Alhamdulillah..
Semalam selesai sudah 2 minggu penuh dengan aktiviti sukan di sekolahku. Semalam habis pukul 1.50 petang. Lambat mula so lambatlah habisnya. Alhamdulillah tahun ni walaupun pindah rumah sukan kuning tapi berjaya juga jadi johan sepertimana tahun lepas walaupun tahun lepas rumah biru.
Tahun ni kena jaga bahagian kecemasan tapi disebabkan takde kecemasan, tolong kak mas bahagian makan guru dan murid. Pagi tu makan nasi dagang kak mas buat. Disebabkan sedap sangat, cepat habis sampaikan Cae tak sempat nak makan. Kesian dia.
Mak ada tegur muka dah hitam.. adoiii kena pakai bedak sejuk la ni. Petang tu hantar adik balik rumah sana. Malam tengok tv tapi tidur awal la gak sebab penat badan.
No comments:
Post a Comment