Sunday, 27 May 2018

Setelah beberapa minggu tidak ke sekolah...

Assalamualaikum..

Harini baru dapat merasa bau sekolah selepas dah berapa minggu tak ke sini. Mana taknya... Minggu lepas 5 hari kursus pro elt kat SK Seksyen 11 Kota Damansara. Dahlah jauh... Isnin tu cirit birit pulak so tak pergilah satu hari. Hari2 lepas tu ada gak sesekali muntah. Nak ikutkan sampai harini badan rasa tak larat sangat macam biasa. Seminggu sebelum tu ada kursus Formal Assessment di SK Kelana Jaya 1 untuk kp bahasa inggeris. Nasibaik dekat je dengan rumah. Minggu sebelum tu cuti PRU ke 14 pulak. Dua minggu sebelum tu ada sukan selama dua minggu.

Jadi persoalannya bila nak ngajar budak tahun 6 ni????? Dah la sekarang ni bulan May... result bulan Mac tak berapa elok sangat. Stress weh. Minggu ni periksa pulak. Jadi, dalam 6 minggu juga la tak dapat mengajar mereka ni. Sekarang ni sibuk dengan failing skpmg2 pula. Memang tak terkejar lah. Letih la kalau macam ni selalu. Tu belum campur lagi nak isi kemasukan ke tingkatan 1 untuk budak2 tahun 6 ni.

Apa-apa hal, kena sabar dan kuatkan hati je la. Pastu doa supaya dipermudahkan segala urusan. Ok lah nak sambung tebuk jawapan untuk kertas periksa tahun 4,5 dan 6.

No comments:

Post a Comment