Thursday, 27 October 2022

Adiba lupa, tukar altel ke celcom,kueteow grg yg lambat dan Fiki Naki

 28/10/2022 Jumaat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Pagi Jumaat yg berkah ni hujan turun tapi suami mcm biasa, mesti pergi masjid jln kaki. Tumpang kereta Adiba lagi harini. 

Pagi ni ada pertandingan Big Book di dewan lps bacaan yassin. Kelas aku nasibaiklah ada satu group masuk bertanding jadi wakil tahun 6. Rasa kecewa gak sikit sbb murid tahun 4I rasanya dlm 10 group masuk. Lps tu beli burger n kopi o rm3. Bila masuk kelas 6i jap nk bg borang penempatan tingkatan 1 utk murid yg x dtg smlm, aku tanya gak kenapa diorang tak nk masuk pertandingan Big Book tu. Semua senyap.. Teruk batch tahun 6 tahun ni. 6k satu group pun takde. I told them that I am a bit frustrated about it.

Lps tu minta Engku masukkan simkad celcom tukar dgn altel yg dah ditutup kat bilik disiplin tapi dia busy. So ustaz Rosli yg tolong. Terpaksa minta pin tudung Erniza utk cucuk kt handpone tu. Aku kn x pkai pin kt tudung.. Hehe. Ms tu mak Tasya dtg nk isi borang penempatan utk tingkatan 1. Katanya Tasya ada kt Johor. Bila ustaz dah berjaya tukar, aku call suami utk test. Bila dia angkat, suara mcm bgn dari tidur.

Lps rehat masuk 5K. Buat group work utk unit Food. Ok gak dah lama x buat sebab sekarang meja mereka dah dijadikan kumpulan 6 balik. Ke dewan kejap sebab nk tgk cikgu Syed bagi borang penempatan kepada semua murid tahun 6. 

Keluar kelas 5k lambat sikit dari pukul 12.00 tghari. Bila turun, tgk2 Adiba dah drive balik. Nasibaik dapat tumpang Darshinee balik rumah. 

Kueteow grg suami lambat sampai

Ptg tu rasa ok nk drive jap p pekan kelana jaya sb suami nk mkn luar. Aku order rojak, suami order kueteow grg. Lama suami tunggu kueteow dia x sampai2 sedangkan aku dh habis mkn rojak dan minum limau suam dgn dia. Ms tu x ramai customer pun. Org yg dtg lmbat dari aku pun nk dekat habis makan. Ingtkn diorang dah lupa.. Suami suruh diamkan aje tp aku ckp gak kat org kedai tu. Sabar jela org kedai tu.. Last2 baru dtg kueteow grg suamiku. Sabar je dia. Bertuah aku dapat suami penyabar mcm dia. Alhamdulillah.

Lps tu aku dan dia masuk kedai Family Mart. kt sebelah tu nk tgk apa yg ada. Boleh tahan gak mahal brg2. Ingt nk beli pizza hut utk adik kat kedai sebelah tu je tapi dah kuat angin mcm nk hujan so x jadi beli sbb kaki x ok lg ni, takut x sempat nk lari ke kereta.

Fiki Naki

Mlm aku rehat je tgk youtube sbb baru terjumpa Fiki Naki youtuber dari Indonesia yg boleh berbahasa Inggeris, Rusia, Romania dan Sweden. Umur baru 22 tapi dh ada 6 juta subscriber kat youtube dan mampu belikan kereta Honda untuk adiknya dan kereta besar utk ibu bapanya. Agaknya Allah beri kebolehan menghafal bahasa sebab rasanya dia pun belajar di Universiti Agama di sana. 





No comments:

Post a Comment