Saturday, 19 November 2022

PRU15 .. Tak pasti boleh pi ngundi ke tak sebab....

 19/11/2022 Sabtu

Assalamualaikum

Pg ni bgn awal tp tgk2 mak kata hujan start dari pukul 4 tak berhenti lagi. Camne nk ngundi ni? Aku n adik mkn nasi grg mak buat. Bila pukul 7, hjn dh kurang, mak n adik je p ngundi sbb susah nk sorong wheelchair smbil pegang payung. Mcm ssh je nk p ngundi bila kaki sakit... Hmmm

So aku pun tgk astro awani dgn hp..mula2 kt bilik tp bila bosan, aku pelan2 keluar tgk tv. Dlm pukul 8.40 diorang blk. Lps tu adik p kerja. Dlm pukul 10 gitu abg dtg sini sbelum p ngundi kat dewan sebelah stadium kelana jaya. 

Dlm tghari ni perut mula rs sakit tp berak x kluarlah pula. Bila abg blk tu aku tanya..boleh tak tolong tolak wheelchair nk p ngundi. Bila abg kata ok, terus tukar baju. Mak ikut sekali jln kaki p SK Sri Kelana. Dlm pukul 12 kitorang pi. Lama gk tunggu sebab nk isi borang tak payah naik atas saluran 5. Aku tumpang ngundi kt saluran 3. Dlm pukul 1 kami dh smp rumah. Alhamdulillah dpt gak ngundi.

Lps lunch, abg blk rmh sbb mlm ni kak ina blk sini semula. Aku n mak tgk tv analisis pru15 astroawani. Time ni dh brp kali p toilet tp berak kluar sikit sgt wlwpn perut rasa sakit dan sejuk..

Mlm aku tgk perkembangan pru15 kt astroawani. Byk keputusan yg luar jangka.. Dh pukul 2.00 pagi baru tidur sebab x larat nk tunggu. Setakat ni PH dan PN sedang berentap. Result P105 Petaling Jaya x kluar lagi.. Antara 8 parlimen yg masih tak tau result. Mak tidur dengan aku sbb kalau aku tetiba rasa nk p toilet tgh mlm bolehlah kejutkan mak..










No comments:

Post a Comment