Aku dan mak tidur kat rumah abang pada Jumaat 24 Disember 2021 sebab lepas subuh tu nak terus bertolak ke Taiping. Kat rumah abg ada baby Faizah dan opah Faizah. Pagi tu lepas subuh, packing2 barang dalam kereta abang dan mula gerak dalam pukul 7.00 pagi. Suasana pagi tu cerah alhamdulillah. Berhenti kat Tapah untuk abang makan nasi goreng manakala aku dan mak pergi ke toilet. Banyak betul kereta di rnr.
Sampai di Taiping dalam pukul 11.00 pagi. Suamiku jemput untuk ke homestay. Selesa homestay tu. Petang tu minta suami belikan durian. Katanya bukan durian dari situ so mahal... RM20 sekilo, dapatlah dua biji. Satu aku, abang dan mak makan. Satu lagi bagi kat pakcik malza, makcik rafi, kaklong, pakcu omar dan makcik minah. Petang tu pergi pekan Ahad (tapi hari Sabtu... hehehe) kat Changkat Jering. Beli lemang, popcorn dan apam balik kecil. Kereta pakcik Malza sampai dalam maghrib.
No comments:
Post a Comment