Assalamualaikum...
Di berita akhir-akhir ni keluar pernyataan dari seorang menteri bahawa ibu-bapa tidak dibenarkan merotan anak-anak mereka. Terdetik dihati (walaupun takde anak lagi), wajarkan ibu bapa diharamkan dari merotan anak-anak mereka. Hatta, dari sunnah Rasulullah pun ada menyatakan sekiranya anak tersebut tidak solat selepas umurnya 10 tahun, hendaklah dirotan anak tersebut. Dari hal ini kita dapat lihat bahawa Islam sendiri membenarkan kita merotan anak sekiranya anak tersebut tidak mengikut arahan dan peraturan.
Aku sebagai guru juga turut terkesan dengan pernyataan ini. Dah la kami tak dibenarkan mendenda murid dari apa segi sekalipun, sekarang ni ibu bapa pulak tidak dibenarkan mendenda anak-anak mereka. Hmm... Jadi sekarang kalau budak-budak ni melanggar norma kehidupan, tiada siapa yang dapat menghalang mereka. Maka dengan itu, generasi masa depan pun akan menjadi lebih rosak dari sekarang. Ini kerana mereka tidak tahu perbezaan antara perbuatan yang baik atau buruk kerana tiada bezanya pun bagi mereka. Tak tau la apa akan jadi dengan negara kita dalam 10-20 tahun lagi...
Apapun, akhir sekali .... fikir-fikirkan sebab dan akibat sesuatu perbuatan, adakah ia baik atau sebaliknya...
Daa... tatitu
No comments:
Post a Comment