Assalamualaikum,
Hmmm minggu ni cuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61. Cuti hari Jumaat so dapatlah cuti 3 hari sederet. Nak kata cuti sebenarnya takde la gak sebab Khamis tu aku bawa balik 4 fail balik ke rumah. Fail-fail panitia, fail data dan maklumat murid dan fail spsk hasil kerja murid. Jumaat tu malas rasanya nak buat apa-apa, tengok tv acara perbarisan dan siaran langsung Sukan Asia kat Indonesia sambil chat kat cb kampung dan layan shopee dan facebook yang dah lama tak tengok. Malam tu try pula guna Nakada air fryer yang baru beli minggu lepas, aku try chicken chop dan keropok lekor. Ok gak rasa dia cuma lain kali kena tambah masa.
Sabtu pagi tu dah cakap dengan mak nak pergi ziarah kubur arwah abah kat Kota Damansara dan lepas tu pergi pasar tani. Kat pasar tani tu ada radio Suria, nampak Halim Othman, dj Lin, Syuk Shiro. Balik tu makan-makan dulu pastu terlelap la pula. Dah petang baru mula buat fail panitia dulu sampai ke malam sambil2 makan makanan beli kat pasar tani. Banyak tu beli kat sana... ada cakoi inti kacang, tapai goreng, nasi dagang, mee bandung. Sampai kat rumah, ada orang sebelah markas PAS ni bagi pula cempedak goreng. Alhamdulillah rezeki. Habis semak 2 fail panitia tu dah pukul 10.30 malam. Dengar la mak tengok Malaysia kalah dalam final hoki Sukan Asia lawan Jepun dalam penalti. Malam tu masuk cb kampung sambil tengok2 kerja yang perlu dibuat lagi. Lepas tu ada orang call sampai pukul 1.00 pagi terlelap le pula.
Harini aku terbau-bau je nasi lemak yang mak kata nak buat semalam. Sedap weh, bertambah makan. Lepas tu baru start buat fail Unit Data dan fail SPSK pukul 9.00 pagi sambil layan lagu kat cb kampung. Ada adik baik ni nama dia Faqih jadi dj. So aku minta la beberapa lagu dia putarkan. Hehehe. Sat lagi nak panaskan mee bandung semalam tak makan lagi.
Kelakarlah pulak kat radio cb tu ada ceramah Samsul Debat. Mak pun dengar juga.
No comments:
Post a Comment