ADAKAH AMALAN MEMBACA ITU PENTING DALAM MENENTUKAN KEMENJADIAN SEORANG GURU?
Assalamualaikum...
Harini aku nak baca buku sebab nak isi kat dalam sistem splkpm. Jenuh juga nak siapkan 5 buku... tapi bagus gak tu. Sekurang-kurangnya adalah aku membaca buku-buku motivasi. Semuanya aku pinjam dari perpustakaan sekolah semalam. Bukan apa, haritu pi pesta buku antarabangsa KL kat PWTC tapi takde beli buku pun sebab orang ramai sangat... aku pun jadi pening kepala. Dahlah kaki sakit nak jalan sesak-sak tu.
Antara buku yang akan aku baca lepas ni:
1. Memacu transformasi - Dato' Saifuddin Abdullah
2. Buat sampai jadi - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
3. Reformat hatimu dalam 354 hari - Norudin Draman @ustazcahaya
4. Tingkah politik - Rahman Shaari
5. M.E.P.S Concept - Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina
Bagus baca buku motivasi ni, dapat mempertingkatkan semangat dan iltizam yang selalu naik dan surut. Yang tak seronoknya, asal aku buka je sistem splkpm, mesti error 500. Hmm... entahlah apa yang asik rosak tu. Harap-harap dapat habiskan baca dengan secepat mungkin dan isi dalam splkpm tu. Amiinnnn...
No comments:
Post a Comment