Tuesday, 31 March 2020

Alhamdulilah... dapat berbuka puasa dengan lontong goreng

Assalamualaikum,

31 Mac 2020 (Selasa)

Sedapnya lontong goreng


Petang tadi tengok youtube, cari cara-cara nak buat lontong goreng. Bukan apa... haritu punya soto kuahnya dah habis tapi ketupat segera ada lagi. Jadi, aku ingat nak buat lontong goreng la. Cari punya cari, ada la beberapa chanel youtube tunjuk cara masaknya. Tak susah pun buatnya sebab dulu pernah la dalam 2-3 kali buat cuma nak cari kot2 ada cara atau bahan lain pula ke.

Antara bahannya untuk buat lontong goreng ni adalah bawang merah, bawang putih, cili boh, kicap tiram, kicap manis, kicap pekat, carrot, daun sup, telur dan bahan utamanya ketupat segera. Ikut orang juga lah kalau ada benda-benda lain nak tambah.

Petang dalam pukul 6.00 gitu, aku ke dapur. Barang-barang dah keluarkan dari tadi. Lepas buat lontong goreng, nak buat bergedil semalam tak cukup. Sedaplah pula rasa... Memasaklah aku sampai pukul 7.00 lebih sebelum maghrib. Alhamdulillah kenyang, makan dengan bergedil.


Monday, 30 March 2020

Betul ke golongan T20 ni perlu bantuan masa Covid19 ni?

Assalamuaikum,

31 Mac 2020 (Selasa)



Malam dalam pukul 8.50, ada program Selangor Berdoa dari masjid negeri Sultan Abdul Aziz Selangor. Mungkin program ni diadakan kerena Selangor adalah negeri yang paling banyak kes Covid-19. Mula-mula ada zikir dan disudahi dengan bacaan doa. Sedih pula dengar bila imam tu menangis masa baca doa tu... yelah ramai yang dah dijangkiti dengan penyakit Covid19 ni malah ada yang dah meninggal dunia pun. Nampak 12,600 orang mengikuti program secara live di fb masjid ni. Mak beritahu bacaan dia samalah dengan yang boleh dengar dari masjid Tabung Haji kat belakang ni. Program habis dalam pukul 9.30 malam. Sedih bila fikir ramai yang meninggal tu orang-orang tabligh. Mereka kan kumpulan yang selalu solat berjemaah dan ada yang hafiz quran. Moga Allah cucuri rahmat ke atas mereka dan masukkan mereka di kalangan orang-orang beriman.

Lepas tu tengok youtube pula. Antara banyak-banyak yang menarik adalah youtube yang tunjuk ig antara PU Azman dan Mira Filzah. Perkongsian pertanyaan dari Mira Filzah ni bagus juga. Ada juga benda yang aku tak tahu. walaubagaimanapun, apa yang paling menarik perhatian adalah bila ustaz kata ada orang nak kawin bulan Oktober dan terus secara spontan Mira Filzah gelak sambil tutup mulut dan nafikan dengan pergerakan tangan dia. Hahaha... baguslah nak kawin  tu. Kita doa yang baik-baik je untuk perkara yang baik.

Selain tu, youtube lain yang agak membuka minda adalah bila seorang pereka fesyen terkenal yang baru sahaja bersara iaitu Rizalman Ibrahim 'menyekolahkan' golongan T20. High pitch gak dia marah tapi seronok dengar loghat utagha dia pekat sungguh. Golongan T20 ni meminta bantuan dari kerajaan dan pada masa yang sama mempertikaikan kenapa golongan B40 dan M40 dapat bantuan tetapi tidak mereka. Aku tengok youtube ni pun rasa geram. Mereka tu dahla tahap jutawan tapi tergamak menyindir orang-orang susah yang terkesan secara langsung akibat Covid19. Moga Allah beri taufik dan hidayah pada golongan T20 ni dan mula bersedekah pada masa-masa yang getir ni. Amiin...

p/s : Kalau nak tengok, boleh klik kat link ni...
https://www.youtube.com/watch?v=ssHQO4gCilk

14th day PKP (hari terakhir fasa pertama PKP) dan lontong goreng untuk berbuka

Assalamualaikum,

31 Mac 2020 (Selasa)

Alhamdulillah berjaya juga bangun sahur dan buat solat hajat pagi ni. Moga dipermudahkan aku berpuasa hari ini. Diam tak diam, dah 14 hari berkurung dalam rumah, alhamdulillah waras lagi. Hehehe... Petang ni ingat nak buat lontong goreng sebab masih ada lagi ketupat segera masa buat lontong haritu.

Harini menteri kanan (keselamatan) ada pasar tani akan dibuka semula. Agaknya nak kurangnya sikit penjarakan sosial yang tak berapa ok kat pasar basah setakat ni. Harini graf turun sikit dari semalam tapi jumlah kematian banyak juga. Yang lebih merisaukan ramai betul orang kena tangkap sebab ingkar PKP. Hmmmm ..... susah nak cakap dengan orang-orang yang bebal ni

Statistik hari ke-14:
Kes :  140 kes
Jumlah kes :  2766 kes
Kematian :  43 orang (pertambahan 6 kes)

Moga Allah beri ketabahan untuk ustaz Ebit beri bantuan kepada frontliners

Assalamualaikum,

30 Mac 2020 (Isnin)

Sejak seminggu dua ni ada gak follow ustaz Ebit Lew hantar barang-barang untuk frontliners. Dia pergi hospital-hospital kat Ampang, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Sungai Buloh dan tak lupa kepada pegawai polis dan tentera yang buat roadblok. Antaranya tandas bergerak, aircond, face mask dan makanan. Beberapa hari ni ada seorang ustaz ni post kat ig (rasanya) menegur seorang ni asik keluar ke sana-sini dangan alasan nak beri bantuan kepada frontliners. Memang dia tak mention nama tapi orang semua dah tahu ustaz Ebit selalu keluar beri bantuan kepada para frontliners. Lagipun ustaz Ebit dah minta kebenaran dari pihak polis sebab memang polis escort dia.

Sedih aku rasa. Kita yang tak arif pasal agama pun rasa terharu sebab ada orang berhati mulia sanggup pergi ke lapangan tanpa mengira keselamatan diri, keluarkan duit sendiri dan luangkan masa untuk tolong hero-hero kita.

Aku doakan semoga orang-orang yang baik hati ini termasuklah ustaz Ebit Lew, tak kiralah dari mana pun bertabahlah. Anda semua hero dihati kami. Niat mereka ni baik, jadi kita-kita yang tak mampu buat macam mereka ni boleh doakan aje. Dari youtube macam ni lah timbul kesedaran kita semua untuk turut membantu.

Ni ada list beberapa youtube dari ustaz Ebit:
https://www.youtube.com/watch?v=vcMegxsErt4
https://www.youtube.com/watch?v=zOE2P8kIHNs
https://www.youtube.com/watch?v=4SapLg1ZYBo
https://www.youtube.com/watch?v=hoFwQ1mkw2s
https://www.youtube.com/watch?v=49Hy0eakA20
https://www.youtube.com/watch?v=EQHOhI-e434&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=7
https://www.youtube.com/watch?v=QNG1xI3Z9kg&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=8
https://www.youtube.com/watch?v=FhS_mKDRIjw&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=9
https://www.youtube.com/watch?v=CkX8uc7ZVWs&list=UUoI8ryC9E-lh8OAXfxnIlbw&index=10

Sunday, 29 March 2020

13th day PKP (2626 kes), buat bergedil dan program Selangor Berdoa

Assalamualaikum,

30 Mac 2020 (Isnin)

Pagi ni berpusing-pusing kepala masa nak bangun sahur sebab tadi tidur 3.00 pagi. Gagahkan diri untuk sahur, solat sunat dan solat subuh. Lepas tu buka youtube dan sms langsung terlelap. Tengok mendung je. Lepas tu macam biasalah tengok berita kat astro awani dan tv1.

Statistik hari ke-13:
Kes :  156 kes
Jumlah kes :  2626 kes
Kematian :  37 orang (pertambahan 3 kes)

Nanti aku sambung balik... daa

Ok sambung balik. Hehehe. Harini tengok youtube je. Aishhhh ada gak doktor yang keluar berjogging time-time PKP ni. Tengok-tengok kat tv doktor tu dah kena hadapkan ke mahkamah tapi macam biasalah orang ada duit ni tak mengaku salah sebab ada kelebihan duit boleh upah peguam.

Selain tu aku banyak tengok resipi, malas pula nak tengok fb kecuali nak chat dengan Syuura dan Shukor. Petang tu aku buat bergedil untuk makan dengan soto semalam sebab lupa nak buat. Alhamdulillah kenyang makan soto masa berbuka. Lepas tu solat maghrib dan isyak.



Nasibaik teringat ada program Selangor Berdoa lepas isyak dalam pukul 8.50 malam. Terus buka laptop dan fb live Selangor Berdoa. Tak lama kemudian, mak kata boleh dengar benda yang sama dari masjid Tabung Haji belakang ni. Ada zikir dan last sekali bacaan doa. Imam tu nangis masa doa.... yelah ramai yang dah dijangkiti dengan penyakit Covid19 ni malah ada yang dah meninggal dunia pun. Sedih bila fikir ramai yang meninggal tu orang-orang tabligh. Mereka kan kumpulan yang selalu solat berjemaah dan ada yang hafiz quran. Moga Allah masukkan mereka di kalangan orang-orang beriman.

Dalam pukul 9.30 program habis. Dalam pukul 10.00 lebih barulah makan nasi sebab kenyang makan soto tadi. Lepas tu tengok lagi youtube dan whatsapp. Tengok-tengok tengah malam ni ada satu kondo Menara City One, Jalan Munshi kat KL yang kena PKPD. Setakat ni ada 17 kes positif Covid-19 di menara tersebut. Rupanya ramai warga luar negara yang tinggal kat kondo ni. Malam ni tidur awal sikit dalam pukul 12.00 lebih.

Saturday, 28 March 2020

12th day PKP dan nasi beriani gam

Assalamualaikum,

29 Mac 2020 (Ahad)

Pagi ni rasa perut dah ok tapi tak rasa nak puasa sebab malam tadi cirit birit pula. Cepat tul efek air lemon sejuk tu. Tak sampai sehari dah cirit lepas berak keras semalam.  Nasibaik sempat bangun solat sunat pagi ni pastu tengok azan kat Oasis. Takdelah pulak azan macam yang tengok kat youtube haritu. Harini azan dia guna teknik lampu bergerak pula.

Pagi ni ingat nak buat soto dan nasi ayam. Aku awal-awal dah buat sup ayam dulu. Sambil2 tu panaskan bubur semalam untuk breakfast. Dalam pukul 8.00 lebuh, siap kuah soto. Nanti nak makan soto baru goreng kacang tanah, soon dan ayam yang dah rebus tadi dengan kuah kicap.

Mak pagi ni awal-awal dah call kedai Samsudin sebab nak order ayam dan paper Sinar. Dalam pukul 8.00 lebih mak pergi kedai tu nak beli barang-barang untuk buat soto dan barang keperluan lagi. Pastu mak kata dah buat rendang ayam ni, tak sesuailah pula buat nasi ayam so aku suggest buat nasi beriani sebab semalam ada nampak paste nasi beriani gam kat tepi peti ais. Bila tengok tarikh, boleh guna lagi.

Breakfast makan bubur campur ayam carik dan goreng bilis+bawang+cili hiris dengan kopi o panas.... hmmm nikmatnya. Adik sampai kebetulan dengan orang kedai hantar barang yang mak beli tadi.

Tengahari tu tengok pc Menteri Kewangan. Katanya dari kelmarin seramai 320 orang ditangkap, semalam je 649 orang telah ditangkap. Adoiii tak fahamlah aku dengan orang-orang macam ni...  Dah petang baru ada pc dari Ketua Pengarah Kesihatan. Berikut adalah statistik untuk hari ni:

Statistik hari ke-12:
Kes : 150 kes
Jumlah kes : 2470 kes
Kematian : 35 orang (pertambahan 8 kes)

Petang masa nak panaskan kuah soto, rupanya gas dah habis. Nasibaik mak call kedai, ada satu je last tong gas tinggal sebab dah pukul 6.00 petang. Alhamdulillah. Dalam 20 minit gitu de orang hantar tong. Mulanya dia tak nak angkat masuk dalam rumah tapi mak minta dia tolong. Orang tu kata kedai kejap lagi dalam pukul 7.00 malam. Lepas tu baru leh makan soto. Malam tu lepas solat maghrib dan isyak, adik balik naik mycar. Tapi sebelum tu macam biasa mak nak bagi duit tapi tak jumpa purse. Kami bertiga dok carilah purse tu tak jumpa-jumpa sampai la adik kena naik mycar tu. Dah pukul 11.00 barulah jumpa dalam handbag. Fuhhh habis satu rumah aku dan mak pusing2, geledah sana sini. Dah lewat baru teringat nak makan nasi sebab esok nak puasa. So dah tengah malam barulah goreng balik ikan bilis dan ayam goreng tadi, pastu masukkan bubur pagi tadi, Makan sambil tengok azan dari Mekah kat tv alhijrah. Lepas tu sambung baca buku Smart Heart sampai pukul 3.00 pagi. Adoiiii ntah camne la nak bangun pukul 5.00 ni nanti untuk sahur..

11th day PKP (2320 kes) dan bubur McD

Assalamualaikum,

28 Mac 2020 (Sabtu)

Pagi ni tak dapat puasa. huhuuuuu sedihnya. Bukan apa, malam tadi kan sakit perut sebab berak keras sangat, darah keluar banyak tapi berak tak keluar-keluar juga. So aku tak sempat nak solat sunat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Lagi satu tak dapat nak tengok azan kat astro oasis yang 'lain' sikit tu. Nak tengok azan tu 'lain' macam mana? Boleh klik youtube tu kat sini...  https://www.youtube.com/watch?v=taows4uwrEY

Disebabkan susah nak berak, aku makan pisang dan kaseh gold pagi ni. Lepas tu aku buat air lemon sejuk. Pagi tu mak pergi kedai beli barang dapur, so aku kirim beli lemon sekali. Tapi pagi ni aku guna lemon yang beli dulu. Sedap gak la. Harap2 berak tak keras lagi. Lepas tu makan nasi goreng sikit sebab takut nanti keras berak lagi.

Tentang Covid-19 pulak, ada peningkatan lagi. Macam biasalah, orang keluar masih lagi ramai. Tak tahulah nak cakap apa lagi. Dr Maszlee kata kat Simpang Renggam diorang kena lockdown tak leh keluar rumah. Sedih sebab ramai warga emas kat sana... yang sakit2 pun ada termasuklah yang kena buat dialisis susah nak keluar. Statistiknya seperti berikut:

Statistik hari ke-11:
Kes : 159 kes
Jumlah kes : 2320 kes
Kematian : 27 orang (pertambahan 1 kes)

Petang ni mak suggest makan bubur jelah sebab berak keras tu. So aku cubalah buat macam yang ada kat youtube Che Nom. Link dia kat sini https://www.youtube.com/watch?v=QqIfeXvmVrA . Sedap gak macam makan bubur mcd. Samping tu aku buat ayam carik dan goreng sekali ikan bilis, cili merah potong dan bawang goreng. Yang takdenya daun sup je.

Malam tu tengok tv dan berita pasal Covid-19. Dah lewat baru sambung baca buku 'Smart Heart'. Ingat nak habiskan baca tapi mata ngantuk pula. Tapi sebelum  tu sempat gak borak dengan Yuslainiah dan Syuura kat facebook jap.

Friday, 27 March 2020

10th day PKP ( 2161 kes )

Assalamualaikum,

Harini puasa lagi. Alhamdulillah sempat bersolat sunat sebelum sahur. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Pagi-pagi biasalah tengok whatsapp dan youtube dulu. Cuti-cuti ni malas pulak rasanya. Petang ada ucapan dari PM untuk rangsangan ekonomi prihatin. Lama gak la dengar apa faedah yang bakal diberikan untuk semua orang.

Statistik hari ke-10:
Kes : 130 kes
Jumlah kes : 2161 kes
Kematian : 26 orang (pertambahan 2 kes)

Malam ni elok je aku nak berbuka puasa, adik balik dari kerja so kami makan sama-sama lah. Lepas tu tengok dialog antara Che Kem dengan menteri kewangan ni. Bagus soalan yang dilontarkan. Tapi kan ada gak terfikir dari mana duit semua tu sebab govt sebelum ni kata kita hutang 3 trilion. Hmmmm pelik2. Malam ni juga dah tekad nak balas email module dari Ashikin. Pagi tadi dah hantar Ayshah punya. Harap-harap membantulah. Sebelum tu kita makan keropok lekor dulu.

Pakej rangsangan ekonomi dan kisah makcik Kiah

Assalamualaikum,

Mengikut teks dari Perdana Menteri, pakej prihatin sebanyak RM250 billion diberi untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Jenuh menaip so ada gak la maklumat yang tak sempat nak taip. Harap maklum...


  • 500m kepada kementerian kesihatan dan pertambahan 1billion kepada kementerian. 
  • Pihak insuran dan takaful - 8juta.
  • Elaun khas untuk kakitangan kesihatan - elaun khas naik dari RM400 ke RM600 sebulan
  • Elaun polis, atm, rela, apmm - RM200 sebulan
  • Bantuan prihatin nasional - one off sebanyak 10 billion kepada golongan M40, felda, nelayan, petani
  • - RM4000 kebawah - bantuan RM1600
  • - RM1,000 diberi kepada yang berpendapatan rm4000-8,000 (rm500 pada setiap bulan April dan Mei)
  • - RM2000 ke bawah diberi rm500 dan rm300 bulan April dan Mei
  • BSH dibayar pada bulan Julai
  • RM200 one off untuk pelajar ipt
  • Golongan mudah terjejas - bantuan makanan, kesihatan, tempat perlindungan RM25 juta
  • Ptptn ditangguh pembayaran balik
  • Mysalam kepada B40 yang dimasukkan ke hospital. Boleh minta bantuan balik ikut hari.
  • Pengeluaran pra persaraan swasta hingga RM1500 tanpa penalti cukai
  • B40 di bandar di ppr - memanjangkan pembayaran sewa dari sebulan ke enam bulan
  • Perumahan awam - pengecualian yang sama dengan ppr di setiap negeri
  • Pengecualian sewaan termasuk kantin sekolah, kedai serbaneka
  • Bil letrik - diskaun 15-50% dengan had mak 600kilowatt. 2% untuk isi rumah
  • Telekomunikasi - internet percuma pada semua pelanggan mula 1 April hingga pkp tamat. 400juta naikkan liputan
  • PenjawaT awam - rm500 gred 56 ke bawah termasuk kontrak. Bayaran pada April 2020
  • Rm500 kepada pesara pada April 2020.
  • RM1billion kepada dana bantuan makanan
  • Program subsidi upah untuk majikan kekalkan pekerja 
  • ehailing - bantuan one off rm500
  • kontrak perkhidmatan - 
  • IKS - meningkatkan saiz dana
  • Rakyat yang hilang pekerjaan - sumbangan modal guna dana zakat Bank Islam dan MAIWP
Tengok-tengok balik, aku dapatlah RM1,500 (RM500 + RM1000 ).
- RM500 untuk penjawat awam
- RM1000 untuk rakyat yang bergaji RM4000-RM8000 (dibayar RM500 pada bulan April dan Mei)--

Sebak dengar PM bagi ucapan tadi. Marilah kita sama-sama berdoa agar segala mara bahaya ini terhindar dari kita semua. Amiiinnn.

Thursday, 26 March 2020

9th day PKP (2031 kes) dan kes pertama total lockdown di Simpang Renggam

Assalamualaikum,

27 Mac 2020 (Khamis)
Harini hari ke 9 PKP. Kes harini tertinggi iaitu sebanyak 235 kes. Banyak betul. Seriau pula tengok graf yang mencanak naik. Harap-harap takde la kena total lockdown satu Malaysia.

Statistik hari ke-9:
Kes : 235 kes
Jumlah kes : 2031 kes
Kematian : 24 orang (pertambahan 5 kes)

Malam ni tak tahulah kenapa ngantuk sangat. Lepas solat maghrib tu rasa nak lelap je, so lepas solat Isyak tu tidurlah sampai ke sahur dalam pukul 5.00 pagi. Rupa-rupanya malam tadi ada total lockdown kat Simpang Renggam sebab tetiba ada lebih 60 kes kat sana. Katanya ada kenduri kawin kat sana pada 14 dan 15 Mac 2020 sebab salah seorang jemaah tabligh ada kat kenduri tu. Dok salam-salam kat orang yang datang kat kenduri tu dan bagi nasi berkat kat orang seluruh kampung. Kesiannya sebab diorang semua tak sedia, maklumlah lockdown serta merta, tak sempat nak beli-beli barang. Aku doakan moga negara ini dilindungi dari segala mara bahaya.

Wednesday, 25 March 2020

8th day PKP (1,796 kes) dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020

Assalamualaikum,

25 Mac 2020 (Rabu)
Harini puasa lagi. macam biasalah bangun sahur makan sebiji kurma dengan air suam. Lepas tu solat sunat tahajjud, taubat dan hajat terus solat subuh. Ngantuk gile sebab semalam tidur pukul 2.00 pagi sebab konon nak habiskan baca buku untuk bookreview yang kedua malam ni gak. Tapi mata tak membantu wehhh... ngantuk gila lepas pukul 2.00 lebih. Buku tu tajuknya Mudahnya dapat A ditulis oleh Che Amran dari kumpulan Raihan. Dia cite pasal tips2 nak dapat keputusan yang cemerlang masa periksa.... Masuk bilik terus tertidur. tidur 3 jam badan jadi melayang-layang je.

Pagi tadi tengok tv jap pastu sambung balik baca buku Mudahnya Mendapat A. Nak habiskan hari ni juga. Lepas habis tu taip kat laptop. Tengok-tengok wifi yes lak asik berkelip2 merah je. Takde line camne nak online skplkpm bookreview tu. Maybe ada rosak mana-mana kot. Tunggu jela petang-petang sikit baru ada line kot. Sementara tu tengok PM buat live PC. Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi sehingga 14 Mac 2020 la pula.

Statistik hari ke-8:
Kes : 172 kes
Jumlah kes : 1796 kes
Kematian : 19 orang (pertambahan 4 kes)

Mak cakap sayur-sayur banyak dah habis. Aku kata list down kan pastu leh je call orang kedai runcit depan ni buat delivery. Petang tengok line yes masih lagi blinking merah-merah. So aku carilah no telefon yes. Lama gak dalam 20 minit operator tu tanya macam-macam then suruh aku keluarkan simkad dan guna eraser untuk bersihkan. Lepas masukkan balik simkad, alhamdulillah baru line tu warna hijau balik. Lega weh ada internet ni baru leh isi bookreview, tengok fb, tengok youtube dan update blog ni. Hehehe..

Dah setel isi bookreview dalam splkpm, baru rasa lega. Lepas tu buka puasa ala kadar je. Ingat malam ni nak baca satu lagi buku untuk review sebab semalam dah cari buku-buku dekat almari bilik belakang. Banyak rupanya buku beli kat pesta buku beberapa tahun tak baca-baca sampai sekarang. Ada buku tu siap berbalut lagi. Hahaha busy sangat kot aku ni.

Malam ni mak call abang nak tanya pasal plan kakak ipar nak beranak kat Kedah tu. Rupanya abang cakap tak jadi balik Kedah sebab PKP ni. Bagus gak tu, bahaya la pi sana sini time-time gini. Dengan tumpang kereta orang, lagi susah. Harap-harap semuanya dipermudahkan Allah. Ammiiinnnn...

Tuesday, 24 March 2020

Setahun reunion D'Bankers di Kuala Terengganu 23-24 Mac 2019

Assalamualaikum,

Tadi tengok facebook-tengok sebab nak buang masa cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan sebab Covid-19. Bagus gak cuti ni, kalau tak berhabuklah fb aku tu tak bertengok. Ida, kawan masa DIB dulu ada post pasal reunion DBankers tahun lepas. Tak sangka dah genap setahun aku dan mak pergi Kuala Terengganu.

Ada kat sana dua hari Sabtu dan Ahad masa cuti sekolah bulan Mac. Sabtu pagi tu kebetulan jumpa Leeza kat tengah jalan (suami dia Naim dan Leeza drive gilir-gilir). Mak ikut sebab risau aku ni cepat ngantuk drive kalau jauh-jauh. Rasanya mak aku baru kali kedua pergi Terengganu ni. Berhenti makan nasi ayam dah pukul 4.00 petang, alhamdulillah Naim belanja semua. Mak siap cakap ada coway kat kedai nasi ayam tu, air free je.

Sampai kat hotel, mandi jap pastu tolong-tolong masuk goodies dalam beg. Dah petang sikit baru Suhaila sampai. Malam tu siap-siap nak ke bawah untuk reunion. Tema hari raya. Masa makan-makan tu ada cabutan bertuah. Lupa dah dapat apa masa tu. hehehe.. Dalam pukul 11 malam lepas habis dinner reunion tu, Ida, Leeza dan Nenny datang bilik aku dan Su. Kami makan-makan dan sambung borak-borak lagi. Maklumlah tadi tak sempat nak borak sangat sebab ramai kawan-kawan yang lain.

The next day tu, pagi tu kitorang semua breakfast kat cafe hotel tu. Sempatlah ambil gambar ramai-ramai lagi. Lepas tu aku, mak dan Su ikut Ida pergi pasar payang baru. Sempat lagi ambil gambar kat jambatan baru Kuala Terengganu yang terkenal tu. Dalam tengah hari baliklah aku, mak dan Su. Nak balik tu siap lenguh kaki sebab terpaksa drive balik dalam jem dari Kuala Terengganu ke PJ termasuklah hantar Su balik rumah dia. Rasanya ambil masa 9 jam weh tempuh jem. Sakit kaki menekan clutch, maklumlah kereta aku manual. Masa ni lah rasa nak sangat tukar kereta automatik, takde la asik2 tukar gear dan clutch. Sampai rumah dalam pukul 10 malam kot.

Untuk Ida, Leeza dan Nenny... terima kasih kerana kalian bersama-sama aku dalam susah dan senang masa Diploma Banking dulu. Kenangan bersama korang selama 3 tahun akan sentiasa dalam memori terindah. Thanks a lot you guys....


Image may contain: 15 people, including Rohaida Mohamad, Inaz My, Syukri Ariffin, Za Abu Bakar, Norlisuzaimah Aw Sudin, PakaTireman Bkt Kuang and Noor Leza, people smiling, people standing and indoor
Malam reunion bersama-sama classmates DIB

Image may contain: 8 people, including Nurshihan Ibrahim and Za Abu Bakar, people smiling, people sitting, table and indoor
Breakfast bersama dengan mak dengan geng2 D'Bankers

Image may contain: 6 people, including Za-Hani Hamzah and Rohaida Mohamad, people smiling, people sitting, table and indoor

Image may contain: 8 people, including Mohd Hamri, Rohaida Mohamad, Za Abu Bakar, Nurshihan Ibrahim and Noor Leza, people smiling, people sitting and indoor
Bergambar kenangan di hotel

Image may contain: 3 people, including Rohaida Mohamad, people smiling, closeup
Ida, Suhaila dan aku kat Pasar Payang


Image may contain: 8 people, including PakaTireman Bkt Kuang, Inaz My and Rohaida Mohamad, people smiling

Image may contain: 5 people, including Nurshihan Ibrahim and Za Abu Bakar, people smiling, people standing

Image may contain: food
Antara hadiah untuk cabutan bertuah dan goodies bag


7th day PKP (1624 kes)

Assalamualaikum,

24 Mac 2020 (Selasa)
Dalam pukul 5.00 petang, lepas solat asar, tengok tv nampak Ketua Pengarah Kesihatan buat sidang media harian untuk hari ini. Nampaknya graf harini turun sikit. Lama juga sidang media tu, dalam sejam gak la.

Statistik hari ke-7:
Kes : 106 kes
Jumlah kes : 1624 kes
Kematian : 15 orang (pertambahan 1 kes)

Tengahari tadi Menteri Pertahanan kata ada penurunan dari ketidakpatuhan pada PKP. Semalam 92%, harini dah naik 95%. Alhamdulillah makin ramai orang sedar akan komitmen yang mereka boleh berikan untuk mengurangkan kes-kes Covid-19.

Monday, 23 March 2020

Cuba buat kerja sekolah tapi .... dapat gak habiskan baca Balajar Biar Betul yeayyy

Assalamualaikum,

24 Mac 2020 (Selasa)

Pagi ni rasa tak nak lah puasa sebab ingat nak buat kerja sekolah, tak kisahlah tanda kertas periksa atau buat book review. Lagipun dah 8 hari puasa, esok boleh sambung balik. Tapi rasa tak best la pulak kalau tak buat solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat macam biasa lepas sahur. So, walaupun tak sahur, aku buat solat-solat tu macam biasa. Dah habis tu terus solat subuh. Disebabkan harini tak puasa, mak ada buat bihun goreng dengan green tea. Sedap bukan main rasanya. Maklumlah dah berapa hari puasa kan? Lepas tu, macam biasa tengok-tengok handfon, whatsApp, telegram, facebook dan berita pasal Covid-19.

Ingat nak buat book review tapi tak reti la pulak nak masuk, so cuba call Zura. Lepas 2 kali call, baru dapat. Panjang gak la sembang tapi risau gak dia sibuk... maklumlah dia ada anak kecik, takut mengganggu pulak. Dari Covid-19 ke book review ke akpk ke video conference yang tak jadi semalam, ke pibg sampai ke group whatsApp kelas.

Masa tengah borak-borak tu, nampak kat tv ada sidang media Menteri Luar Negara dalam pukul 1.00 tengahari, lepas tu pc Menteri Pertahanan pula pukul 2.00 petang. Katanya semalam pematuhan PKP dah 92% dan harini meningkat ke 95%. Baguslah tu, dah ada peningkatan. Pukul 2.00 lebih nampak ada tulisan kat bawah tu kematian dah meningkat jadi 15 orang, maksudnya ada seorang dah meninggal.

Dah terlanjur tanya Zura pasal bookreview tadi, aku berazam nak buat sekurang-kurangnya satu bookreview harini. Lepas solat zohor, aku tengok-tengok balik plastik beg buku-buku yang aku beli kat karangkraf tahun lepas. Tak sempat nak baca.... adoiii. Beli tapi tak baca. Teruknya lah... Ada lagi buku yang masih berbalut. Buku yang menarik perhatian aku "Belajar biar betul' oleh Sifoo Sidee. Sempatlah baca sikit sebelum solat asar. Harap-harap boleh habiskan harini... Lepas solat asar, ada sidang media dari Datuk Dr. Noor Hisham iaitu Pengarah Kesihatan. Tengok tu je dah hampir sejam.

Sunday, 22 March 2020

6th day Perintah Kawalan Pergerakan (1518 kes)

Assalamualaikum,

23 Mac 2020 (Isnin)
Hari ke-6 PKP didapati masih lagi ada orang yang berdegil nak keluar rumah. Kekadang tak faham lah apa lagi alasan mereka. Polis kata ada yang bawa anak-anak kecil lagi dengan alasan nak beli barang dapur. Masih ramai yang ke pasar basah dan pasaraya, bersesak-sesak. Ntahla tak tahu nak cakap apa. Doakan mereka faham peranan mereka penting untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Statistik hari ke-6:
Kes : 212 kes
Jumlah kes : 1518
Kematian : 14 orang (pertambahan 4 kes)

Harini aku puasa lagi. Harap-harap diberi kekuatan untuk teruskan dalam bulan Rejab, Syakban dan Ramadan nanti. Dengar-dengar macam nak sambung je PKP kali ni sebab makin banyak kes setakat hari ni. Sambil-sambil tu aku banyak tengok facebook, tengok berita kat tv (terutama Astro Awani). Petang ni Jiwa bagi homework kat whatsApp aku suruh bagi kat budak-budak. Ingat nak tengok result tapi katanya SAPS tak boleh buka. Result untuk 6 Inovatif teruk sangat, pasal tu dia bagi homework banyak-banyak. Simple calculation pun tak reti nak buat. Dia bagi tempoh sampai pukul 10 malam.

Semalam bagi nombor akaun kat Zuhairah. Katanya siling bocor di ruang tamu, siap ada gambar lagi. Tapi nak buat camne kan, sekarang ni semua orang tak boleh keluar rumah.

Start pukul 11.00 malam buat RPH, ingat nak cuba buat paling sikit rph minggu ni. Sambil buat tu, sambil tengok tv dan borak-borak dengan Shukor. Dalam pukul 1.15 pagi dapat siapkan dua minggu punya rph. Kalau boleh, esok nak start tanda kertas periksa atau buat sinopsis buku kat splkpm.


Puasa dan kesannya adalah ....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat lagi aku berpuasa walaupun adanya wabak Covid19 di seluruh dunia. Sempena cuti ni, lagi senang nak puasa sebab dapat rehat-rehat je kat rumah dari 18-31 Mac 2020 lagipun hari tak panas sangat berbanding minggu lepas. Selain itu, yang seronoknya puasa ni, aku sempatlah buat solat sunat tahajud, taubat dan hajat. Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah. Pada akulah, kesan yang sangat nyata sebab boleh kira adalah dari segi berat badan.

Ni kronologi timbangan berat sempena puasa dan cuti sekolah campur cuti Perintah Kawalan Pergerakan:
15 Mac 2020 dan sebelumnya - 65kg
16 - 18 Mac 2020 (Isnin-Rabu) - 64kg
19-20 Mac 2020 (Khamis-Jumaat) - 63kg
21.3.2020 (Sabtu) - 62kg
22.3.2020 (Ahad) - 61kg
23.3.2020 (Isnin) - 61kg
24.3.2020 (Selasa) tak puasa - naik 62kg
25.3.2020 (Rabu) - 62kg maintain
26.3. 2020 (Khamis) - 62kg
27.3.2020 (Jumaat) - 61kg
28.3.2020 (Sabtu) - tak puasa sebab berak keras 62kg
29.3.2020 (Ahad) - tak puasa sebab berak cair pulak 62kg
30.3.2020 (Isnin) - 61kg
31.3.2020 (Selasa) - 62kg


5th day Perintah Kawalan Pergerakan (1,306 kes) dan israk mikraj

Assalamualaikum,

22 Mac 2020 (Ahad)
Hari kelima PKP dilaksanakan. Setakat hari ni terdapat 1306 kes di mana terdapat penambahan sebanyak 123 kes baru dan 10 kematian. Sedih dan geram tengok orang yang tak faham-faham suruh duduk di rumah ni asik nak keluar juga. Isyhhhh.

Harini puasa sempena hari Israk mikraj. Alhamdulillah dapat lagi berpuasa sejak Khamis lepas. Moga bertemu lagi di tahun hadapan. Timbang berat turun lagi satu kilogram ke 61kg.

Statistik hari ke-5:
Kes : 123 kes
Jumlah kes : 1306 kes
Kematian : 10 orang

4th day Perintah Kawalan Pergerakan (1183 kes)

Assalamualaikum,

21 Mac 2020 (Sabtu).
Harini hari ke-4. Jumlah kes COVID-19 meningkat lagi. Diberitakan seramai 1183 kes pada 12.00 tengahari. Jumlah kematian 6 orang. Moga Allah melindungi diriku, keluargaku, masyarakatku dan negaraku.

Statistik hari ke-4:
Kes :  -
Jumlah kes : 1183
Kematian : 6 orang

Friday, 20 March 2020

3rd day Perintah Kawalan Pergerakan (1,030 kes)

Assalamualaikum,

20 Mac 2020 (Jumaat)
Harini banyak siaran langsung kat tv. Ramai yang buat PC (press conference) termasuklah Agong, Menteri Pertahanan, Ketua angkatan tentera, menteri besar Selangor dan Johor, menteri Kpdnhep, menteri ipt. Semua keluarkan kenyataan berkenaan Covid-19.

Harini takde solat Jumaat di masjid seluruh Malaysia. Rasa sedih tul. Petang pukul 6.27 petang diberitakan ada seorang meninggal di Sabah dari kes ke-152. Banyak video tunjuk orang yang degil ni, sampai kena tegur dengan polis. Menteri pertahanan kata Ahad ni tentera akan bantu polis nak jaga keselamatan negara sebab masih ramai lagi yang keluar masa perintah kawalan pergerakan.

Harini puasa lagi, kiranya hari kedua dari semalam. Alhamdulillah tak panas sangat dan tak sejuk juga. Just nice. Dalam pukul 10 adik sampai. Lepas tu aku tengok youtube live. Sempatlah juga chat fb dengan Syuura sementara dia tunggu suami dia balik dari shift.

Statistik hari ke-3:
Kes : -
Jumlah kes : 1030 kes
Kematian : -

Thursday, 19 March 2020

2nd day Perintah Kawalan Pergerakan (900 kes)

Assalamualaikum,

19 Mac 2020 (Khamis)
Harini ada penambahan sebanyak 110 kes baru Covid-19, menjadikan semuanya 900 kes setakat ini. Kebanyakkan dari kluster tabligh. Tengok semalam ramai gak yang tak ikut perintah kerajaan sampaikan perdana menteri, menteri kesihatan , ketua pengarah kesihatan, bekas mufti merangkap menteri di jabatan perdana menteri Dr. Zulkifli dan mantan pm, Tun Dr. Mahathir pun minta semua tinggal di rumah (just stay at home).

Tengok kat youtube ada yang siap buat kenduri, ada yang niaga dan pergi pasar pagi. Malam ni dapat tahu adik Neni kena kuarantin sebab pesakit dia yang mengandung tu tak beritahu yang suami dia ada pergi tabligh haritu. Habis satu hospital Kemaman kena kuarantin 14 hari. Dah berapa lama baru nak beritahu. Dahla ada ibu-ibu mengandung, baby-baby baru lahir dan pegawai kesihatan. Memang selfish tul.

Statistik hari ke-2:
Kes :  110 kes
Jumlah kes : 900 kes
Kematian : -

Wednesday, 18 March 2020

Sidang media pasca mesyuarat khas menteri-menteri oleh menteri pertahanan setiap 12.00 tengahari

Assalamualaikum,

Tengahari ni pukul 12.00 menteri pertahanan pula buat sidang media pasal COVID-19. Antara intipatinya adalah :

1. minta semua rakyat duduk di rumah
2. semua jemaah tabligh Seri Petaling yang belum buat tu untuk buat saringan
3. jemaah tabligh yang pergi ke Indonesia akan disaring bila sampai di sini nanti
4. pihak polis dah buat rondaan
5. keperluan makanan mencukupi - tak perlu panik
6. isu pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura - pihak Singapura sediakan tempat tinggal
7. gunakan online untuk setiap urusan

1st day perintah kawalan pergerakan covid-19 (790 kes)

Assalamualaikum,

18 Mac 2020 (Rabu)
Malam ni tengok berita dan youtube, sambil2 fb dengan syuura. Kat berita tv1, tv3, astro arena dan bernama tv ada statistik terkini kes covid-19. Tengok-tengok dah naik 117 kes dari semalam menjadikan semuanya 790 kes pada hari ini. Geram gak tengok orang-orang yang degil, siap ada yang minum-minum kat kedai kopi sambil makan roti canai, pergi pasar pagi dan pasar malam, ada yang siap main bola. Tu belum lagi yang pergi TBS beli tiket bas yang dikatakan seramai 70 ribu orang. Ramai yang lain pula siap boleh balik kampung beramai-ramai dengan kereta. Aku pun tak tahu nak cakap apa dah.

Malam aku tengok youtuber ni. Dia pusing-pusing dengan kereta dia kat Bukit Bintang, Chow Kit, KLCC, Jalan TAR dan Ampang. Banyak gak kedai yang tutup tapi ada je orang yang jalan-jalan kat sana.

Ni url youtube tu...
https://www.youtube.com/watch?v=8vSIJfNrJn4&t=5s
https://www.youtube.com/watch?v=lft9eRs92Go

Statistik hari pertama:
Kes : 117 kes
Jumlah kes : 790 kes
Kematian : -

Tuesday, 17 March 2020

Website untuk mengetahui perkembangan terkini kes Covid-19

Melalui pemerhatian aku, ada beberapa website yang mengumpul data kes-kes Covid19 yang terkini. Di bawah ni website yang aku rasa ok.
1. https://www.outbreak.my/world
    - yang ni boleh tengok statistik world dan Malaysia termasuk ikut negeri-negeri di Malaysia
2. https://www.youtube.com/watch?v=qgylp3Td1Bw
    - yang ni statistik dunia terkini sebab update 24 jam
3. https://www.worldometers.info/coronavirus/

Pembelian panik sebab Covid19 (dah 673 kes)

Assalamualaikum,

Pagi tadi terpaksa keluar sebab nak beli barang-barang keperluan. Lagipun perintah kawalan pergerakan tu mula esok. Mula-mula tu pergi Hero. Aku turunkan mak dulu sebab parking takde. Bila dah park kereta, aku tengok kat luar, ramai sangat orang. Nampak mak dah keluar, katanya ramai sangat orang dan barang-barang diorang dah ikat dalam bundle yang besar. Pasal tu mak tak beli apa-apa, awal-awal dah keluar.

Pastu aku dan mak pergi Giant kecik depan tu. Orang tak ramai sangat berbanding dengan kat Hero tadi. Aku beli air coklat Farmfresh, tomato kecik, roti krim dan margerin Meadow (sebab brand Daisy takde) manakala mak beli kangkung. Ramai gak orang kat Giant tapi tak seteruk kat Hero.

Lepas Hero dan Giant, pergi 7 Eleven beli topup celcom, altel dan digi. Takde pun orang beli-beli barang dalam tu. Nampak ada gak orang makan2 kat restoran sebelah tu. Lepas tu pergi kedai Tok Ayah nak beli nasi kerabu. Mak nampak nasi dagang so beli gak lak. Mak kata seorang pun tak pakai face mask. Orang yang sediakan nasi dagang dan nasi kerabu tu kata esok restoran buka lagi tapi esoknya tu tutup 14 hari.

Last sekali pergi Sungai Way nak topup Yes. Tokey cina tu kata boleh je bayar topup in advance so aku bayar RM 72.10. Mak ajak pergi pasar Sungai Way pula lepas tu. Aku cari gak Manimaygelai tapi takde pula dia. Last-last, mak beli kentang, daun kunyit dan serai kat pasar. Lepas tu balik terus kat rumah. Aku tengok ada gak orang beli barang kat pasar tapi sorang pun tak pakai face mask. Berani tul diorang, dah la pasar ni selalunya basah dan kotor. Hmmmmm

Sampai kat rumah, simpan-simpan barang yang beli tadi terus on tv nak tengok berita pasal Covid19. Duduk kat sofa langsung terlelap maybe sebab ngantuk sangat.

Malam ni tengok kat berita dah 673 kes dan ada 2 kematian. Seorang lelaki berumur 34 tahun berasal dari Johor dan dikatakan menyertai majlis Ijtimak Tabligh kat masjid Seri Petaling. Seorang lagi mangsa adalah seorang paderi dari Sarawak yang berumur 60 tahun. Bak kata kawan chat dari Teman Sejati dulu melalui facebooknya .... Moga kita semua terhindar dari wabak ni.


Monday, 16 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020 (553 kes) dan perjalanan balik nogori

Assalamualaikum,

Malam tadi tengok Astro Awani tentang perutusan perdana menteri. Katanya pukul 9.00 malam tapi rupanya dah pukul 10 malam baru ada berita live yang seluruh Malaysia kena perintah kawalan pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020. Perintah kawalan pergerakan ni bukan lockdown rupanya. Ada beza sikit sebab public masih lagi boleh keluar jika ada kecemasan. Tapi yang pentingnya semua institusi pendidikan TUTUP. So aku dapat cuti 2 minggu setengah la. Ni klip video perutusan PM.

https://www.youtube.com/watch?v=XBq9FBOA7VQ

Tengok kat whatsapp group banyak yang kata orang ramai buat pembelian panik kat pasaraya dari pagi. Aku tak sempatlah pi beli barang-barang sebab balik kampung dengan mak, makcik Rafi dan pakcik Malza. Mula-mula pi TNB Seremban untuk tukar nama, pastu tukar nama kat SAINS pula. Nak fotostat punya pasal, jenuh cari kedai dah la panas keting. Nasibaik mak tak ikut sekali, mesti penat sebab kena jalan jauh. Dahlah pakai face mask, basah kat mulut pun ada. Last sekali pergi cari tempat ambil tong sampah pun dah jenuh pusing-pusing Seremban 2. Orang jual air nanas tu bagi direction salah. Makcik bebel, katanya kalau tak tahu, kata jela tak tahu. Kesian kalau orang yang betul-betul bendul mesti dah sesat pergi tempat lain. Nak ambil tong sampah pun kena fotostat lagi, maka aku dan makcik pun carilah lagi kedai fotostat. Panas weh hari ni. Berpeluh-peluh rasa.

Masa duk pusing-pusing cari kedai tong samph tu, nampaklah ada NSK besar kat situ. Ingat nak pergi tapi dah lambat pun. Lagipun 2 tong sampah tu besar so kena cari tali panjang sikit nak tutup bonet, kalau tak bahaya bonet tak leh tutup. Nasibaiklah rumah dengan kedai tu tak jauh sangat, dalam 15 minit je ikut jalan dalam.

Sampai kat rumah tu, kebetulan penyewa baru tu baru 1st day sampai. Bersepah juga la rumah. Aku tengok sejuklah juga sebab awning dah siap pasang. Penyewa tu nama Zuhairah, kerja jururawat kat hospital Seremban, anaknya baru lahir, kelmarin baru cukur jambul. Lepas dia siap sign agreement dan bagi insect keylar kat dia, kami pergi rumah pakcu Omar untuk tumpang solat zohor dan asar dan makan. Mak dah siap bawa bekal jadi makan yang tu jela. Nak balik tu nampak ada pasar malam kat situ. Mak teringin nak beli air kelapa je. Makcik Rafi beli air cendol, apam balik dan kuey teow goreng untuk berbuka puasa nanti. Gerak dalam pukul 5.00 lebih dan sampai nak dekat pukul 7.00 malam. Biasalah ada jem sikit kat highway. Tengok kat whatsapp, jumlah kes COVID-19 dah naik ke 553 kes harini. Ya Allah! Ramainya naik 125 orang da harini.

Saturday, 14 March 2020

Mula cuti sekolah dan perkembangan terkini - 238 kes COVID-19 di Malaysia

Assalamualaikum,

Alhamdulillah harini takde kelas tambahan untuk cuti sekolah. Bolehlah nak rehat-rehat kat rumah. Mak pun tak nak ke pasar tani sebab tengok kat perkembangan Covid-19 yang makin menggerunkan. Lagipun takde apa yang nak dibeli. Selalunya orang ramai kat pasar, jadi kemungkinan ada jangkitan tetap ada. Kes terbaru ni diberitakan dari kluster jemaah Ijtimad Tabligh di masjid Seri Petaling. Tengok kat berita, harini kes terbanyak iaitu 41 kes menjadikan 241 kes setakat 14 Mac 2020.

Kalau nak tengok tentang kes Covid-19 boleh tengok kat website ni :   http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Harini panas, so badan rasa ngantuk je. Tengah hari pun tak makan sebab tidur. Bangun-bangun tengok adik dah pergi kerja. Nasib baik tak puasa, kalau tak mesti tak larat ni. Petang tak rasa nak makan nasi so makan burger jelah. Keluarkan berger awal, so dapatlah makan petang ni.




Thursday, 12 March 2020

Penularan COVID-19 (149 kes) dan solat jumaat

Assalamualaikum,

Apa maksud COVID-19?  Ianya adalah corona virus disease 2019. Sejak dua tiga hari ni, berita asik tunjuk pasal COVID-19. Semalam keluar kat berita kata peserta yang pergi acara tabligh antarabangsa di masjid Sri Petaling 27 Februari hingga 1 Mac 2020 lepas, dikuatiri penyakit tersebut sebab ada sorang peserta dari Brunei tu didapati positif. Rasanya ramai yang tak nak mengaku tu nanti. Baru je tengok graf kat website KKM tentang statistik tebaru. Malaysia takde kes terbaru hari ni jadi masih 149 kes setakat ni. Yang mendadak naik, kes kat Itali dan Iran. Dalam sehari je ada lebih 100 kematian kat Itali.

Petang ni pula, menteri baru, mantan mufti Wilayah, Dr. Zulkifli Mohamad ada kata kat berita yang solat jumaat kena buat juga kecuali jika didapati mengidap penyakit COVID-19 boleh solat kat rumah.

Tadi cakap dengan guru besar. GB kata tak payahlah buat kelas tambahan cuti sekolah ni. Risau juga sejak kes COVID-19 ni makin merebak. Tak pasal2 je kalau ada apa-apa nanti. Seminggu je pun. Bolehlah tanda kertas periksa dan buat apa yang patut.

Hari ni tak jadi puasa. Balik je rumah terus cari makanan. hehehe... Lepas makan, tengok tv jap pastu terlelap depan tv. Sedar-sedar dah pukul 5.40 petang. Ngantuk sangat kot. Mak kata tadi hujan kejap tapi rasa panas dan berpeluh pula.

Sunday, 8 March 2020

Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama aku simpan artikel ni, cuma baru ni teringat nak post kat sini. Kali ni aku nak kongsikan beberapa nasihat dari tokoh yang aku kagumi iaitu Syed Mokhtar Al=Bukhary bertarikh 21 April 2018 di website https://babab.net/out/49-nasihat-syed-mokhtar-al-bukhary-khas-buat-para-usahawan-bakal-usahawan-qvbo.html . Harap ianya dapat dijadikan panduan untuk kita semua.


# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok.
Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi
orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu
melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,
budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan
jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan
saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun
boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha
dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada
jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa
yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi
itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa
Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir
daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka.
Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.
Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada
pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak
sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena
tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok
dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka
pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status;
ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena
turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh
dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong
orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu
turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih
kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang
Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada
pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu
bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.
Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain
berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar
zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana
sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya
boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi
saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau
mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain
ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan
kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri
saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada
saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu
kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau
hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang
saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya
usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah
kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu
adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya
untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini
untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan
akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan
lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang
tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah
kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain
memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa
pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di
kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di
bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya
ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.
Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini
gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10
juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya
semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum
berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.
Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini
kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi
saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus
dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu
orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain
suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan
jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal
saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya
terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya
menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa
orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti
saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok
perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi
kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk
bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat
untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk
kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak
boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke
depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik
dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa
pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton
Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak
boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.
Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab
orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara
yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada
orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi
bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri
seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat
sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang
habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau
hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat
saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari
dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada
setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang
ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu
yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang
lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.
Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang
lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada
ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu
banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang
melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong
atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam. 

Friday, 6 March 2020

Mesyuarat PIBG SK Sungei Way kali pertama 2020

Assalamualaikum,

Hari ni 7/3/2020 Sabtu, patutnya aku kena ngajar kelas tambahan dari 9.30 - 11.00 pagi tapi disebabkan ada mesyuarat pibg kali pertama selepas pemilihan Mesyuarat agung haritu, terpaksalah aku minta tolong Erniza gantikan. Pagi ni tadi ada beberapa orang ibu bapa hantar whatsapp kata anak mereka tak dapat datang kelas tambahan sebab takut dengan serangan wabak covid19 dan ada yang sakit.

Nasibaik juga lah tak pergi kelas tambahan sebab pagi tu sinki air bocor, so tolong mak tuang air panas dekat sinki dan jolok lubang air tu. Baunya masyallah busuk tak terkata. Dalam sejam gitu baru setel baiki. Alhamdulillah.

Mesyuarat PIBG kali ni patutnya mula pukul 12.00 tengahari tapi rupanya mula tu ada makan-makan dulu kat bilik Wawasan. Guru besar dah sediakan nasi goreng, ayam goreng berempah, timun, sambal dan karipap. Pukul 12.30 baru kami gerak ke bilik VLE untuk mesyuarat. Ustaz Rosli, Shankar, Azlin dan Hawa baru first time masuk dalam PIBG. Yang lamanya Azura dan Shasha je. Bahiry dan Engku tak datang manakala parents ada 4 orang je. Antara usul yang dicadangkan adalah untuk mengadakan kompulan kompang. Nasibaik kejap je mesyuarat pertama tu habis dalam pukul 2.30 petang. Petang tu aku ambil gambar karpet. Lepas tu guru besar suruh tapau balik makanan. Bila balik rumah, tengok-tengok adik dah pergi kerja. Disebabkan rasa terlalu penat, lama juga aku terlelap.



Kem Kepimpinan SKSW 2020 dan tukar jam azan

Assalamualaikum,

Semalam 6/3/2020 Jumaat, SK Sungei Way telah mengadakan Kem Kepimpinan untuk para pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan ajk tertinggi ko kurikulum.
Tahniah kepada Hanim, Kavita dan Nong kerana telah menjadikan kem tersebut mencapai matlamatnya. Kem yang berlangsung dari 7.30 hingga 4.30 petang itu diharap dapat mengubah paradigma murid-murid tersebut dalam menjalankan tanggungjawab mereka.












Lepas balik tu, ajak mak pergi Giant sebab nak minta kedai karpet dan jam tu baiki jam azan sekolah yang rosak tu. Sambil2 tu boleh pergi Thai Fair kat belakang tu. Tuan kedai tu tak baiki jam sebaliknya dia tukar dengan jam lain. Agaknya sebab banyak sangat masalah kot. Masa tu, ada gak tanya kot2 dia boleh order 2 karpet yang warna hitam putih. Dah keluar tu, mak ada tanya-tanya pasal tilam kekabu untuk adik. Harga yang single Rm75 manakala queen RM120 termasuk 2 bantal. Masa dah sampai kereta, mak kata nak belilah tilam tu. Aku ikut je. Tuan kedai tu dengan baik hati hantar tilam tu masukkan dalam kereta sebab berat juga aku nak angkat. Lepas tu pergi thai fair ingat nak belikan mak beg tapi dia tak berkenan sebab takde kompartmen dalam beg. Apa pun, alhamdulillah segala urusan hari ini telah dipermudahkan.


Majlis Pelancaran Program Nilam 2020

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pasal Majlis Pelancaran Program Nilam 2020 pada 2/3/2020 (Isnin) kat sekolah aku. Tema harini yang ditetapkan guru besar adalah hitam putih. Tahniah kepada Puan Nong kerana telah berjaya mengadakan program tersebut.


Guru-guru SK Sungei Way yang sempat bergambar


Ketua dan penolong kelas 6 Inovatif menerima reading box 

Majlis pemberian RM100 untuk murid-murid terpilih 2020

Assalamualaikum,

Tanggal 3/3/2020 iaitu Selasa, murid-murid sekolahku dapat duit RM100 tapi untuk yang terpilih je. Terdapat 3 kriteria pemilihan.
1. Warganegara Malaysia
2. Pendapatan ibu dan ayah tidak lebih RM3000
3. Semua borang yang diberikan mestilah lengkap

Kelas 6 Inovatif ada 14 orang murid yang layak dapat duit tu. Masa ibu bapa datang, anak2 ni dah diberikan kerja untuk membuat email tapi ramai yang tak siap dalam masa 1 jam 15 minit. Geram gak aku.

Petang tu ada kelas tambahan pula untuk anak2 ni  sampai pukul 4.00 petang. Yang ada periksa sekolah agama tu boleh balik pukul 1.30 petang.

Thursday, 5 March 2020

Aura Islam 2020 di Johor dan barangan peninggalan Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum,

Tadi baru tengok youtube tentang Aura Islam 2020 bertempat di Iskandar Puteri, Johor. Rasa seronok dapat tengok barang-barang peninggalan Rasulullah. Kalaulah dekat, nak juga pergi ni.  Antara barangan yang ada kat Galeri tu adalah replika kiswah dan pintu kaabah. Juga terdapat banyak jenis Al-Quran yang berlainan, janggut Rasulullah.

Ni aku sertakan youtube pasal Aura Islam tu:
Aura Islam dan barang peninggalan Rasulullah


Sunday, 1 March 2020

PELANTIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Assalamualaikum,

1 Mac 2020 merupakan hari bersejarah Malaysia apabila Majlis pelantikan perdana menteri Malaysia ke-8 diadakan di Istana Negara. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada pukul 10.30 pagi di Istana Negara dengan disaksikan oleh Yang Dipertuan Agung serta barisan ketua bagi setiap parti Perikatan Nasional. Doa-doa inilah yang terbaik untuk negara...

Hari ni mula rasa sakit-sakit kat bahagian peha sebab hiking kat Bukit Gasing semalam. Nasibaik cuti harini, kalau tak, sakitnya nak berjalan naik tangga kat sekolah. Dapat cari kertas periksa tahun 5 saje... lesson plan untuk minggu depan tak dan buat, jadual baru untuk kelas tambahan tahun 6 pun tak buat juga. Malam rasa lega sikit lepas adik urut tu.   Beruntungnya aku ada adik yang pandai mengurut ni... Masa nak hantar adik balik rumah pun rasa sakit sikit nak tekan clutch sebab keras. Sampai rumah balik dalam pukul 11.00 terus tidur.