21/11/2022 Isnin
Assalamualaikum.
Harini sejarah naik grab rm19!! Mahal gila... Tapi terpaksa sbb kaki x ok lg. Suami kata smp rmh pukul 2 pagi td. Perhimpunan x naik stage tapi duduk kt kerusi sebelah restrum mc. Yg kesiannya budak lelaki 5K si Samuel Raj je sorang yg dtg. Lps tu murid tahap 1 tgk movie 'Ada hantu' manakala tahap 2 susun meja kerusi kat kelas tahap 1.
Masa rehat, aku duk kat meja dpn spbt tu isi alamat 6i untuk permohonan tingkatan 1. Teringat nk minta tolong Nor kantin hntar nasi lemak atau ayam grg kat aku kalau ada lg sebab tetiba laparlah pula. Almaklum pagi td mkn bubur je.
Beberapa minit pastu Cinta hantar nasi lemak n ayam dgn milo ais..katanya air tu mak dia bagi je. Aku minta Cinta pulangkan milo tu sebab tak minum ais. Baiknya lah Nor dia buatkan kopi o panas utk aku..bg free pula tu.
Lps tu minta Zul hantarkan kertas paper 1 sebab aku nak buat periksa kt dewan je. Sakit kaki nk naik tangga ke atas. Kesian budak2 6i periksa x selesa most probably sebab budak2 4k bising.
Lps habis kelas, sambung isi permohonan tingkatan 1 dan update alamat. Minta tolong Subattra cari pisau tarik sebab nk buat lubang kat paper OMR. Dapatlah tanda section A separuh kelas. Alhamdulillah baik hati Diba nak tumpangkan aku balik rumah.
Smp rmh, tgk awani rupanya tak tahu lagi siapa PM sebab Agong lanjutkan hingga 2 ptg esok pula. Lps mandi, mak balutkan lutut dgn daun panjang yg dilayur dgn api hingga keluar air. Mak mertua bagi daun, knee pad, dan batu sungai utk tujuan rawatan lutut mcm yg dibuat dengan pakcik Abdul Aziz haritu. Terima kasih mak... Alhamdulillah, bertuah aku dapat suami dan mak mertua yg baik.
Dah ptg, mkn pizza dan garlic bread smlm serta karipap. Pastu mkn ubat yg GB rekemen. Setel mkn, aku sambung tanda kertas periksa. 5.30 ada live angkat sumpah menteri besar Perak. Dh pukul 6 lebih tgk tv1 - 'I love you cikgu'. Dah pkul 7 tak setel lagi hal PM.. Geram pula dengan presiden BN ni.. Patutlah org gelar dia kluster mahkamah.
Dapat tau weekend ni Ida taro dtg pj tapi adik ipar aku kahwin so x dpt lah jumpa dia. Xde rezekilah..
Mula2 tgk England 1-0 Iran tp tgk jap je. X lama pastu mak ckp dah 3-0... Mlm ni suami suruh orderkan grab lagi.
No comments:
Post a Comment