Saturday, 24 June 2023

Ke tanah perkuburan Kota Damansara dengan kak Mastura

 25 Jun 2023 Sabtu

Pagi ni balik je suami dari masjid, dia terus ajak breakfast kat restoran Mak Uda. Dalam pukul 6.50 pagi dah jalan kaki ke sana. Aku makan maggi goreng dengan paru, limau ais. Suami pula makan nasi lemak dan teh o. Aku wasap kak mas ajak makan sekali. Pastu kak mas kata takde orang nak bawa dia p kubur so aku pun kata nak bawa dia. Aku dan suami balik rumah untuk ambil mak pastu ambil kak mas kat rumah dia. 

Mula-mula p kubur abah, induk dan abang Hashim pula. Otw balik tu singgah NSK Kota Damansara. Lama gak kat sana beli barang. Lepas tu hantar kak mas balik rumah dia. Sampai rumah dalam pukul 1.20 dan terus masak maggi sebab lapar.

Friday, 23 June 2023

23 Jun 2023 Jumaat

 ADAKAH AMALAN MEMBACA ITU PENTING DALAM MENENTUKAN KEMENJADIAN SEORANG GURU? 

Assalamualaikum...

Harini aku nak baca buku sebab nak isi kat dalam sistem splkpm. Jenuh juga nak siapkan 5 buku... tapi bagus gak tu. Sekurang-kurangnya adalah aku membaca buku-buku motivasi. Semuanya aku pinjam dari perpustakaan sekolah semalam. Bukan apa, haritu pi pesta buku antarabangsa KL kat PWTC tapi takde beli buku pun sebab orang ramai sangat... aku pun jadi pening kepala. Dahlah kaki sakit nak jalan sesak-sak tu.

Antara buku yang akan aku baca lepas ni:

1. Memacu transformasi - Dato' Saifuddin Abdullah

2. Buat sampai jadi - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

3. Reformat hatimu dalam 354 hari - Norudin Draman @ustazcahaya

4. Tingkah politik - Rahman Shaari

5. M.E.P.S Concept - Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina


Bagus baca buku motivasi ni, dapat mempertingkatkan semangat dan iltizam yang selalu naik dan surut. Yang tak seronoknya, asal aku buka je sistem splkpm, mesti error 500. Hmm... entahlah apa yang asik rosak tu. Harap-harap dapat habiskan baca dengan secepat mungkin dan isi dalam splkpm tu. Amiinnnn...