23/11/2022 Rabu
Assalamualaikum
21/11/2022 Isnin
Assalamualaikum.
Harini sejarah naik grab rm19!! Mahal gila... Tapi terpaksa sbb kaki x ok lg. Suami kata smp rmh pukul 2 pagi td. Perhimpunan x naik stage tapi duduk kt kerusi sebelah restrum mc. Yg kesiannya budak lelaki 5K si Samuel Raj je sorang yg dtg. Lps tu murid tahap 1 tgk movie 'Ada hantu' manakala tahap 2 susun meja kerusi kat kelas tahap 1.
Masa rehat, aku duk kat meja dpn spbt tu isi alamat 6i untuk permohonan tingkatan 1. Teringat nk minta tolong Nor kantin hntar nasi lemak atau ayam grg kat aku kalau ada lg sebab tetiba laparlah pula. Almaklum pagi td mkn bubur je.
Beberapa minit pastu Cinta hantar nasi lemak n ayam dgn milo ais..katanya air tu mak dia bagi je. Aku minta Cinta pulangkan milo tu sebab tak minum ais. Baiknya lah Nor dia buatkan kopi o panas utk aku..bg free pula tu.
Lps tu minta Zul hantarkan kertas paper 1 sebab aku nak buat periksa kt dewan je. Sakit kaki nk naik tangga ke atas. Kesian budak2 6i periksa x selesa most probably sebab budak2 4k bising.
Lps habis kelas, sambung isi permohonan tingkatan 1 dan update alamat. Minta tolong Subattra cari pisau tarik sebab nk buat lubang kat paper OMR. Dapatlah tanda section A separuh kelas. Alhamdulillah baik hati Diba nak tumpangkan aku balik rumah.
Smp rmh, tgk awani rupanya tak tahu lagi siapa PM sebab Agong lanjutkan hingga 2 ptg esok pula. Lps mandi, mak balutkan lutut dgn daun panjang yg dilayur dgn api hingga keluar air. Mak mertua bagi daun, knee pad, dan batu sungai utk tujuan rawatan lutut mcm yg dibuat dengan pakcik Abdul Aziz haritu. Terima kasih mak... Alhamdulillah, bertuah aku dapat suami dan mak mertua yg baik.
Dah ptg, mkn pizza dan garlic bread smlm serta karipap. Pastu mkn ubat yg GB rekemen. Setel mkn, aku sambung tanda kertas periksa. 5.30 ada live angkat sumpah menteri besar Perak. Dh pukul 6 lebih tgk tv1 - 'I love you cikgu'. Dah pkul 7 tak setel lagi hal PM.. Geram pula dengan presiden BN ni.. Patutlah org gelar dia kluster mahkamah.
Dapat tau weekend ni Ida taro dtg pj tapi adik ipar aku kahwin so x dpt lah jumpa dia. Xde rezekilah..
Mula2 tgk England 1-0 Iran tp tgk jap je. X lama pastu mak ckp dah 3-0... Mlm ni suami suruh orderkan grab lagi.
20/11/2022 (Ahad)
Assalamualaikum.
Pagi ni bgn lambat sbb pg td tidur pukul 3 pagi dengar keputusan pru15. Lps mandi, mkn bihun grg. Adik pun dtg sini lambat. Tgk astroawani pasal keputusan pru. Fight juga.. Yg ingat PH 82, PN 73, BN 30, GPS SARAWAK 23, GRS SABAH 6, LAIN2 6.
Ptg tu tidur lg sebab ngantuk balik. Malas tul nk buat lesson plan. Adoii.. Masa adik nk blk time maghrib tu baru minta adik orderkan pizza hut set - 1 hawaiian chicken, 1 Aloha chicken, 1 garlic bread dan 2 sup.. Rm58.80. Lps mkn tu kenyang so x mkn nasi dah.
Suami kata dia blk dgn Lang, Najib, La dan Ain pukul 6 ptg. Tp mybe sbb ramai yg nk blk dari mengundi, Plus jem. Aku tgk piala malaysia semi final jdt v sabah. Jdt payahla nk kalah kan.. Lps tu tgk Gegar vaganza semi final.. Dina nazir dan fuad rahman tersingkir mlm ni.
Pukul 11.30 gitu tgk pulak perasmian world cup Qatar 2022. Qatar v Ecuador. Tak larat nk tunggu. Ingtkan nk tunggu suami tapi ngantuk sbb dah pukul 1 pagi.
19/11/2022 Sabtu
Assalamualaikum
Pg ni bgn awal tp tgk2 mak kata hujan start dari pukul 4 tak berhenti lagi. Camne nk ngundi ni? Aku n adik mkn nasi grg mak buat. Bila pukul 7, hjn dh kurang, mak n adik je p ngundi sbb susah nk sorong wheelchair smbil pegang payung. Mcm ssh je nk p ngundi bila kaki sakit... Hmmm
So aku pun tgk astro awani dgn hp..mula2 kt bilik tp bila bosan, aku pelan2 keluar tgk tv. Dlm pukul 8.40 diorang blk. Lps tu adik p kerja. Dlm pukul 10 gitu abg dtg sini sbelum p ngundi kat dewan sebelah stadium kelana jaya.
Dlm tghari ni perut mula rs sakit tp berak x kluarlah pula. Bila abg blk tu aku tanya..boleh tak tolong tolak wheelchair nk p ngundi. Bila abg kata ok, terus tukar baju. Mak ikut sekali jln kaki p SK Sri Kelana. Dlm pukul 12 kitorang pi. Lama gk tunggu sebab nk isi borang tak payah naik atas saluran 5. Aku tumpang ngundi kt saluran 3. Dlm pukul 1 kami dh smp rumah. Alhamdulillah dpt gak ngundi.
Lps lunch, abg blk rmh sbb mlm ni kak ina blk sini semula. Aku n mak tgk tv analisis pru15 astroawani. Time ni dh brp kali p toilet tp berak kluar sikit sgt wlwpn perut rasa sakit dan sejuk..
Mlm aku tgk perkembangan pru15 kt astroawani. Byk keputusan yg luar jangka.. Dh pukul 2.00 pagi baru tidur sebab x larat nk tunggu. Setakat ni PH dan PN sedang berentap. Result P105 Petaling Jaya x kluar lagi.. Antara 8 parlimen yg masih tak tau result. Mak tidur dengan aku sbb kalau aku tetiba rasa nk p toilet tgh mlm bolehlah kejutkan mak..
18/11/2022 Jumaat
Assalamualaikum.
Yeay.. Cutiiii... Sempena nk PRU15 esok mcm PM umumkan. Harini mak kejut pkul 8 lebih sbb mak n suami nk p beli brg kat Hero. Aku tgk astro awani tentang discussion Pru15. Mak kata mcm nmpk org baru blk dari psrtani. Mybe sb esok pru, so psrtani buat harini.
Lps tu mkn nasi lemak yg mak beli. Tak selera, mkn separuh je suami habiskan balance. Aku masuk bilik ms solat jumaat.. Dgr khutbah jumaat kt hp pastu terus terlelap. Terbgn pukul 3 lebih ingt nk order shawarna kat Hadramawt tp suami kata dia bawa bihun sup dari masjid tadi. Bihun sup pun mkn x habis so suami habiskan.
Ptg tu order 2 shawarna gak dari Hadramawt rm28.80 termasuk delivery. (Lupa pula nk snap gambar) Mkn dgn mak n suami. Mak kata pedas. Mybe tergigit cili kot. Maghrib tu suami dh nk blk kg dgn paklang. Sedih gak. Buka kacang yg beli kat Mahnaz Fahrenheit. Bg separuh utk bawa blk kg.
Mlm ni adik tidur sorang kt hall sbb mak tidur dgn aku. Manalah tahu kot tgh mlm nk kencing ada mak tolong papah. Restless gak xleh tidur.
17/11/2022 Khamis
Assalamualaikum.
Harini p sklh dgn diba, balik dgn jo pula. X dpt nk tolong angkat meja kerusi. Kaki sakit lg. Pg ajar 4i di dewan.. Suruh budak2 ambil laptop dari lab. Lps rehat murid thp 1 kt dewan tgk movie, tahap 2 pula tolong angkt kerusi meja.
Borak dgn Fatin, Zulhanis n Cae pasal pilihanraya PRU15. Then Fatin tolong ambilkan sate while Zul ambilkan nasi grg kg. Fatin suggest beli tongkat utk kurangkan sakit kaki.
Blk rmh terus tidur. Suami kerja pg tp ada mkn2 kt restoran steambot dkt2 klcc. Tolong callkan grabcar.
15/11/2022 Selasa
Assalamualaikum
Harini cuti lagi. Nk kurangkan sakit kaki kena kurangkan berjalan, mcm kata doc semalam. Pagi ni mak buatkan roti bakar dgn telur mata. Lps tu suami belikan nasi lemak dan soluble tapi mkn separuh je sbb x de selera sgt. Balance tu suami habiskan.
Lps mkn ubat tgk astro Awani jap. Harini proses pengundian awal utk askar dan polis. Lps tu aku pun rasa ngantuk. Shukor minta kejutkan dia pukul 9.30 sebab nk pi kerja. Lps kejutkan dia, lama juga aku tidur dari 9.30 sampai 11.40. Sempat tgk sikit 5rencah 5 rasa.
Tgk astro awani, setakat pukul 11.00 pg, 52% dah buat pengundian awal. Ada askar n polis bawa anak2 kecil masuk tempat mengundi.
Naj bagitau yg group perempuan je buat projek bahasa Arab. Geram pula tgk budak lelaki tu malas sgt.
Mlm suami blk naik lrt tp aku x dpt nak ambil kat lrt so order grab car. Dari rm6 naik rm8 n last sekali bila nk tekan, dpt rm7. Alhamdulillah suami selamat sampai rumah dlm pukul 11.10 kot.
13/11/2022 Ahad
Assalamualaikum.
Pagi ni ingt nk bgn subuh.. Kaki lutut sakit lagi so papah suami p toilet. Tgk2 bendera merah.. Pg ni mkn nasi dgn suami. Lepas tu mkn ubat. Lama gak aku tidur lepas tu..dari pukul 9.00 - 12.00 rasanya. Tak perasan rau ada hntar whatsapp dan kak mas misscall beberapa kali. Agaknya ngantuk sbb mkn ubat.
Sedihnya harini tak dapat pi tgk rumah baru kak fid. Ada rau, syuura, kak mas dan leney. Syuura dan leney bawa suami masing-masing.
Mlm tu menteri pengangkutan Wee Ka Siong kata esok lrt dah boleh beroperasi seperti biasa. Ok lah tu sebab esok suami kerja pagi. Susah kalau berebut bas mcm haritu. Smp rmh pun lambat.
12/11/2022 Sabtu
Assalamualaikum.
Hmm.. Sabtu pun kena dtg sklh sbb kena mengecat. Tapi pagi ni sempat p pasartani dgn suami. Mak kirim beli sayur dan telur. Naik kereta parking kat TH. Nmpk yb Halimey promote calon PH parlimen cina, nama x ingtlah pula.
Balik tu terus pi sekolah. Diorang tgh mkn2 lg. Ada roti canai. Mula pukul 8.30. Group aku Arnab kena cat blok c tingkat bawah. Pakai selipar je sebab takut nnt kasut kena cat. Gb kata x payah cat biru kt pintu kelas. Aku tolong jiwa pegang kerusi sb dia kena panjat. Lama gaklah.
Group yg dh siap tu tolong cat kt dinding hujung blok C. Aku sempat borak2 dgn Azri n Zulhanis. Dlm pukul 11.30 aku benti.. P bilik guru stapler kertas 2 bi thn 6. Then ambil makanan.. Ada udang, sate aym, pucuk ubi dgn kerang, ikan keli dan air tembikai. Gb kata udang boleh ambil 3 je, sate 5 cucuk je.
Dh habis tu blk rmh rupanya suami ada kt rmh. Agknya x kluar jln sbb lrt rosak. Bila p bilik air tetiba kaki cramp. Ada byk sbb kot sakit balik...
1. Berdiri lama sgt masa mengecat
2. Angkat meja dan kerusi kayu serta brg2 cat. Berat2 gak benda2 tu
3. Pakai selipar je, tak pakai stokin n kasut so maybe masuk angin.
4. Minum air tembikai tu sejuk kot.
Hmm.. Sabar jelah. Kena naik wheelchair balik. Reunion kt rumah baru kak fid pun x boleh pergi esok. Huhuhu...
09/11/2022 Rabu
Assalamualaikum.
Pg ni de reading progress dgn 4i. Ada berapa org je dpt masuk teams dlm id @selangor2. moe-dl.edu.my. Jenuh gak nk buat satu2. Lps habis kelas, minta ustaz Khairul ajar camne nk buat id budak2.
Ptg ni ada koko 2nd last katanya. Baguslah. So minggu dpn tinggal kelab persatuan je. Harini sambung aktiviti spray botol mineral dan tanam kat kelab spbt. Lps tu ada bola jaring. Borak2 dgn k hasnah n jo. Tetiba de kilat so suruh budak2 masuk pra. Bila dah ok, bagi diorang main balik.
Lps habis tu tgk kat bilik wawasan. Yah, erni, kavitha sdg kemas n decoratekan bilik tu. Jenuh nk buat x smp sehari. Dgr2 esk 10 org gb nk meeting camping kat situ. Yg JU pai pula de taklimat kat makmal komputer so budak2 4i xleh masuk esok.