Friday, 30 September 2022

Program dari English Lab dan makan cheese naan

 30/09/2022 Jumaat

Assalamualaikum.

Harini seronok bertugas di pagar sebab ada Cae, Zul, Kavi, Darshinee, Shasha dan juga Jiwa.. Yg x tahannya bila diorang dok borak pasal post mortem Temasya Sukan haritu. Word of the day adalah 'tingkat 26'. Sabo jela.. Hampir keluar airmata sebab byk gelak. Jiwa memang pandai buat lawak. 

Lepas tu ada bacaan yassin, aku baca kt luar je. Then ada program english dari English Lab, matematik dari Pen-tagon dan pemeriksaan kesihatan dari klinik kesihatan TTDI Sunway. 

Ms tgh borak dgn pn Ros, tetiba je Affifa kata Darwish dan Aisy bergaduh. Kena gk aku naik atas nk tgk apa dh jd. Rupanya spec Darwish dah patah ms mereka gaduh tu. Letih asik nk mrh budak2 ni.. Nk kata budak pendek akal, dh boleh jd bapa org pun. Aku bg je ust Rosli handle budak berdua tu. 

Lps tu handle budak lps rehat pula. Kemudian, terus ke 5K. First time ni ikut jadual baru.. Bagi homework dulu lps tu baru bg mereka sambung buat worksheet untuk cari meaning from dictionary sempena minggu panitia BI. 

Bila nk blk tu, nk cari gb tp dia borak dgn en. Azrul so aku borak jap dgn pn. Ros. Sampai kt rmh awal, so sempatlah tidur jap. Sedar bila suami kejutkan bila dia blk dr solat jumaat. Dpt mee grg katanya.

Lps solat, minta suami betulkan penyidai baju dlm bilik. Aku rs kelakar je bila baju suamiku melekat dgn skru penyidai tu. 








Pukul 3 ptg ada youtube Taklimat pelaksanaan DCS 2022 smp pkul 4.00. Ms tu hjn pula jap. Lps solat asar, suami ajak jln2 kaki. Rs fresh je sb baru lps hjn. Mkn cheese naan tp aku rs cheese naan Syed Bistro lg sedaplah.


Mlm ni adik dtg mcm biasa. 

Thursday, 29 September 2022

Satu hari yang memenatkan

 29/9/2022 Khamis

Assalamualaikum.

Pagi ni x hjn mcm 2 hari lps. Jg pagar dgn Azri, Zul dan Kavi. Bincang pasal hari sukan haritu.. Panas gakla. Pastu pn Ros minta kami p ajar budak Mekar. 

Pagi ni kelas 4i buat vocab sikit n bagi exercise. Masa 5k pula bawa budak2 tu ke PSS utk jawab worksheet minggu panitia guna dictionary. Kesian budak2 ni x reti guna. Terang satu2 pun masih salah lagi. Tu pun satu jam baru dpt jwb 5 soalan. 

Habis kelas, tak jg pagar sebab pukul 12.40 ada post mortem hari sukan haritu. Duk sbelah Yah..tanya pasal hal tanah yg dia p Putrajaya smlm. Katanya makan ms gk nk setel. Nasibaik post mortem x lama sgt, pukul 1.30 kot habis. Gb listkan perkara yg boleh dibuat penambahbaikan.



Wednesday, 28 September 2022

Masih lagi Minggu Panitia BI

 28/9/2022 Rabu

Assalamualaikum..

Pagi ni hujan lebat lagi.. Harini hantar mak ke klinik kesihatan dulu sebelum p sekolah. Jaga kat kantin je ms bertugas. Borak2 dgn Azri. Beetugas so minggu ni x ajar Aiman 4k untuk program Mekar. Pukul 8.40 ada kelas 6i.. Nasibaik sempat fotostat bahan utk minggu panitia. 





Lps habis kutip kertas dari 6i, cepat2 p kantin..makan kuewteow. Tak habis mkn, kena bertugas jaga murid lps rehat pula. Nmpk mcm ramai murid xde. Nasuha minta nk p bilik moral tapi aku suruh tunggu kejap. Rupanya lps tu dia nangis2 sebab dia x dpt makanan dari rumah merah. 

Sebelum pi kelas 4i, aku p prasekolah utk bg bahan utk program panitia bi kat Atikah. Lps tu masuk kelas kak Hasnah borak2 sebab nk terus ke 4i. 

Habis 4i, aku terus ke bilik guru utk ambil beg dan letak dlm kereta. Bertugas kat pagar.. Awal gk smp rumah. Ckp dgn mak nk p ecoshop tapi lps mkn nasi kerabu rasa ngantuk.. So in the end, x p la eco.

Penat sebab 2 minggu sukan..

 27/9/2022 Selasa

Assalamualaikum..

Rasa x cukup je cuti sehari... Minggu ni kumpulan E bertugas. Dari pkul 4 pagi dah hujan lebat. Azri dan Zul awal2 dah bertugas..

Pagi ni pukul 7.02 baru tahu jadual kena tukar lagi, kesianla budak2 x bawa buku sbb xde jadual baru. Rumah sukan lain ada yg dh dpt makanan n hadiah sempena rmh sukan. 

Ms kelas 4i, bagi worksheet word search sempena minggu Panitia BI. Tajuknya tentang past tense. Cepat je diorang habiskan. 

Nasibaik jumpa jeket biru dlm bilik muzik cuma payung je la yg xde. 

Kemas2 bilik muzik dgn budak rumah biru. Lps rehat bgtau budak2 esok xde koko. Kelas 6I suruh mereka buat homework je sambil war2 yg minggu ni minggu Panitia BI. 
















Monday, 26 September 2022

Cuti sempena Temasya Sukan Tahunan ke 33

 26/09/2022 (Isnin)

Assalamualaikum.

Seronoknya cuti harini boleh la rehat banyak2. hehehe... Pagi ni buka kotak Shopee Skechers. Kasut saiz 9 beli masa sale Shopee. Cepat gak la sampai. Try dengan stokin purple tapi rasa ketat pula. 






Temasya Sukan Tahunan ke-33 SKSW 2022

 25/09/2022 (Ahad)

Assalamualaikum.

Fuh... Mak cakap dari pukul 3.00 pagi lebih dah hujan sampaikan kena black out sebab ada petir. Bila drive ke sekolah pun hujan lebat lagi. Nak cari parking keteta kat luar pun kena tawaf 2 kali. Pakai jeket biru dan guna payung. Kat dewan rupanya dah ada yang letak nasi lemak.. ada yang dah mula makan walaupun baru pukul 7.00 pagi. Kat pantri pejabat dah ada gb tengah lipat nasi lemak. Susun2 barang dan makanan dari pantri ke dewan cepat sebab YB Halimey datang awal dalam 7.30 pagi. 

Bila rombongan YB dan start makan, aku pun pi bilik muzik untuk tolong budak2 perbarisan. Banyak hiasan nak kena letak kat budak2 ni. Lambat gak baru siap. Pukul 8.20 baru teringat pasal makanan vip untuk Rotary. Bila sampai dewan, Lucy dan Mr, Gee dah siap makan.. cuma 3 lagi orang Rotary belum sampai. 
















Sambung latihan perbarisan dan hias rumah biru

 24/09/2022 (Sabtu)

Assalamualaikum..

Pagi ni patutnya ada latihan perbarisan pukul 8-11 pagi. Mak dah ajak suami ikut sebab nak tolong angkat barang. Tapi last2 aku ikut gak la bawa kereta. Beli sikit cakoi, cendawan goreng dan kerepek pisang kot2 ada budak lapar yang nak makan. So aku lambatlah sikit sampai kat sekolah dalam pukul 8.30 pagi. Bila sampai kat bilik muzik, aku tengok diorang pun baru nak mula. Banyak gak la dapat buat hiasan untuk perbarisan. Budak2 perbarisan pula berlatih kat kelas 2I. 

Dalam tengahari baru mula hias rumah sukan sampai pukul 3.00. Nak dekat balik baru dapat tahu Kavi accident pagi tadi masa nak ke sekolah. Bila balik, aku singgah kat lrt Taman Bahagia jemput suami balik dari KL. Pastu kami p makan kat restoran Jati baru balik rumah. Ingat nak p pasar malam tapi terlelap... agaknya sebab penat sangat.

Malam tu tidur awal...