9 November 2025 (Ahad)
Monday, 10 November 2025
Melihat fenomena Supermoon dan hujan meteor Taurid
5 November 2025 (Khamis) - 9.19 p.m.
Tengok2 hp, nampak ada berita tentang fenomena Supermoon malam ni. Terus aku pun pi kat depan rumah dan ambil gambar bulan. Takdelah besar mana tapi ok la untuk buat kenangan.
Jalan-jalan ke Muzium Galeri Bank Negara Malaysia
1 November 2025 (Sabtu)
Masa naik LRT tu terus cakap kat suami nak pergi cari Muzium Bank Negara. Mula-mula naik LRT then naik LRT Bandaraya. Dari situ, jalan kaki ikut google map sampailah ke sana. Bayar RM10 untuk simpan beg sebab hanyak boleh bawa purse dan hp je ke dalam tapi nak balik tu boleh claim balik Rm10 tadi. Banyak gk sekolah buat lawatan ke sini. Bila dah habis pusing2 3 tingkat muzium tu, kami masuk tempat cenderamata. Suami dan aku beli tshirt.. takde la mahal sangat tak sampai RM30 pun.
Balik tu jalan kaki je sampai ke Semua House untuk solat zohor. Lepas tu pi pasar malam jalan TAR.
Kenduri kawin Najmi di Ipoh
25 Oktober 2025 (Sabtu)
Cuti Deepavali ni aku dan suami nak pi kenduri Ana kat Ipoh. Si Najmi anak sedara suami kawin belah lelaki. Pagi ni sarapan nasi goreng je kat rumah. Mak ikut sekali naik kereta. Dalam pukul 10.00 kot sampai. Jenuh juga sesat pusing-pusing cari rumah Ana. Lepas tu konvoi pi dewan kenduri. Awal kami sampai, dalam pukul 11 lebih. Makan kat luar dewan tu je. Tema warna gold. Banyak gak gerai makan2. Aku ambil cucur udang, apam balik, dan cendol. Dapat 3 goodies bag dengan telur. Dalam pukul 2 gitu mak ngah tumpang kereta nak balik kampung. Masalahnya takde kunci la pula sebab Syahida pegang balik lambat. Kami cari kunci pula tak jumpa so kena solat kat rumah makngah. Petang tu air pula takde. Sabo jela.
Petang tu suami ajak pi Jayeng. Mula2 ingatkan Giant.. Bila tanya cashier tu kata baru buka seminggu. Terjumpa Syahidah, Syakban dan Malik kat sana. Syahida kata murah gak la. Nasibaik beli tak banyak kalau tak susah gak naik motor je.
Malam tu air masih takde sampai ke pagi. Agaknya sebab hujan so paip air sungai kena tutup. Makan dengan mak dan makngah kat pondok depan tu. Mak mertua belum balik lagi ni.
Pagi esok tu, suami beli nasi lemak kat luar lepas balik dari masjid. Senang kerja tak payah nak basuh2. Nak balik tu, kami singgah pasar basah Taiping, beli udang, kerang, ikan. Jalan tak jem langsung. Sampai KJ dalam pukul 12.
Saturday, 1 November 2025
Belajar dari rumah (BDR) dan jalan-jalan ke KL Park Festival di Titiwangsa sempena ASEAN
Kejohanan Sukan Tahunan SKSW
11/10/2025 (Sabtu)
Pagi ni pukul 6.20 baru sampai kat sekolah. Kira lambat juga lah sebab Azri, Bama, Kavi dan Izzati dah sampai dulu.
Tugas aku jaga makanan dan hadiah. Pagi tu siapkan budak2 utk perbarisan. Budak2 turun ke padang pukul 7.20 baru pergi ke pejabat untuk ambil hadiah dan susun hadiah kat sebelah khemah depan garaj. Panas betul harini, berpeluh2. Masa perbarisan rumah biru, diketuai oleh cikgu Bama dengan menunggang basikal dan cikgu2 ikut belakang guna payung biru yg cikli bagi masa hari perpisahan.
Kali ni rumah biru dapat no 3, nasibaik tak dpt no last sebb byk kalah larian harini.
Keputusan :
1 Hijau
2 Kuning
3 Biru
4 Merah
Jalan-jalan ke Ikea Cheras dan Mytown
Harini saja pi Ikea Cheras dan Mytown. Saja nak beli barang sikit kat Ikea. Kesian suami macam tak suka nak pusing lama kat Ikea tu.
Penutupan Le Tour de Langkawi (LTdL) Langkawi di KLCC
5 Oktober 2025 (Ahad)
Harini pi KLCC. Ada penutupan LTdL kat KLCC.. Aku n suami naiklah lrt nak tengok sambutan dan kios2 depan klcc tu. Mcm x ramai je orang jual2. Ada sorang adik tu buat survey untuk booth Petronas. So dapatlah goodie bag sebab jawab survey. Oklah tu ada key chain, kipas tangan dan botol air.
Thursday, 16 October 2025
Cuti sekolah, festival sarong, midvalley, pasar seni, Tajudin Nasi Beriani dan Nu Sentral
13 September 2025 Sabtu
Cuti persekolahan
Harini start cuti sekolah tapi aku dan suami tak balik kampung sebab dah balik minggu lepas. So ke KL la aku dan suami. Dah otw kat padang, pusing balik sebab rasa macam sejuk dan nak hujan je. Nasibaik tukar baju tebal sikit sebab sepanjang hari tak panas dan rintik2 kat kl. Mak tunggu abang nak p pasartani dan balik rumah pj. Sarapan nasi lemak kat Sate Hut kemudian naik bas pj03, dan naik lrt kat Taman Bahagia.
Tengok kat group JJCM, Along anak kak mas kawin harini kat Bagan Serai. Rupanya Rau, suami dan Mira ke sana. Tema putih kot. Aku memang lupa pasal ni..
Festival sarong 2025
Kat dalam lrt ramai orang, tak macam biasa. Kebanyakkannya anak muda bersarong kain batik bagi yang perempuan dan kain pelekat untuk yang lelaki. Tak tahulah mereka berkumpul kat mana. Tapi acara ni bagus gak sebab menaikkan industri kain batik dan pelekat tempatan di samping memperkenalkannya kepada pelancong asing.
Midvalley
Kami turun kat lrt Midvalley. Pusing2 situ tengok tak ramai orang. Takde beli apa pun sebab banyak barangan branded je. Tengok ada sale dan diskaun pakaian kat Aeon tapi malas nak beli apa2. Jenuh gak jalan kaki last2 keluar sebab dalam tu suami rasa sejuk pula.
Pasar Seni, Central Market (CM)
Turun kat lrt Pasar Seni. Tengok2 baju kat bawah tu tapi takde tempat nak fitting jadi tak jadi beli. Ingat nak beli serbuk minuman koko tapi dah jual pula. Masa ni dah start rintik2. Ramai orang dalam CM. Tengok2 hasil seni kat belakang CM tu leka la pula.
Tajuddin Nasi Beriani
Then jumpa kedai Tajuddin Nasi Beriani. Order dengan air suam, nikmatnya sebab harini memang sejuk. Sedap juga makan kat sini. Suami macam biasalah, order nasi putih je. Tak tahulah kenapa kedai ni rasanya dah lama kat situ tapi aku tak perasan kewujudannya. Keluar tu masih lagi rintik2.
Masjid Jamek KL
Aku dan suami singgah nak solat Zohor. Tak ramai orang sebab hujan kot lagipun dah mula cuti sekolah orang ramai pi bercuti atau balik kampung. Tunggu suami solat sementara jaga kasut dia. Kat tempat solat perempuan pun rasanya ada 4 orang je. Tak jadi pi pasar malam Jalan TAR sebab makin lebat pula.
Ecoshop Extra Nu Sentral
Aku ajak pi NU Sentral sebab nak pi Ecoshop Extra. Nak cari berus muka sebenarnya sebab yang ada tu dah patah tapi tak jumpa. Ramai gak orang tapi rupanya orang Indonesia. Patutlah banyak mereka membeli, pelik gak aku masa mula2 tu.
Sampai rumah dalam pukul 5.30.. Mak takde so masak maggi, mandi dan solat jemaah dengan suami. Lepas makan maggi, sambung tengok Till the end of the moon dalam telegram.
Bila suami dah ke masjid, mula memasak. Masak lemak cili api telur dan kentang, goreng kangkung dan goreng ikan masin. Then sama2 makan pastu tengok live Anugerah Industri Muzik AIM di TV2 sampai habis pukul 12.
Kesimpulannya harini memang sejuk sampai ke malam.
Cuti Deepavali, Bekerja Dari Rumah (BDR) dan Kem Bestari Solat ...
17/10/2025 Jumaat
Harini ada 2 program kat sekolah sebelum cuti Deepavali yang panjang. Pagi ni ada KBS dan lepas rehat adalah pula Projek Madubala (projek tanam pokok.. pelik juga kan nama ni) untuk murid terpilih.
Malam tadi suami ada call makngah tentang trip nak pi Melaka untuk kenduri kawin Najmi kat Melaka esok tu. Tengok-tengok ramai la pulak yang nak naik kereta Lang untuk ke Melaka tu. Isyyy... harap-harap muatlah nak tambah kami berdua sekali. Hehehe... 10 orang dalam satu kereta. Masaklah berhimpit kalau camni. Suami malas nak drive time cuti Deepavali ni sure jem jalan.
Hmmm... tak best la pula mak takde ni. Abang balik Pendang so stay dengan adik kat PJ.
So aku dan suami jalan2 kat pekan Kelana Jaya cepat2 sebab nak naik kereta Lang ke Melaka. Cari dan beli air mineral Pocari kat CU MART. Suami kata airnya lagi bagus diminum dari 100 plus kalau sakit perut. Rupanya kat Family Mart lagi murah 20sen.
Sampai kat rumah dalam pukul 9.00. Makngah kata dah ada kat Padang Rengas masa call pukul 8.30 tu. Packing barang2 dalam beg sebab ingatkan bajet sampai pukul 10. Last2 siap mandi lagi sekali sebab pukul 12 pun tak sampai2. Rupanya mereka berhenti makan dua kali. So aku n suami pun makan tengahari sebab suami dah lapar.
Pukul 1.00 diorang sampai terus ke Melaka. Pusing2 juga nak cari homestay. Call Ana tak dapat so call Sofia. Cantik dan besar rumah 2 tingkat kat Ayer Keroh.
Sunday, 14 September 2025
Ziarah maklang, paklong dan makteh
14 September 2025 Ahad
Harini ingat nak buat nasi goreng kampung tapi nasinya sikitlah pula so naik kereta makan kat Azlin's kitchen. Lepas isi minyak pergi rumah abang pula sebab nak pergi rumah Kamisah sebab nak tengok maklang yang dengarnya tak nampak mata kirinya selepas pergi Ikonik dan hospital Selayang. Pergi sana dengan suami, mak dan abang, naik kereta abang.
Jauh juga rumah Kamisah di Selayang, lebih setengah jam. Kat sana Kamisah jamu dengan bihun goreng.
Lepas tu pi rumah makteh pula sebab nak ziarah paklong. Rasa lama tak pergi ke sini.
Thursday, 11 September 2025
Majlis penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan SKSW 2025.
Khamis 11.9.2025
Harini pakai baju kurung merdeka. Tahun lepas beli, harini baru dapat pakai. Selesa gak, tak panas. Dapat tudung merdeka free gak. Tak ingat berapa ringgit beli kat Shopee.
Masa jaga pagar, nampaklah beberapa orang budak bawa basikal merdeka. Kreatif juga mereka dan parents. Semuanya ada 14 basikal dan hanya sorang je perempuan.
Alhmdulillah kelas 6i jadi johan persembahan koir merdeka dan pertandingan bola sepak. Walaupun tak menang langsung pertandingan hiasan kelas, aku redha. Harap2 budak2 tu takdelah sedih sangat.
Sebelum habis sekolah, aku terus bagi hadiah kat budak2 main bola jaring dan persembahan koir.
Petang tadi masa aku tengok cerita cina 'Till the end of the moon', maklang call mak. Katanya mata sebelah memang dah kabur. Lepas tu aku call makteh pula, nasibaik dapat.
Pengubahsuaian bilik guru SK Sungei Way
Isnin 8.9.2025
Minggu ni kumpulan C bertugas so sampai awal untuk jaga pagar untuk Guru Penyayang. Harini lepas perhimpunan, minta murid-murid 6i untuk hias kelas. Tetiba ada si Qamirul kata cikgu Shariza suruh madam ambil barang kat bilik guru sebab kontraktor dah nak start buat renovation.
So aku letak barang kat bilik Wawasan. Tak tahulah berapa lama kena duduk kat sana. Kena tunggu sampai siaplah. Lepas sekolah ada taklimat tentang hari Sukan. Lepas cuti minggu depan, terus ada latihan sukan. Tema perbarisan tahun ni 'Bank'. Ngantuk gak nak tunggu habis taklimat pukul 3.30.
Monday, 8 September 2025
Balik Tepen sempena cuti Maulidur rasul 1447h
Weekend ni balik Tepen 3 hari dari Jumaat -Ahad sebab Jumaat cuti Maulidur Rasul. Shukor drive dari 7.30-10.15 pagi. Mak kata nak pi rumah abang dari Jumaat hingga Ahad gak. Cepat sampai kampung sebab kereta takde sangat. Suami kata maybe sebab orang dah balik minggu lepas cuti hari Kebangsaan.
Sampai kampung terus pi pasar pagi kat Changkat Ibul. Beli udang besar n kecil dan ikan. Balik tu bagi kat mak untuk masak tapi mak suruh bawa balik je sebab Syahida dah beli banyak. Petang tu pergi pasar malam pula tapi beli air, petai dan taucu cap Opah je. Sebelum tu pi rnr Bukit Gantang tengok2 hiasan sempena merdeka. Cantik juga.. Rasanya mesti menang. Malam tu suami balik dari masjid lambat, rupanya pi markas Pas dengar ceramah Maulidur Rasul.
Hari Sabtu pagi pergi pasar Taiping dengan makngah pula. Banyak beli seafood.. Kerang, ketam, sotong, ikan bawal, ikan kembung, keli dan sardin. Udang tak beli sebab dah beli semalam. Sayur bendi, terung pjg, celeri, cili hijau, capsicum, kangkung, kcg botol, kcg pjg. Pastu pi kedai jual brg kering, beli cili kering, ikan bilis yg belum dan dah kopek .. mak pesan, ikan masin, ikan bulu ayam dan buah pelaga.
Ahad pagi tu mak mertua bgn awal pagi masakkan nasi lemak sambal udang untuk kitorang. Selera aku makan. Dalam pukul 8.00 dah gerak balik sebelum beli minyak kat petronas Padang Rengas. Kereta tak banyak. Mybe sebab orang dah balik cuti hri Kebangsaan haritu. Sampai Kelana Jaya awal gak pkul 10.30.
Petang tu pukul 3 mak sampai sini abang hantar.
Ni cucur kuning mak mertua goreng petang Jumaat. Sedap makan panas2 masa tengah hujan.
Tuesday, 2 September 2025
Majlis perpisahan Pk1 en. Ramli
Harini ada perlawanan piala merdeka di sekolah. Bola sepak dan bola jaring. Dalam pukul 11.30-12.30 nanti, ada ucapan dari encik Che Ramli untuk murid2 di dewan. Pukul 2 pula ada majlis perpisahan bkgp di Wyndham Garden, icity.
Thursday, 20 February 2025
Mesyuarat guru 1/2025 di Rekta Habitat, Melaka
14-15 Februari 2025 Jumaat dan Sabtu
Pagi ni pi sekolah awal sebab nak ambil kak Umi dan kak Hasnah kat sekolah dan tengok kelas.
Nampak ok je kelas. Lepas tu angkat barang kat dalam kereta. Kemudian terus ke rumah puan Asiah untuk parking kereta.
Jumpa Syuura kat Lukut
9/2/2025 Ahad
Semalam pi Jengka, harini pi Lukut pula sebab nak jumpa Syuura. Mak ikut sekali, suami drive. Sampai awal gak dalam pukul 9 lebih. Bawa sekali hadiah untuk baby baru Syuura.
Seronok borak dan makan2.. Cuma yang tak bestnya Rau tak dapat datang harini. Ambil sayur2 kat sana.
Nak balik tu sempat ambil gambar dengan famili syuura cuma Amir takde sebab dia pi rumah ayah dia. Sakitlah mata sikit bila buka spec hitam tu sebab nak ambil gambar.
Jumpa kak Ti dan pergi kenduri kahwin Syakina kat Jengka
8/2/2025 Sabtu
Cuti sekolah lagi.. So sempatlah nak pi Jengka atas jemputan Kina untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Dari rumah dalam pukul 9.00 pagi tak jem sangat. Rindu sangat bila kat Jengka ni, maklumlah sekolah pertama kat sini.
Sampai rumah ustazah Norzawati dan ustaz Ghazali dalam pukul 11.00. Nasibaik tak sesat, senang je jumpa rumahnya. Borak2 sampai tak perasan dah pukul 1.00. Ustaz Ghazali tunjukkan jalan nak pi Homestay tempat majlis kahwin tu sebab tempatnya agak tersorok.
Seronoknya dapat jumpa Kina so terus ambil gambar. Rupanya ramai orang dah balik, maybe kat sini orang datang awal kat kenduri. Makan sikit je.. Suami kata daging rendang hitam sedap sangat.
Nak balik tu ambil gambar dengan lagi dengan Kina. Kina suruh tunggu .. Ingatkan apa rupanya nak bagi goodies bag special. Berhenti solat kat rnr Temerloh. Ramai gak orang solat. Lepas tu beli jagung rebus dan buah untuk mak.
Balik kampung di Tepen sempena CNY dan cuti sekolah
30/1/2025 Khamis
Walaupun Cny hari Rabu, aku dan suami balik Tepen hari Khamis sebab hari Rabu tu suami kerja. Dok pakai spec hitam sebab baru lagi kan operet mata.
Hari Jumaat pi makan kat Red Talapia sebelum suami pi solat Jumaat. Sedap tu makanan dia, murah pula tu. Rm22 untuk dua orang siap dengan air.
Seronok balik kampung ni sebab rasa tenang je .. Tapi tulah kejap sangat. Hari Sabtu tu ada 2 kenduri. Yang 1st tu buat kat sekolah SK Dato' Panglima Bukit Gantang sebelah rumah je. Sedap dan banyak pilihan makannya.
Lepas tu suami tunjuklah sekeliling sekolah lama dia dulu. Tapi yang tak best tu tetiba sakit perut pula. Tandas takde yang duduk pula. So cepat2 balik rumah nak qada hajat.
Ingatkan boleh pi kenduri ke2 tapi kena tunggu mak ngah pula sebab dia pi lambat. Kenduri ke2 kat bandar Taiping. Rupanya pengantin perempuan tu dulu pernah nak dijodohkan dengan Lang tapi Lang tak nak pula.
Lepas tu pusing2 Lake Garden Taiping. Ramai gak orang. Lama gaklah pusing tu. Perasan gak Lang suka pusing kat sana tu. Lepas tu Lang bawa pi makan Mee Combat tapi aku dan suami pi solat. Lepas tu pi beli barang dapur kat kedai murah tu.. Tak ingat nama pe.
Malam tu penat tapi mereka semua keluar lagi. Lepas solat isyak, aku tengok dah takde orang kat luar so tunggu suami balik dari masjid jela. Kami tidur awal sebab penat dan esoknya nak balik PJ.
Pagi Ahad tu ingat nak pi pasar Taiping tapi tak jadi sebab makcik Minah kata takde orang jual sebab cuti cny. Jem sikit so sampai lambat sikit pukul 12.30. Lepas letak barang-barang, terus pi makan kat Restoran Mak Uda. Petang tu baru mak balik dari rumah abang.
Wednesday, 22 January 2025
Operate cataract di Ikonik
17/1/205 Jumaat
Hari terakhir sesi 2024/2025 merupakan hari yang sama aku operate cataract. Sampai je di rumah, cepat2 solat jemaah dengan suami yang minta cuti harini sebab nak hantar aku operate cataract kat Ikonik.
Sampai awal gak dalam 2.20 petang. Berdebar rasa. Mula tu test darah dan gula. Bacaan darah 144 dan gula 6.1. dan test tekanan mata.
Lama tunggu sebab ada 3 orang sebelum tu lagipun mereka sampai 40 minit lebih sorang. Dalam pukul 5.15 kot baru aku masuk operation theater. Jumpa Dr. Punitha.
Pembantu lelaki tu kata dalam 20 minit. Aku ok je cuma masa tu berdebar Allah je yang tahu. Sakit gak sebab asik kena pandang cahaya terang. Berapa kali ntah Dr suruh jangan gerak mata. Finally bila habis tu aku pakai sunglasses free yang baru dapat haritu. Rasa tak stabil dan silau mata sikit.
Balik tu suami drive. Kebetulan hujan pula, nasibaik tak lebat. Sampai rumah dah lebih 6.30 terus solat asar. Kena hati2 supaya air tak masuk mata.
Hari terakhir persekolahan 2024/2025
17/1/2025 Jumaat
Harini hari terakhir sekolah sesi 2024/2025. Macam biasa ada bacaan surah kahfi dan yassin kat dewan dengan budak2. Lepas tu ada sesi bergambar guru2 dan anak murid.
Gb dan maklum kat tele minta semua guru lelaki pakai baju melayu bersamping hijau dan songkok. Yang perempuan pakai baju kurung hijau. Lama juga sesi bergambar.
Lepas tu ada makan2 sikit masa murid rehat. Gb pn Asiah ada order sate, mihun sup dan kuih2. Aku mkn sate dan mihun sup macam biasa sebab tak perlu puasa sebelum operate mata petang ni.
Lps tu ada naik kelas. Aku bawa murid kelas 4 Inovatif ke kelas 5 Inovatif. Ada 6 orang turun ke 5K dan 6 orang naik ke 5I. Sedih gak sebab yang turun tu budak2 yang baik cuma pelajaran mereka kurang sikit.
Lepas tu semua murid berkumpul di dewan untuk mendengar perutusan gb. Habis tu semua murid keluar bersalaman dengan guru2 dan terus balik.
Kami guru2 pula cabut nama untuk pertukaran hadiah. Lepas tu bersalaman dan bermaafan. Baru tahu Azlin nak pi umrah Ahad ni.
Aku pun nak cepat balik sampaikan nak punch kad pun tersalah. Nasibaik Sumaiyyah tolong ambil dan punchkan.
Sampai rumah, cepat2 solat jemaah dengan suami yang minta cuti harini sebab nak hantar aku operate cataract kat Ikonik.
Sunday, 12 January 2025
Kek anniversary ke3
Assalamualaikum..
Dah lama aku tak bersiaran..
Harini suami belikan kek ulangtahun perkahwinan kami yg ke3. Haritu dia belum dapat gaji lagi jadi lambatlah dapat keknya. Hehe. Tak kisahlah.
Pagi Ahad macam ni kami macam biasa, jalan kaki ke pekan Kelana Jaya untuk sarapan pagi di restoran yang biasa tu.. restoran Aneka Selera. Aku pekena nasi lemak.
Lepas tu jalan kaki pi bank RHB sebab suami nak kluar duit. Aku pi Bank Islam sebab nak transfer dari BSN ke Bank Islam. Lps tu beli pisang dan mata kucing depan Speedmart. Last sekali baru beli kek anniversary ke3 kat Kings Confectionary. Kek kecil je sebab family bukan jenis makan kek sangat. Oklah.. Yang penting ingatan suami untuk aku.
Balik rumah terus ambil gambar kek sebab takut cair. Susah juga nak buka. Seronok sangat akhirnya dapat ambil gambar dan kongsi dengan mak dan adik juga.
Aku cari-cari juga gambar kek tahun lepas tapi takde pula. Rasanya suami belanja makan je tahun lepas. Yang jumpa kek anniversary yang pertama dan kek kahwin dulu.
Kek kahwin
Apa pun aku ber'shukor' sangat dengan perkahwinanku ini. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku selepas penderitaan yang dulu.
Terima kasih awak sebab bahagiakan saya selama ni dan bersabar dengan perangai saya. Moga perkahwinan kita berkekalan hingga ke jannah. Ammiinn..



















































