Saturday, 22 June 2024

Pembukaan Apple Store TRX dan nasi kandar Zainul.

 22/6/2024 Sabtu

Harini ada pembukaan store pertama Apple di Malaysia. Aku tak tahu pun. Adik lah yang beritahu. Rupanya suami pun tahu juga. Adik awal-awal dah pesan jangan pergi sana sebab mesti ramai orang. 

Pagi tu macam biasalah.. Pi restoran Mak Uda. Ingat nak makan nasi lemak. Bila sampai dalam pukul 7 lebih tu, ingatkan nak makan nasi lemak sebab malam tadi tak makan nasi. Bila nak order tu, lelaki yang ambil order tu kata ada customer lain bagitau yang nasi lemak tak cukup masak. Aku jadi malas nak makan sebab takut sakit perut. So aku pun order air panas dan roti canai kosong je. 

Suami aku tak boleh makan roti canai je. Dia kena makan nasi gak jadi aku ajaklah pi try makan nasi kandar kat restoran viral Nasi Kandar Zainul kat old town. Firdaus dok promot kat group DIB tu yang terasa nak try. Dah lama tak makan kat sini. Lebih 10 tahun kot..masa tu dengan Nini dan Robeena time diorang masih mengajar kat SKSW.

Naik lrt sampai Taman Jaya pastu jalan sikit sampai kompleks makan seksyen 52. Tak ramai orang makan lagi. Terus ambil ayam goreng, kuah campur dengan bendi dan taugeh goreng.  Sedap gaklah. Dalam pukul 9.40 gerak naik lrt sampai stesen Pasar Seni sebab terlajak. Patutnya suami nak p KL Sentral. Ramai gak orang dalam lrt.

Turun lrt, pi mrt pula sampai stesen Bukit Bintang. Sampai sana, masuk ke H&M Lot 10. Suami pusing-pusing dapatlah yang dia berkenan. Baju dark blue long sleeve shirt. Pastu duduklah kat bench dalam tu sambil tengok pemandangan central Bukit Bintang. 

Tak lama pastu kami jalan kaki ke TRX. Suami nk tengok ramai ke orang kat pembukaan Apple store tu. Aku tak bercadang nak masuk pun sebab boikot Apple support Israel. Gila panjang orang beratur nak masuk dalam tu.. 

Kami duduk kat luar tepi taman tu sambil tengok ramai orang pegang kotak putih. Aku teka mesti orang yang beratur awal tu sebab nak dapat free gift. Ada yang duk selfie dengan kotak tu. Rupanya ada beg putih dalam tu. Tulis JOM. Aku pun pelik apalah yang best sangat sampai katanya ada pelancong dari China dah tunggu nak masuk sejak malam tadi. 

Pastu kami masuk dalam TRX. Nampak ramai orang beratur macam ular kena palu. Suami nak masuk dari tepi tu tapi petugas kat situ kata lorong tu untuk orang keluar je. 





Kami pusing-pusing jap dalam TRX tu. Tak lama pastu ingat nak pi jalan TAR tapi bila dah sampai, hujan lah pula jadi plan tu tak jadi. Kami terus balik rumah. 

Sampai kat rumah, adik kata perdana menteri DS Anwar pi makan kat nasi kandar Zainul semalam lepas solat Jumaat kat masjid bulat PJ.

No comments:

Post a Comment