Wednesday, 12 July 2023

Jalan-jalan 1 Utama dan sambut belated birthday dengan suamiku

8/7/2023 Sabtu

Pagi ni p makan kat restoran Mak Uda. Ramai orang macam biasa. Belikan laksam untuk mak. Lepas tu suami ajak naik bas pula so balik rumah jap amik beg. Pastu naik bas pj03 sampai ke Taman Bahagia dan tunggu pj05. Ingatkan nak pusing2 situ je rupanya p 1 Utama. Sampai sana dalam pukul 10 lebih, sedang elok je dah buka 1 Utama. Awal-awal ni tak ramai orang lagi, seronok jalan tapi penat sikit. Berhenti sat sebab rasa sakit kaki. Then suami belikan air Chatime perasa coklat.  


9/7/2023 Ahad

Pagi ni suami ajak makan kat Restoran Mak Uda. Lepas tu naik kereta sebab bayar kereta lebih sikit rm3k kat Bank Rakyat. Lepas tu beli minyak kereta rm40. nak beli kek Bakers Cottage perasa coklat rm52 ada 4 slice. Last seekali baru suami gunting rambut. Tadi kat belakang kedai rambut sebelah Syed Bistro tu jumpa kedai D'Bangau Patin Temerloh. 

Sampai kat rumah, memang tak larat sebab semalam dan penat jalan-jalan kat 1 Utama

Sunday, 9 July 2023

Surprise birthday party dari murid-murid 6 Inovatif

 5/7/2023 Rabu

Harini ada latihan acara merentas desa. Ms tgh senamrobik, Gb ada minta tolong masa dia nk buat mee kari. Aku tolong celur taugeh, sawi. Lps tu cepat2 mkn sbb gb ajak mkn dgn pn siti ros. Masa rehat tu aleesya dan nuraina kata Ryan dan Dani gaduh besar. Mulanya suruh panggil budak berdua tu ke bilik guru tapi budak perempuan berdua tu kata teruk mereka tu bergaduh. Terpaksalah juga naik atas. Teringat nk bawa rotan. Nampak dari luar mereka bergaduh, so terus masuk dari pintu belakang kelas dan rotan mereka. Tetiba ramai2 anak murid nyanyi lagu selamat hari jadi. Adoiiila anak... Kena prank rupanya dgn budak2 ni. 














Birthdayku yang ke50

 3/7/2023 Isnin

Minggu ni kumpulan aku bertugas. Rupanya suami lupa birthday aku harini. Huhuhu.. Bila dh habis bertugas, tiba2 Farah ucap happy birthday kt dpn bilik guru. Terkejut gak. Dh lama baru tau yg gb bagitau ckg2 ni sbb aku order pulut kuning dgn dia. Pulut kuning n rendang tu order dari skpj. Gb buat kopi je. Ptg tu ajak suami mkn kt luar tp bila mlm, kepala pula pening so x jadi mkn kt luar.

Budak2 kelas 6i tau birthday aku sbb kata mereka, kak Affifa bagitau mereka. Baru teringat pagi td pkul 3.03 Affifa ada wish kt wasap.


Alhamdulillah syukur diberi kesihatan, kebahagiaan dan iman dari Allah. 



Sunday, 2 July 2023

Letihnya lepas balik dari kampung...

  2/7/2023 Ahad

Lepas solat subuh, tunggu suami balik dari masjid. Kami pergi ke restoran Mak Uda untuk sarapan. Ramai juga orang pagi ni. Makan nasi lemak dan kopi o. Suami order 3 keping roti canai untuk mak dan adik. Balik tu, letak dulu roti canai kat rumah dan terus ke taman permainan untuk jalan kaki sampailah ke pekan Kelana Jaya. 

Bila dah penat jalan kaki, dalam pukul 9.30 kami balik ke rumah. Mak suruh letak karpet sebelah lagi kat depan toilet tu. Alhamdulillah boleh masuk bawah pintu dapur. Kemudian tengok2 hp kemudian terlelap la pula. Tengok-tengok suami dah pergi masjid solat zohor. Lepas solat dan makan, terlelap lagi petang ni. Lepas solat asar, cepat2 siap sebab suami dah janji nak p restoran Mak Uda makan mee rebus. Kat sana, aku tak rasa nak makan mee rebus tapi order char kuey teow. Sambil tunggu tu aku cuba daftar BSNsecure tapi tak dapat. Nasibaik bila dah sampai rumah, aku minta adik tolong tengok. Barulah dapat daftar tapi kena tunggu 12 jam. 

Malam tu adik balik naik grab. Mula2 aku masukkan erph dalam Delima. Lepas tu aku tengok splkpm. Alhamdulillah lepas semua markah kredit dan ladap serta epembelajaran. Aku pula cuba buat epembelajaran ikurnia yang kedua malam ni tapi tak lama sebab dah malam. Ni pun dah pukul 11.00. 

oklah, nak tidur dah. Nanti-nantilah sambung....

Balik kampung di Taiping untuk raya Aidiladha 1444H..

 28/6/2023 - 1/7/2-23 (Rabu-Sabtu)

Seronoknya dapat balik kampung untuk raya. Sepanjang jalan gelap je macam nak hujan. Bila sampai kat Perak baru hujan. Nasibaik tak lebat sampai tak nampak jalan. Risau gak sebab suami bukan terang sangat mata. Bila sampai kat kampung, masih rintik-rintik. Terkejut gak tengok katil single double decker dah takde  tapi dah ada katil queen pula. Risau gak kalau tak muat nak letak karpet dah beli. Alamat cadar single tu confirm tak leh pakai. Masukkan beg semua dan kemudian cuba letakkan karpet baru beli. Nasibaik ngam-ngam je muat. Lepas tu letak bantal square dan minta suami letak jam Pooh kat dinding. Alhamdulillah semuanya ok.