Monday, 15 January 2018

Hi tea BKGP di Grand Blue Wave Shah Alam

6 Januari 2018 (Sabtu)


Assalamualaikum...

Sabtu minggu yang dulu BKGP SKSW mengadakan jamuan hi tea kat Grand Blue Wave kat Shah Alam. Mulanya tu janji dengan Fizah nak pergi sama2 tapi ntah macam mana boleh tertinggal kunci kat dalam bilik pulak masa mak pergi kedai Jepun tu. So terpaksa tunggu mak balik la dan suruh Fizah pergi dulu. Sampai kat sana takde lah lambat sangat nak dekat pukul 1.00 petang. Makan semeja dengan Fizah, Seha dan Yati. Haritu takde la makan banyak sangat, yang penting nasi ambil sesenduk je. Kesian gak Jo tak leh makan daging kat meja dia...

Masa makan tu ada cabutan bertuah. Semua orang dapat hadiah cumanya hadiah lain2. Lepas ni ramai cikgu lelaki balik dan kami ramai2 ambil gambar. Nak dekat pukul 4 tu p cari bilik solat dengan kak mas susah juga nak jumpa. Tak lama lepas tu sambung makan sikit dan akhir sekali tunggu kak mas bayarkan semua. Fizah tumpang kereta aku sementara kak mas naik kereta Rau.

Hantar Fizah dulu lepas tu baru balik. Mak tengok hadiah yang dapat tadi iaitu kain corak batik dan hadiah cabutan bertuah tu dapat 2 mug. Aku ada gak ambil peket gula putih dan gula perang serta butter.


2 comments:

  1. gambar yg tangkap ramai2 ni x berape clear.

    ReplyDelete
  2. Eh yeke? Ingatkan tak clear sebab mata pun dah ngantuk ni

    ReplyDelete