Monday, 5 September 2022

Hari kebangsaan ke-65 (31/8/2022 Rabu)


 Assalamualaikum...

Pagi ni aku siap2 awal lepas subuh, tunggu suami balik dari masjid sebab nak keluar pi Dataran Merdeka tengok perarakan hari kebangsaan. 

Tak sangka.. Aku keluar sebelum pukul 7.00 pagi pun lrt dah penuh. Nasibaik aku dan suami dapat masuk lagi. Bila dah pertengahan jalan, memang dah mcm tin sardin.. Org yg tunggu kt stesen nk dkt CM tu tak boleh nak masuk. Suami ajak aku kluar kat CM je sbb takut kt Majid Jamek dah pack. 

Turun kt CM tu pun dh penuh org. Jln pun dah x nmpk apa kecuali kepala org je. Isyhh.. Ramai tul org. Pukul brp agknya diorang ni dah datang ye. Agknya mlm tadi kot sbb ms amik suami kt lrt pukul 11 mlm tadi, ramai org menuju ke kl. Gile betul.. 

Bersesak-sesak, dgn pkai mask lagi... Memang sgt2 tak selesa. Jem x boleh masuk dataran merdeka. Kami dpt tgk dari Jln Raja Laut je. Tu pun jenuh berdengkit sebab ketinggian x cukup. Adoii.. 

Tapi memang bestlah. Cuma kesian kt sorg makcik ni x larat, dia duduk di tengah lautan manusia. Nasibaik x kena pijak. Yg dtg dgn ank kecil pun susah juga. Ms nk blk tu dgr pengumuman budak hilang. (Esoknya tgk kt berita, pdrm yg jumpa budak yatim tu). Aku sempat nmpk Dr. Rais Yatim kt pentas utama tu.

Dh habis dlm pkul 11 lebih, jln kaki smp CM naik bas purple line ke Bukit Bintang. Nk tgk pameran Sudirman kat tempat kerja suami di Fahrenheit88. Idola aku ms kecik2 dulu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman.

 Di bawah ni antara gambar yg sempat aku ambil kat pameran tu. 

 










Di antara gambar2 semasa perbarisan hari kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka.











Hehehe.. Sempat gk amik gambar suami.



No comments:

Post a Comment