Monday, 1 January 2018

Hari pertama persekolahan 2018 dan hadiah yang tidak terduga..

Assalamualaikum...

Seronok rasanya harini. Pagi-pagi dah bersiap, sarapan pagi untuk ke sekolah. Harap-harap taklah lambat sangat. Alhamdulillah sampai di sekolah  pukul 7.05 pagi. Ramai ibu-bapa yang menemani anak-anak pada hari pertama terutama bagi murid tahun 1. Berderet cikgu beratur untuk kempen guru penyayang di gate besar sekolah. Perhimpunan kali ini sekejap je sebab nak gunakan dewan untuk minggu transisi tahun 1. Murid kelas 6 Anggerik naik ke atas dan aku pergi sebentar ke bilik guru untuk mengambil fail. Rupanya mereka terus ke kelas 6 Anggerik tahun lepas, maklumlah mereka tak tahu. Ada murid yang berkata... Eh! Kelas tahun lepas lah.

Pelajaran pertama tentang disiplin di mana mereka ditegur tentang perangai mereka yang tidak menunjukkan bahawa mereka adalah murid 6 Anggerik. Setelah puas memberikan penerangan, mereka pun menyalin jadual waktu. Selepas tu aku ngajar kelas 5Bakawali. Disebabkan dah kenal budak-budak ni, aku berkenalan dengan murid yang baru berpindah kelas. Seperti biasa, peraturan kelas diberitahu supaya mereka ingat apa yang patut dan tak patut dilakukan. Last sekali kelas 4Anggerik. Susah juga nak ingat nama walaupun tak ramai budaknya.

Harini sibuk nak import dan eksport nama murid di APDM. Dah diberi tugas baru iaitu guru data apdm, so kerjanya memastikan semua guru mengisi kehadiran murid. Sebelum tu, kena pastikan data murid betul. Sekiranya salah kelas, nama perlu ditukar mana kala sekiranya murid telah berpindah, kena padam. Murid yang baru masuk pula, perlu didaftarkan segera. Bukan apa... Alya anak puan Zu dah confirm pindah sekolah, jadi aku kena padam nama dia supaya sekolah baru dia boleh ambil nama tu.

Harini sibuk sangat sampai lupa nak beli makanan. Bila dah pukul 12 lebih tu baru perasan perut dah lapar. Yang ada kat meja makan tu sekotak besar buah rambutan yang dibawa oleh Syahidan. Jadi lepas habis buat lesson plan untuk esok, aku baliklah awal dari biasa. Petang tu sempat buat kek coklat nak bawa kat sekolah esok. Malam tu cepat rasa ngantuk dan penat serta sakit kaki dari haritu. Lepas sapu balm dan pakai stokin, terus tidur.


Oh lupa lak! Pagi tadi masa tengah mengajar lebih kurang pukul 8 lebih, Lina dan maknya datang ke kelas. Rupanya mereka datang untuk bertanya khabar dan memberi hadiah. Buat susah-susah je. Cikgu-cikgu tak mengharapkan balasan tapi bila diberi hadiah sebegini, rasa terharu pulak. Ada gak berpesan pada Lina, kalau ada tak faham apa-apa nanti, boleh tanya dengan aku. Pasal qada puasa pun aku ada pesan, jangan buat lambat sangat macam tahun lepas... Bila balik rumah baru tengok. Rupanya ada hadiah telekung Siti Khadijah. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. alhamdulillah, ingat juga anak murid nak bagi hadiah kt cikgu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur. Tak harapkan balasan,tu yang terkejut bila dapat.

    ReplyDelete