Saturday, 31 January 2015

Pagi Ahad yang indah dan pertunangan Bie...

Assalamualaikum...

Eh pada siapa-siapa yang ada terbaca coretan ni, boleh tak bagi idea nak post apa kat blog? Dah buntu ni nak tulis apa... takkan nak tulis apa yang aku buat je kan? Agaknya takde apa yang aku buat kot.... Ekekeke...

Pagi ni rasa malas gak tapi sempat lagi aku on data. Tengok-tengok Biela hantar gambar pertunangan dia semalam kat wechat. Anyway selamat bertunang la kat Bie... Tahniah dan moga berbahagia selalu. Cantik baju dia warna turquoise..

Hari ini nak edit blog ni sikit2 apa yang rasa tak sesuai sambil2 chatting. Tadi wechat dan whatsapp tengok-tengok data dah tinggal berapa sen je. Kenalah off data untuk harini sampai aku beli lain. Tapi kan yang bestnya hari ni line brodben ok la pulak. Radio takde sekat-sekat, alhamdulillah. Pastu ada sorang kawan chat ni minta no telefon. Aku pun fikir nak bagi nombor telefon ke tak. Hmm... Last-last aku buntu sebab takde keputusan dan takde idea sangat nak tulis apa hari ini... Kalau ada idea nanti aku sambung balik.  Daa.. tatitu

Pantun gila-gila di cb kampung

Assalamualaikum...

Petang ni ada rasa bosan jap... So sambil2 chating kat cb tu, tanya la kot2 ada siapa-siapa yang reti nak berpantun. Aku kan tak reti nak mulakan, jual pantun. Nak beli tu bolehlah. Tengok-tengok Hezry_aikal jual dulu (walaupun rasanya tak pernah chat dengan dia ni). Lepas tu, zie pulak berbalas-balas pantun dengan aku... Ekekeke.. kelako pulak rasa... Ni antara pantun yang sempat aku salin balik...

p/s Kalau pantun ada lari tu, faham-faham la ye... orang tak reti berpantun katakan...


PANTUN GILA-GILA 

Sorok papan tarik papan,
I see u minggu depan

Budak-budak makan gula,
I tak nak see u le

Budak-budak naik lori,
Akak.. I'm sorry

Malas itu lazy,
Its ok zie

Tan suka makan buaya,
Kak maafin ya

Pagi-pagi makan buaya,
Siapa sini buaya tembaga?

Buaya tembaga makan rambutan,
Cuba akak tanya misz tan

Menampi beras dengan belantan,
Betul ke kata mc tu tan?

Budak-budak main-main pekak
Diam tu tanda betul la kak

Buah duku buah bidara
Waalaikumsalam dua-dua amira

Harini belajar one two three
Indah sungguh nama putri

Mari berpantun (sebab bosan lah ni)

PANTUN BOSAN...

Hendak ke mydin membeli bunga,
Bunga dibeli bersama raga,
Ntah kenapa secara tiba-tiba,
Pagi-pagi pun jem juga ke...

Sampai di mydin membeli buah,
Buah untuk santapan pagi,
Ramai orang membeli belah,
Almaklumlah orang dah gaji

p/s: Berhenti setakat ini je kot... takde idea nak sambung.. ekekeke....
Daa... tatitu




Cuti dan Mydin Mall

Assalamualaikum..

Awal-awal pagi lepas solat subuh, macam biasa aku on kan lah data. Lepas tu, hp macam jem, asik berbunyi je. Baru ingat pasal grup yang masuk malam tadi. Fuh banyaknya mesej sampai 800 tu.... ada gak la dalam 5 minit lebih baru henpon berhenti berbunyi. Kelakar pun ada, tapi duk fikir, budak-budak ni tak tidur ke sam[ai subuh?

Pukul 8 cenggitu aku makan mi goreng semalam dengan milo segera. Siap pastu terus p mydin. Ronda-ronda dalam mydin... tengok-tengok dah kul 12 baru siap bayar. Otw nak balik tu singgah jap nak beli boh ice tea yang adik pesan.

Petang ni tadi aku berwechat. Ada sorang chatter ni cerita kat group pasal dia dan makwe dia dulu..ralit gak la adik whatsapp kata nak datang sini. Sepantas kilat mak masak ayam masak merah untuk adik. Bila dia whatsapp balik kata dah naik bas, siap-siap nak p amik dia dengan mak. Sampai di LRT, tengok-tengok adik dah sampai dulu.

Sampai-sampai kat rumah, tengok chatter tadi tu tak abis lagi bercerita. Hahaha.. tak sangka lak panjang ceritanya. Almaklumlah ramai no yang menyampuk...

K la nak sign out... daa... tatitu

Thursday, 29 January 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Hari ini sibuk siapkan RPH ... biasalah hari jumaat kan? Sibuk2 buat tu, cikgu-cikgu lain dah balik. Tinggal berapa kerat jela kat bilik guru. Syura, Yah dan Ti kat bilik jqaf hiaskan bilik tu. Pastu kak mas pun masuk, so aku dan kak fid pun berborak lah. Kebetulan kak fid ada beli sebalang kacang cap tangan... memang best la sampai habis kitorang bedal. Tetiba kak mas lak kata... kalau ada teh o panas sedap ni. Wah kak fid terus je buat dan-dan tu. Haha... Kebetulan kat kotak kak mas tu ada banyak lagi gula, nescafe, teh dan milo dari tahun lepas.

So dari plan nak balik awal, lambat pulak baliknya. Nasibaik abis gak buat RPH dan type senarai nama budak RMT. Kul 4 aku balik. Masuk-masuk rumah, terbau sedap je. Bila tanya, mak kata buat nasi lemak. Wahhhh.. feveret kita tu. Ekekeke.... So makan la kita dengan seleranya...

Malam hujan lebat, so dengan badan yang penat dan mata yang mengantuk, tidur awal la. Lagipun esok nak p mydin awal pagi. Bila in wechat, ada lak kawan chat a.k.a Dad pergi kat grup satu lagi ni. Adoiiii... banyak betul budak-budak kat grup tu bersembang. Off data sejam lebih dah kena baca balik sampai 699 mesej. Rajin no diorang tu. Ekekeke..

Ok la ... dah lewat ni nak out dulu. Ada masa kita sambung lagi... daa tatitu....

p/s... Ada sorang cikgu baru masuk sekolah, pakai baju melayu purple. Ingatkan cikgu kaunseling... Nampak macam matured tapi tak sempat nak amik tau sangat sebab kelas banyak. Dah abis sekolah baru tau dia ajar PJ PK dan baru posting. Adoiii... ingatkan dah berumur tadi. Ekekeke.. penampilan tak menunjukkan umur kan?

Mesyuarat rumah sukan, ceramah kesihatan dan pabila MH370 bersemadi..

Assalamualaikum....

Hari ni ada mesyuarat rumah sukan lepas rehat. Macam biasalah, pemilihan AJK rumah sukan dan pencarian bakat-bakat untuk sukan nanti. Mesyuarat kat kantin, bila terasa lapar tu, menjenguk la kat dalam kantin tu. Nampak mee hailam macam sedap je tapi tak bawa duitlah pulak. Farhana bermurah hati nak dulukan duit dia, dah alang-alang dia nak beli air. Kak Fid pulak nampak ada lebihan dari kueteow budak-budak RMT. Dia tanya gak la.. boleh tak bawa ke bilik guru.. Aku pun jawablah, "Cuba tanya kak Mas sebab dia ketua RMT". Berborak pulak pasal apa yang berlaku kat negara akhir-akhir ni dengan Farhana dan Zul. Pasal hudud di Brunei, tentang banjir, tentang MH370....


Lepas abis sekolah, mak Saraswathy pulak datang nak amik buku Saraswathy. Geram gak dia tak jumpa buku moral tapi katanya buku tak dapat pulak. Aku dah malas nak fikir (lagipun senarai harga tinggal kat bilik guru) jadi aku bagi lah buku tahun 5 kat dia. Tapi aku pesan kat dia, kalau tak dapat lepas ni, bagitau awal-awal, balut buku dan tulis nama.

Dah abis tu, terus ke Bilik Wawasan sebab ada ceramah kesihatan. Lambat gak la masuk sebab kes bagi buku tadi. Dengar gak la, penceramah tu kata susu full cream tu tak elok untuk kesihatan, susu omega elok. Lagi apa eh? Air kosong sekurang-kurangnya 2.5liter sehari sebab senang nak flush apa-apa yang tak elok. Tapi yang first time dengar ni, dia kata air mineral tak elok untuk kesihatan. Yang lain-lain tu biasalah, tak elok makan goreng, santan, stimbot pun tak elok. Ubat supplement pun jangan nak tukar-tukar je. Dah abis tu, dia bagitau la syarikat dia ada buat full check up. Cuba teka berapa harga? Hmm.... Harga check up RM288. Yang ambil 3 orang je, Mani, Ustazah Syuura dan Josephine.

Sampai kat bilik guru, duk sibuk borak dengan Leney dan kak Fid pasal kesihatanlah. Leney kata dia ada beli tempat goreng yang tak payah pakai minyak jenama Tefal. Masa dia beli tu RM800 lebih. Tak lama lepas tu, Mani turun tapi dengan muka pucat. Rupanya dia tak pernah kena ambil darah. Dia kata "This is the first and the last". Kak Fid suruh dia rehat kejap dan jangan balik dulu. Lepas tu kak Mas pulak minta tolong pasal borang Rotary, banyak sangat nak sort. Aku nak pergi ke library tapi kak Mas dah bawa borang tu ke bilik guru. Pastu tolong dia, aku pun balik la sebab rasa penat. Buku rekod mengajar pun tak buat, aku bawa balik sebab ingat nak buat.

Kat dalam kereta dengar Ketua Pengarah DCA nak buat sidang media pasal MH370. Aku teringat pagi tadi baru je cakap pasal MH370 ni... Sampai-sampai rumah terus buka tv. Sempat lagi makan (almaklum tak makan lagi). Tunggu punya tunggu takde pun sidang medianya. Dah pukul 4 lebih baru diorang announce yang sidang media dibatalkan. Penat sangat jadi terlelap, pukul 6 mak panggil. Ada perutusan dari DCA pasal MH370... dengar2 dia kata yang MH370 dianggap sebagai kemalangan (lupa pulak apa nama ketua pengarah DCA tu, Datuk Azharuddin ... something like that) So sekarang ni semua waris boleh menuntut wasiat atau apa-apa yang sesuai. Tapi 1st anniversary nanti akan ada lagi sidang media tentang perkara ni. Aku terfikir apa lagi dugaan untuk Malaysia dalam tahun 2015. Tahun lepas MH370, MH17, matawang Malaysia merudum dan banjir terburuk negara. Mungkin juga semua ni sebagai iktibar supaya kita semua beriman, yakin dan berserah padaNya. Moga Allah melindungi Malaysia dari mala bahaya yang tidak tertanggung. Amin..

Daa semua ... tatitu

Tuesday, 27 January 2015

e-SPLG dan Mesyuarat agung Ko-Kurikulum

Assalamualaikum,

Fuh... nasib baik ada kawan bagitau cara-cara nak isi borang e-SPLG tadi. Hari tu dah cuba masuk tapi di bawah penyelenggaraan lagi, Kalau nak harap kita lah, memang tak ingat dah nak buat kalau takde orang tolong ingatkan.

Pukul 10.30 sampai 1.30 ada mesyuarat agung ko-kurikulum; 1, sukan/permainan 2, badan beruniform dan 3, kelab/persatuan. Yang pertama dan kedua tu aku jadi cikgu AJK je tapi untuk Puteri Islam, ketua ada kelas jadi aku la kena amik alih. Lepas menjalankan pemilihan AJK murid-murid, aku pergi ke bilik guru kejap nak ambil A4. Dalam hati tertanya-tanya tahun ni ramai ke tak budak2 yang nak masuk Kelab SPBT. Tapi dalam hati dah rasa mesti tahun ni lagi ramai dari tahun lepas.

Bila sampai kat depan bilik SPBT,.... alamakkkkk nampak ramainya umat. Cikgu Engku siap tanya budak-budak ni kenapa nak masuk SPBT. Budak-budak ni kata best la cikgu. Aku hanya mampu tersenyum. Bila dah buat pemilihan, rupanya ada lagi budak-budak yang duk merayau-rayau tak ada kelab/persatuan lagi. Engku pun tak bagi masuk sebab dah ramai sangat. Semuanya 35 orang ..... Hmmm susah nak handle kalau ramai-ramai ni. Dah la bilik SPBT tu kecik je.

Ok la nak balik dulu... dah penat dan lapar tak makan tengahari kul 4 dah ni...
Daa... tatitu


Sunday, 25 January 2015

Nak rotan ke tak...

Assalamualaikum...

Di berita akhir-akhir ni keluar pernyataan dari seorang menteri bahawa ibu-bapa tidak dibenarkan merotan anak-anak mereka. Terdetik dihati (walaupun takde anak lagi), wajarkan ibu bapa diharamkan dari merotan anak-anak mereka. Hatta, dari sunnah Rasulullah pun ada menyatakan sekiranya anak tersebut tidak solat selepas umurnya 10 tahun, hendaklah dirotan anak tersebut. Dari hal ini kita dapat lihat bahawa Islam sendiri membenarkan kita merotan anak sekiranya anak tersebut tidak mengikut arahan dan peraturan.

Aku sebagai guru juga turut terkesan dengan pernyataan ini. Dah la kami tak dibenarkan mendenda murid dari apa segi sekalipun, sekarang ni ibu bapa pulak tidak dibenarkan mendenda anak-anak mereka. Hmm... Jadi sekarang kalau budak-budak ni melanggar norma kehidupan, tiada siapa yang dapat menghalang mereka. Maka dengan itu, generasi masa depan pun akan menjadi lebih rosak dari sekarang. Ini kerana mereka tidak tahu perbezaan antara perbuatan yang baik atau buruk kerana tiada bezanya pun bagi mereka. Tak tau  la apa akan jadi dengan negara kita dalam 10-20 tahun lagi...

Apapun, akhir sekali  .... fikir-fikirkan sebab dan akibat sesuatu perbuatan, adakah ia baik atau sebaliknya...

Daa... tatitu

Pizza untuk keluarga

Assalamualaikum...

Tak banyak nak post harini sebab dah pukul 1.50 pagi ni... Pe ye nak cerita?

Harini adik datang rumah ni petang tadi. So kena lah hantar dia balik malam. Tadi ada bagi duit kat adik suruh beli external harddisc, bukan apa untuk back up sebab lappy ni dah mula bunyi-bunyi, takut rosak.

Lepas isyak, dalam perjalanan balik tu, mak suruh adik beli pizza. Mak kata nak belanja... yeayyyy.. Lama gak la tunggu masa nak beli pizza, sup dan garlic bread tu.... ada la dalam 5-6 orang dah ada dalam kedai PHD tu. Bila dah beli tu, terus pergi rumah abang. Dapatlah makan beramai-ramai dengan mak, adik, abang dan kakak ipar. Jam dah kul 10 lebih malam.. jadi cepat-cepat balik dan sampai sini nak dekat pukul 1. Sempatlah chating kejap dengan kawan-kawan sebelum tidur. Oppss dapat tau ada sorang wak ni ada a different side of him.. kind of scary and creepy kan?

Ok la nak tidur dah... tak larat mata ni. Ok good night sleep tight... Daaa ... tatitu

Saturday, 24 January 2015

Mydin Mall dan Nasi beriani

Assalamualaikum...

Hari ini cuti, jadi awal-awal pagi pergi ke mydin mall dengan mak. Sebelum tu pergi bank keluarkan duit sikit nak bagi kat mak dan sampai sana pukul 9, agak lewat dari biasa. Masa sampai tu dah rasa macam ramai orang. Pembelian hari ini agak kurang dari selalu. Macam biasalah, beli bubur nasi dan cool blog kat sana. On the way balik tu, beli minyak kete dan singgah kat pasaraya Hero dan giant sebab nak cari ayam, daun sup dan daun bawang sebab hari ini ingat nak buat nasi ayam.

So bila sampai rumah dalam pukul 1 lebih, terus kemas-kemas barang dan mulakan kerja memasak, tapi tukar plan buat nasi beriani sebab takut kalau buat nasi ayam, lambat lak siap. Sambil2 tu perap ayan sebab nak buat ayam masak kicap dan kacang buncis goreng telur. Hiris-hiris daun salad, timun dan tomato beli kat mydin tadi buat ulam best tul la. Dalam pukul 3 siap makan. Alhamdulillah kenyang. Maaflah tak ingat nak snap gambar lak tadi... hehehe... Lain kali kena ingat nak snap.

Petang tadi adik call kata nak datang sebab rumah sana takde air tapi lepas beberapa minit dia call balik kata tak jadi pulak sebab dah ada air balik. Adik kata mungkin datang sini esok. Heee .... Boleh la bagi dia rasa makan nasi ayam kalau aku rajin nak buat. Ekekeke...

K la... kering idea nak tulis apa ....
Daa.. tatitu


Friday, 23 January 2015

Di celah-celah kehidupan

Kekadang kita merasakan kita serba kekurangan... tapi kita perlu memandang ke bawah untuk menyedari yang kita sebenarnya bertuah kerana masih mampu untuk bernafas dan dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang amat memahami....

Alamak... tadi lupa lagi nak bawa duit lebih untuk duit kutu bulan ni. Apa la nak jadi dengan aku ni, asik lupa memanjang. Kesian kat Farhana asik kena topup duit dia dulu je. Harap-harap lepas ni aku tak lagi lupa pasal perkara ni. Bukan apa, tak nak menyusahkan orang je. Cite pasal ni, aku risau gak asik lupa-lupa je sekarang ni. Camne eh nak kurangkan penyakit lupa ni ye? Dah makan kismis minda ada gak rasa kurang sikit... Kalau ada petua2 lain, bagus gak ni...

Hmm... hari ini perjalanan hidupku seperti biasa... tiada yang luar biasa.. sekadar melalui alam pekerjaan, menyiapkan kerja-kerja sekolah seperti biasa yang bertambah-tambah. Tadi kat telegram ada informasi terbaru bahawa semua fail perlu dikemaskini dalam masa sebulan... Macam biasa, mesti ada yang komen tetapi ada juga yang senyap, almaklumlah kena buat gak walaupun kita rasa dah tak larat dengan beban kerja sekarang ni...

In shaa Allah aku akan cuba sehabis baik... kena kurangkan masa online untuk tambah masa untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah..

Alhamdulillah ... Aku bersyukur kepada Mu kerana memberikan ku kekuatan dalam menjalani kehidupan ini....

Wednesday, 21 January 2015

Selamat datang ke diari kehidupanku...

Assalamualaikum...
Sebenarnya tak ada apa sangat nak diceritakan di sini, cuma aku berfikir bagus juga buat blog untuk dibuat kenangan di masa hadapan. Sebagai permulaan, aku ingin meluahkan tanda kesyukuran kehadrat Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya. Selain itu aku bersyukur kerana dikelilingi oleh manusia yang banyak memberi kekuatan kepadaku selama ini. Yang paling utama ialah ibuku yang selalu memberi nasihat dan dorongan, kaum keluarga dan rakan-rakan yang terbaik sepanjang perjalanan hidupku. Alhamdulillah....