepas tu tidur. Terbangun sebab panas, terus pening sebab tak puas tidur sejam je.

Kesian kat yah ... sebelum ni ada cakap kat yah nak tolong dia hari Sabtu lepas exam, tapi sebab dah pening dan ngantuk, tak pergi lah sekolah untuk tolong. Nasibaik ada Naj, Pn As dan GB tolong siapkan musolla. Aku doakan dipermudahkan segala urusan yah dan diberi kesihatan kepadanya.

Thursday, 20 February 2020

Periksa MUET esok - Jom cuba Muet listening practise II

debarnya nak exam MUET esok. Link ni Erni bagi, thanks Erni. Moga Allah bantu aku lulus C1 kali ini. Amiinnnn... Ada 22 listening practise semuanya tapi kena copy and paste pulak link tu..



C Erniza, [20.02.20 23:37]
[Forwarded from 🌼🌼Fiera🌼🌼]
https://esl-and-more.blogspot.com/p/blog-page.html?m=1

Suatu hari yang penuh dengan aktiviti

Assalamualaikum...

Hari ni sampai je sekolah, terus buka buku. Konon nak study untuk periksa Muet Sabtu ni. Tak lama pun dapat study sebab tak boleh nak digest semua tu. Berhenti cari budak-budak nak isi kehadiran. Lepas tu isi kehadiran apdm. Nasibaik ingat nak cari nama budak2 sekolah agama, nak buat lampiran surat pelepasan sekolah agama. Nak fotostat takde pula siapa2 yang ada printer, so tertunda la pulak.. Lepas tu order makanan untuk mesyuarat pibg sabtu ni dengan Fara sebab pakdin takde.. Banyak benda dibuat so balik pun dah pukul 5.00 lebih. Tengok tv pastu terlelap.

Malam ni ingat nak buat rph, print rph dan surat kebenaran untuk sekolah agama dah study sikit2 kalau mata larat. Ada majlis tilawah dan hafazan peringkat kebangsaan, dengar sambil borak dengan mak. Oklah nak check blood pressure mak dan urut betis mak.

Sunday, 16 February 2020

Selamat datang ke tahun pancaroba 2020

Assalamualaikum wbt,

Dah lama sangat tak buka blog ni, busy sangat kot. Rasanya dah 2 tahun. Hmmmm... Kekadang penat dan lelah dengan persekitaran tapi sebagai hamba Allah, segalanya perlu diharungi dengan sabar dan redha. Hanya padaNya aku bermohon.

Baru-baru ni selalu tengok balik pasal arwah Abam. Pemergiannya memotivasikan diri ini. Apa yang aku perlu buat untuk mendapat pengakhiran yang baik seperti dia. Duk mikir ni apa kena perbaiki dari sekarang....

Ok la. Nak hantar adik balik rumah dia. Ada masa aku sambung balik.