Thursday, 29 January 2015

Mesyuarat rumah sukan, ceramah kesihatan dan pabila MH370 bersemadi..

Assalamualaikum....

Hari ni ada mesyuarat rumah sukan lepas rehat. Macam biasalah, pemilihan AJK rumah sukan dan pencarian bakat-bakat untuk sukan nanti. Mesyuarat kat kantin, bila terasa lapar tu, menjenguk la kat dalam kantin tu. Nampak mee hailam macam sedap je tapi tak bawa duitlah pulak. Farhana bermurah hati nak dulukan duit dia, dah alang-alang dia nak beli air. Kak Fid pulak nampak ada lebihan dari kueteow budak-budak RMT. Dia tanya gak la.. boleh tak bawa ke bilik guru.. Aku pun jawablah, "Cuba tanya kak Mas sebab dia ketua RMT". Berborak pulak pasal apa yang berlaku kat negara akhir-akhir ni dengan Farhana dan Zul. Pasal hudud di Brunei, tentang banjir, tentang MH370....


Lepas abis sekolah, mak Saraswathy pulak datang nak amik buku Saraswathy. Geram gak dia tak jumpa buku moral tapi katanya buku tak dapat pulak. Aku dah malas nak fikir (lagipun senarai harga tinggal kat bilik guru) jadi aku bagi lah buku tahun 5 kat dia. Tapi aku pesan kat dia, kalau tak dapat lepas ni, bagitau awal-awal, balut buku dan tulis nama.

Dah abis tu, terus ke Bilik Wawasan sebab ada ceramah kesihatan. Lambat gak la masuk sebab kes bagi buku tadi. Dengar gak la, penceramah tu kata susu full cream tu tak elok untuk kesihatan, susu omega elok. Lagi apa eh? Air kosong sekurang-kurangnya 2.5liter sehari sebab senang nak flush apa-apa yang tak elok. Tapi yang first time dengar ni, dia kata air mineral tak elok untuk kesihatan. Yang lain-lain tu biasalah, tak elok makan goreng, santan, stimbot pun tak elok. Ubat supplement pun jangan nak tukar-tukar je. Dah abis tu, dia bagitau la syarikat dia ada buat full check up. Cuba teka berapa harga? Hmm.... Harga check up RM288. Yang ambil 3 orang je, Mani, Ustazah Syuura dan Josephine.

Sampai kat bilik guru, duk sibuk borak dengan Leney dan kak Fid pasal kesihatanlah. Leney kata dia ada beli tempat goreng yang tak payah pakai minyak jenama Tefal. Masa dia beli tu RM800 lebih. Tak lama lepas tu, Mani turun tapi dengan muka pucat. Rupanya dia tak pernah kena ambil darah. Dia kata "This is the first and the last". Kak Fid suruh dia rehat kejap dan jangan balik dulu. Lepas tu kak Mas pulak minta tolong pasal borang Rotary, banyak sangat nak sort. Aku nak pergi ke library tapi kak Mas dah bawa borang tu ke bilik guru. Pastu tolong dia, aku pun balik la sebab rasa penat. Buku rekod mengajar pun tak buat, aku bawa balik sebab ingat nak buat.

Kat dalam kereta dengar Ketua Pengarah DCA nak buat sidang media pasal MH370. Aku teringat pagi tadi baru je cakap pasal MH370 ni... Sampai-sampai rumah terus buka tv. Sempat lagi makan (almaklum tak makan lagi). Tunggu punya tunggu takde pun sidang medianya. Dah pukul 4 lebih baru diorang announce yang sidang media dibatalkan. Penat sangat jadi terlelap, pukul 6 mak panggil. Ada perutusan dari DCA pasal MH370... dengar2 dia kata yang MH370 dianggap sebagai kemalangan (lupa pulak apa nama ketua pengarah DCA tu, Datuk Azharuddin ... something like that) So sekarang ni semua waris boleh menuntut wasiat atau apa-apa yang sesuai. Tapi 1st anniversary nanti akan ada lagi sidang media tentang perkara ni. Aku terfikir apa lagi dugaan untuk Malaysia dalam tahun 2015. Tahun lepas MH370, MH17, matawang Malaysia merudum dan banjir terburuk negara. Mungkin juga semua ni sebagai iktibar supaya kita semua beriman, yakin dan berserah padaNya. Moga Allah melindungi Malaysia dari mala bahaya yang tidak tertanggung. Amin..

Daa semua ... tatitu

No comments:

Post a Comment