Assalamualaikum,
Pagi tadi terpaksa keluar sebab nak beli barang-barang keperluan. Lagipun perintah kawalan pergerakan tu mula esok. Mula-mula tu pergi Hero. Aku turunkan mak dulu sebab parking takde. Bila dah park kereta, aku tengok kat luar, ramai sangat orang. Nampak mak dah keluar, katanya ramai sangat orang dan barang-barang diorang dah ikat dalam bundle yang besar. Pasal tu mak tak beli apa-apa, awal-awal dah keluar.
Pastu aku dan mak pergi Giant kecik depan tu. Orang tak ramai sangat berbanding dengan kat Hero tadi. Aku beli air coklat Farmfresh, tomato kecik, roti krim dan margerin Meadow (sebab brand Daisy takde) manakala mak beli kangkung. Ramai gak orang kat Giant tapi tak seteruk kat Hero.
Lepas Hero dan Giant, pergi 7 Eleven beli topup celcom, altel dan digi. Takde pun orang beli-beli barang dalam tu. Nampak ada gak orang makan2 kat restoran sebelah tu. Lepas tu pergi kedai Tok Ayah nak beli nasi kerabu. Mak nampak nasi dagang so beli gak lak. Mak kata seorang pun tak pakai face mask. Orang yang sediakan nasi dagang dan nasi kerabu tu kata esok restoran buka lagi tapi esoknya tu tutup 14 hari.
Last sekali pergi Sungai Way nak topup Yes. Tokey cina tu kata boleh je bayar topup in advance so aku bayar RM 72.10. Mak ajak pergi pasar Sungai Way pula lepas tu. Aku cari gak Manimaygelai tapi takde pula dia. Last-last, mak beli kentang, daun kunyit dan serai kat pasar. Lepas tu balik terus kat rumah. Aku tengok ada gak orang beli barang kat pasar tapi sorang pun tak pakai face mask. Berani tul diorang, dah la pasar ni selalunya basah dan kotor. Hmmmmm
Sampai kat rumah, simpan-simpan barang yang beli tadi terus on tv nak tengok berita pasal Covid19. Duduk kat sofa langsung terlelap maybe sebab ngantuk sangat.
Malam ni tengok kat berita dah 673 kes dan ada 2 kematian. Seorang lelaki berumur 34 tahun berasal dari Johor dan dikatakan menyertai majlis Ijtimak Tabligh kat masjid Seri Petaling. Seorang lagi mangsa adalah seorang paderi dari Sarawak yang berumur 60 tahun. Bak kata kawan chat dari Teman Sejati dulu melalui facebooknya .... Moga kita semua terhindar dari wabak ni.
No comments:
Post a Comment