Friday, 5 July 2024

Friendly match bola jaring di SK Sri Petaling

 4.7.2024 Khamis

Harini aku hantar budak bola jaring ke SK Sri Petaling. Pergi dengan Aida dan Jiwa dalam pukul 7.30 pagi. Cepat gak sampai sebab tak jem sangat. 





Pagi ni mendung je,nampak nak hujan. Mula-mula tu lawan dgn SK Sri Petaling    sebab takut hujan turun. Ada 5 sekolah bertanding iaitu SKSW, SK Sri Petaling, SKBUD4 dan 2 lagi sekolah (lupa nama tapi satu tu sekolah swasta) 

Keputusan harini 2 menang dan 2 kalah. Ok lah tu sebab ingat kalah semua. Just in time je balik pukul 1.00 petang. Tunggu Jiwa lambat sikit dalam setengah jam sebab dia ikut jalan 222. 

Harijadiku yang ke 51

 3 Julai 2024 - Rabu

Pagi ni cikgu Mat tunggu nasi lemak Aiman yang aku order. Semalam masa order nasiemak 40 bungkus dengan cikgu Mat, dah bayar terus RM60. So tak kisah sangatlah sebab dia akan tunggu. Pagi ni ramai yang wish. Agaknya cikgu Mat kot yang bagitau.



Kelas banyak harini sebab anjal so tak sempat nak tengok sangat. Masa ajar kat 4I, si Khairunnisa 6I asik lalu lalang depan tu sambil wish happy birthday. 

Harini ada koko sukan. Aku ambil kehadiran dulu kat kelas 1I. Lepas tu aku dan Jiwa bawa murid ke court badminton tunggu Aida ajar bola jaring. Lepas budak pun awal juga. 

Malam tu dalam pukul 7.20 malam, suami bawa balik roti sempena birthday. Alhamdulillah sempat juga beli walaupun  balik dah lambat. Aku nampak kesungguhan dia walaupun sedikit. Shukor aku dapat dia yang sentiasa sabar dan memahami diri ini.

Saturday, 22 June 2024

Beg tote Apple store TRX dah mula dijual

 23/6/2024 Ahad

Pagi ni ingat nak makan kat restoran Aneka Selera tapi alamak.. Tutuplah pula. Pastu nak pi kedai makan sebelah Brothers tu pun tutup juga. Ayokk. Agaknya diorang ni balik kampung cuti raya qurban lagi kot. Kedai Azlin pula risau tutup juga jadi tak naklah pi sana jauh-jauh. Penat je.

Akhirnya kami pun makanlah nasi lemak kat restoran Syed. Rating biasa-biasa je. Takdelah wow sangat, teruk sangat pun tak. Lepas habis makan, tunggu bas PJ03 kat depan kuarters polis tu je sebab dekat. Naik sampai stesen lrt Taman Bahagia. 

Dekat lrt tu, suami tunjuk yang beg tote perasmian Apple store semalam tu dah ada orang jual sampai rm300. Mahal gila, padahal nampak biasa sangat. Dalam lrt tu aku google lagi, nampak ada yang jual paling mahal RM4800 kat Carousel. GILA!! 

Bila sampai kat KL Sentral, pusing-pusing je dalam tu. Masuk kat H&M, Uniqlo, Brands Outlet. Kat H&M tu, aku duduklah tunggu suami tengok-tengok seluar kat bawah tempat orang gantung baju-baju tu sebab kaki letih. Tak perasan pula tetiba ada pekerja kat situ bagi tempat duduk. Alhamdulillah lega sikit sambil aku ucap thank you kat Bangla (rasanya) tu. 

Dalam pukul 12 gitu, suami ajak balik. Sampai depan ni, aku dan suami makan tengahari kat restoran Mak Uda. Makan dan bungkus air tembikai untuk adik. Keluar tu pi kedai runcit pula beli roti Gardenia putih yang mak pesan dan minyak cap kapak.

Pembukaan Apple Store TRX dan nasi kandar Zainul.

 22/6/2024 Sabtu

Harini ada pembukaan store pertama Apple di Malaysia. Aku tak tahu pun. Adik lah yang beritahu. Rupanya suami pun tahu juga. Adik awal-awal dah pesan jangan pergi sana sebab mesti ramai orang. 

Pagi tu macam biasalah.. Pi restoran Mak Uda. Ingat nak makan nasi lemak. Bila sampai dalam pukul 7 lebih tu, ingatkan nak makan nasi lemak sebab malam tadi tak makan nasi. Bila nak order tu, lelaki yang ambil order tu kata ada customer lain bagitau yang nasi lemak tak cukup masak. Aku jadi malas nak makan sebab takut sakit perut. So aku pun order air panas dan roti canai kosong je. 

Suami aku tak boleh makan roti canai je. Dia kena makan nasi gak jadi aku ajaklah pi try makan nasi kandar kat restoran viral Nasi Kandar Zainul kat old town. Firdaus dok promot kat group DIB tu yang terasa nak try. Dah lama tak makan kat sini. Lebih 10 tahun kot..masa tu dengan Nini dan Robeena time diorang masih mengajar kat SKSW.

Naik lrt sampai Taman Jaya pastu jalan sikit sampai kompleks makan seksyen 52. Tak ramai orang makan lagi. Terus ambil ayam goreng, kuah campur dengan bendi dan taugeh goreng.  Sedap gaklah. Dalam pukul 9.40 gerak naik lrt sampai stesen Pasar Seni sebab terlajak. Patutnya suami nak p KL Sentral. Ramai gak orang dalam lrt.

Turun lrt, pi mrt pula sampai stesen Bukit Bintang. Sampai sana, masuk ke H&M Lot 10. Suami pusing-pusing dapatlah yang dia berkenan. Baju dark blue long sleeve shirt. Pastu duduklah kat bench dalam tu sambil tengok pemandangan central Bukit Bintang. 

Tak lama pastu kami jalan kaki ke TRX. Suami nk tengok ramai ke orang kat pembukaan Apple store tu. Aku tak bercadang nak masuk pun sebab boikot Apple support Israel. Gila panjang orang beratur nak masuk dalam tu.. 

Kami duduk kat luar tepi taman tu sambil tengok ramai orang pegang kotak putih. Aku teka mesti orang yang beratur awal tu sebab nak dapat free gift. Ada yang duk selfie dengan kotak tu. Rupanya ada beg putih dalam tu. Tulis JOM. Aku pun pelik apalah yang best sangat sampai katanya ada pelancong dari China dah tunggu nak masuk sejak malam tadi. 

Pastu kami masuk dalam TRX. Nampak ramai orang beratur macam ular kena palu. Suami nak masuk dari tepi tu tapi petugas kat situ kata lorong tu untuk orang keluar je. 





Kami pusing-pusing jap dalam TRX tu. Tak lama pastu ingat nak pi jalan TAR tapi bila dah sampai, hujan lah pula jadi plan tu tak jadi. Kami terus balik rumah. 

Sampai kat rumah, adik kata perdana menteri DS Anwar pi makan kat nasi kandar Zainul semalam lepas solat Jumaat kat masjid bulat PJ.

Sunday, 9 June 2024

Tips dan petua untuk sakit lutut dan sakit kaki

Baru-baru ni ada dua orang rakan sekerja yang sakit lutut dan kaki. Sorang kakak tu tetiba je sakit (macam aku dulu), yang sorang ustazah ni pula sebab jatuh kat tangga. 

Aku pula sakit lutut dan kaki ni dah lama... dalam tahun 2022, rasanya bulan Oktober. Pagi tu tengah nak bersiap ke Shah Alam sebab ada kursus bahasa Inggeris. Kursus tu bawah menteri pendidikan masa tu, Dr. Radzi Jidin. Masa nak ambil seluar kat bilik belakang, aku jingkitlah tumit kaki sikit sebab almari tu tinggi. Tengah lunjur tangan nak capai seluar, tetiba.. PRAPPP... aku dengar bunyi kat tempurung kepala lutut dan rasa sakit sangat sampai tak boleh nak gerak langsung. Statik je sambil berdiri. Sakit jangan cakaplah.. Aku panggil mak dan beritahu kaki tak boleh gerak dan lutut sakit sangat. 

Pagi tu terpaksa pula pergi kursus kat Shah Alam. Kalau setakat pergi sekolah je, senang sikit sebab boleh call sekolah je. Terpaksa gak naik grab ke hotel . Bila dah sampai sana, nasibaik ada seorang peserta perempuan yang baru sampai dengan motor dengan suami dia. Cikgu tu lah yang tolong papah aku naik tangga untuk ke atas. 

Bila dah sakit macam ni, ada gaklah petua atau tips yang orang bagi kat aku. Antaranya ...

Antara petua / tips sakit lutut:

1. Pakai stokin masa tidur. Kalau boleh, setiap masa supaya angin tak masuk dalam badan. 

2. Letak bantal di bawah kaki semasa tidur. Yang ni petua dari Erniza..

3. Makan madu. Aku beli Jus Tigas sebab banyak review kat shopee kata elok untuk lutut. Rasanya pun manis-manis kelat. 

4. Makan pil Biolife Glucosamine. Pil ni guru besar Puan Asiah yang rekemen. Rupanya dulu pun dia pernah sakit lutut. Beli kat shopee je yang satu pek dapat 3 botol tu murah.

4. Sapu ubat Sacha Inci. Yang ni aku tengok kat facebook. Sejuk je bila sapu kat lutut dan kaki lagipun tak melekit. Pakai setitik pun dah cukup so tahan lama la.

5. Minum air susu Anlene. Disebabkan aku tak minum susu, beli yang coklat punya jelah.

6. Mandi air suam untuk lancarkan peredaran darah.

7. Tuam daun gelenggang yang telah disalai kat lutut yang sakit tu. Mula-mula, tuam daun tu atas bara. Lepas tu bila tak panas sangat, balut dan ikat daun pada lutut. Mak mertuaku yang baik hati tu siap carikan daun ni tolong tuam dan balut sekali. Alhamdulillah rezeki dapat mertua yang baik ni.

8. Minum air panas atau suam. Air sejuk dan ais memang aku pantang betul masa ni. Ini untuk mudahkan peredaran darah.

9. Tuam lutut dan kaki dengan beg air panas. Aku siap beli beg tuam tu kat farmasi. Tak mahal pun. Yang ni doktor fisioterapi kat klinik kesihatan Kelana Jaya yang rekomen. 

10. Amalkan baca bacaan untuk sakit lutut. Yang ni aku search kat internet je. Nanti aku paste kat sini link bacaan tu bila sempat.

https://youtu.be/gF1_RdqsfNM?si=e19Ay6NmU1pWLp8O

11. Sapu dan urut-urut air hujan kat lutut masa baca doa atas tadi. Ustaz Kazim kata banyak khasiat air hujan ni untuk kita. Kalau dapat banyak air hujan, boleh masuk kat kolah bilik air.

12. Buat rawatan fisioterapi. Aku buat kat klinik kesihatan Kelana Jaya je. Bayaran pun murah RM1. Mula-mula tu kerap gak la. Bila dah lama tu kena sebulan sekali je. Yang pastinya mesti doktor tu buat rawatan  pemanasan laser kat lutut dalam 10 minit. Lepas tu ada beberapa latihan senaman yang kena buat. Doktor ada bagi kertas yang tunjuk senaman tu supaya aku boleh buat kat rumah.

13. Elakkan guna aircond. Kaki dan lutut selalu aku tutup dengan selimut. Sejuk-sejuk ni tak elok untuk badan rupanya.

Sekarang ni alhamdulillah dah ok sikit sakit lutut kiri ni. Semua ni apa yang aku buat dan amalkan je. Takde berkait dengan orang lain. Mungkin ianya berkesan untuk aku dan tidak untuk orang lain. Walaupun masih solat dan qada hajat duduk, oklah dari dulu. Apapun, alhamdulillah aku bersyukur. Mungkin penyakit ini untuk kurangkan dosa kita. Kena selalu redha dan sangka baik dengan Allah.



Tuesday, 4 June 2024

Takde air dari 5/6/2024 hingga 7/6/2024.. tolonggggg

 Dah berapa hari ada pengumuman kata ada gangguan bekalan air di Selangor dan KL selama 3 hari. Kat sekolah pun puan guru besar dah minta pekerja untuk tadah air. Mak pun sama gak kat rumah. Banyak tong-tong dah keluar untuk isi air. Esok pun takde aktiviti KO kurikulum sebab takde air. Rasanya ramailah anak murid yang tak datang ke sekolah esok.

SPLKPM yang membingungkan..

Sejak dari sebelum cuti bulan Mei haritu sampailah ke harini, rasanya dah 4 hari aku cuba nak masukkan PLC dalam sistem Splkpm ni asik tak dapat je. Sebelum cuti haritu sebab tak ingat password tapi lepas dapat masuk, takde pula butang +. Semalam tu pun sama asik tak boleh masuk lagi. Harini kat sekolah tadi cuba lagi tapi asik error la pula. Malam ni cuba pun masih sama keluar perkataan error. Sabo jela... 

Kenapa ye jadi gini?

Balik Bukit Gantang sempena cuti sekolah bulan Jun 2024

 31/5/2024 - 2/6/2024

Seronok betul dapat balik kampung suami. Pagi tu lepas makan nasi goreng, packing-packing barang dalam kereta terus bertolak balik kampung. Pagi tu mendung je sampailah kampung. Cepat juga sampai dalam pukul 10 pagi sebab suami drive laju. 

Macam biasa kalau balik kampung, aku dah suami selalu ronda-ronda naik motor Syahidah. Kekadang pi kedai runcit, kekadang pi pasar malam. Yang bestnya bila balik kampung ni, takde fikir dah pasal kerja.. tenang je kepala. 

Pergi rumah sewa Lang, Ain dan Ala di Shah Alam untuk jumpa dengan mak mertua, mak Ngah dan Apit

 26/5/2024 Ahad

Pagi ni keluar makan dulu kat luar. Dalam pukul 10 gitu baru pi dengan mak dan suami naik kereta ke Shah Alam. Mula-mula tu mak beli restoran Mak Uda untuk beli kerepek untuk di bawa ke sana. Tak pernah lagi pi area Sri Muda tu. Yang tahu tu area selalu banjir je. Jauh gak la. Rupanya rumah teres 2 tingkat tapi yang tak bestnya sebab ada anjing kat situ dan kat depan tu ada kawasan takungan air kat depan tu. Masa sampai tu Lang baru nak keluar so dapatlah suami parking dalam rumah tu. Rupanya Ala takde sebab belajar driving manakala Ain tengah kerja. Mak mertua masak. Macam biasalah mak mertua pandai masak. Dia bagi acar buah untuk bawa balik. Tak lama pun kami kat sana.. dalam pukul 2 kami pun balik la tapi terus ke rumah PJ sebab mak nak tidur kat sana sebab abang balik Kedah dengan kak Ina. Kesian pula adik sorang-sorang kat sana.

Jumpa Imuda di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2024

Semalam hari pertama cuti sekolah. So aku dan suami bercadang nak p pesta buku PABKL 2024. Pagi 25/5/2024 (Sabtu) tu sarapan pagi kat restoran mak uda, makan nasi lemak. Lepas tu naik bas pj03 kat depan 7e terus sampai Taman Bahagia. Tanya kat kaunter pasal kad touch n go sebab kat kad tulis expiry date 6/2024. Orang tu kata boleh sampai 8/7/2024. 

Lepas tu turun kat stesen masjid jamek dan tukar ke stesen sentul timur sebab nak p pwtc. Nak masuk melalui pintu kat hotel tu tapi diorang buka pukul 10. Lama gakla tunggu dalam 30 minit. 


Mula-mula tu tak ramai la orang tapi lepas sejam lebih dah mula orang berkerumun. Tak sangka Imuda tegur suami dulu. Aku pun apa lagi.. minta suami ambilkan gambar aku dengan Imuda. Katanya baru je letak booth untuk berjual. Lepas dah jalan ke depan sikit, baru teringat nak beli buku dia. Dapatlah ambil autograf dia. Selain tu adalah beli lagi 3 buku sebagai kenangan. Tak lama kat sana sebab dah sesak sangat.

Lepas tu pi Sunway Putra mall (The Mall kalau time kami panggil muda-muda dulu). Solat lah kat situ. Then naik lrt sampai ke Sogo. Makan tengah hari kat restoran Sadam. Nak balik tu lalu kat pasar malam jalan TAR beli murtabak dan rojak. Nasibaik sampai rumah awal sebab lepas tu hujan lebat sangat. Adik dah sampai.

Saturday, 18 May 2024

Friendly match bola jaring kat Arena MBPJ

 18.5.2024 Ahad

Pagi ni pi makan nasi lemak kat Restoran Mak Uda depan ni. Nampak adik seberang jalan ke bus stop. Lepas tu balik rumah sebab nanti nak ke sekolah untuk hantar budak-budak ke Arena Mbpj untuk friendly bola jaring dengan team dari SK Assunta 1 dan 2. 





Sunday, 12 May 2024

2024 dah lama berlalu tapi baru ni berkunjung di sini

 Assalamualaikum,

Harini Ahad 12 Mei 2024 tapi hari ni baru sempat hendak menulis di sini. Asik lupa je... Hmmmm. Pagi tadi p sarapan pagi kat kedai Aneka Selera kat belakang Public Bank tu. Makan nasi goreng.. malas nak makan nasi lemak sebab tekak tak nak pedas2. Almaklumlah masih selsema dan ada lagi batuk2. Suami nampak dalam hp dia yang Adiba ada masuk dalam Malaysiagazette yang 5 beradik dapat buat haji bersama-sama. Pastu terus post kat group whatsapp.

Tengok balik gambar kawin Fatin.. rakan sejawat kat sekolah yang kawin semalam. Tahniah Fatin. Moga diberi kebahagiaan hingga ke jannah. Maaflah tak dapat datang sebab suami tak larat lagipun mata tak mengizinkan nak drive malam jauh sampai ke Penang sana. Cantik baju gaun putih kembang dengan suami. Dalam gambar nampak Yah, Erni, Sha, Hawa, Shasha, Aida dan Farah pergi kenduri Fatin. Yah kata ada nampak Cikdan semalam tapi tak sempat tegur.

Lepas belek2 hp, aku dan suami ke surau kat belakang kuarters polis depan kedai kain Mega Mall tu. Suami kata tak nak p tandas kat kedai tu nanti ada orang ketuk pintu tandas, lecehlah. Bila dah habis qada hajat kami pun lepak2 kat surau tu sementara nak tunggu kedai tu buka tapi aku rasa tak larat la pula jadi ajak suami jalan kaki balik. Alhamdulillah nasibaik dapat suami yang baik hati. Sampai kat rumah je  terus tidur. Gila lama tidur sampai pukul 2 petang.