Wednesday, 2 December 2015

yeayyy... dapat login balik blog ni

Assalamualaikum,

Alhamdulillah lega rasa dapat log in semula kat blog ni. Semua ni atas bantuan Asyuura dan Rau yang banyak membantu. Hmm... sehari lagi di sekolah. Baru lepas print semua minit dan maklumbalas mesyuarat HEM 4/2015 kat pejabat.

Alhamdulillah semalam dapat geran dan release kereta kat Maybank Jalan Klang Lama. Nasibaik Rau bermurah hati nak cari dan hantar kat sana. Nak harap aku, memang tak sampai la kat sana. Bila dah abis tu. pergi makan kat Anis putri lembah pantai.

Harini pergi hantar mak kat pasar tani rumah abang sebab mak nak jupe besan dia. Pastu p sekolah lagi. Janji dengan Rau dan Asyuura nak setelkan pasal hutang pulak. Hantar permohonan nak tau balance hutang, konon2 nak buat overlapped tapi rupanya susah gak, nak dapatkan penyata pun kena bayar rm60.00. Sabar jela. Satu lagi tu kena tunggu dia faks atau email, so tunggu jela. Masa nak balik tu baru nampak kak Mas.

Balik tu terus p rumah abang. Ada famili kak Ina, parents dan adik beradik dia. Makan nasi dan mee sizzling.

No comments:

Post a Comment