Baru-baru ni ada dua orang rakan sekerja yang sakit lutut dan kaki. Sorang kakak tu tetiba je sakit (macam aku dulu), yang sorang ustazah ni pula sebab jatuh kat tangga.
Aku pula sakit lutut dan kaki ni dah lama... dalam tahun 2022, rasanya bulan Oktober. Pagi tu tengah nak bersiap ke Shah Alam sebab ada kursus bahasa Inggeris. Kursus tu bawah menteri pendidikan masa tu, Dr. Radzi Jidin. Masa nak ambil seluar kat bilik belakang, aku jingkitlah tumit kaki sikit sebab almari tu tinggi. Tengah lunjur tangan nak capai seluar, tetiba.. PRAPPP... aku dengar bunyi kat tempurung kepala lutut dan rasa sakit sangat sampai tak boleh nak gerak langsung. Statik je sambil berdiri. Sakit jangan cakaplah.. Aku panggil mak dan beritahu kaki tak boleh gerak dan lutut sakit sangat.
Pagi tu terpaksa pula pergi kursus kat Shah Alam. Kalau setakat pergi sekolah je, senang sikit sebab boleh call sekolah je. Terpaksa gak naik grab ke hotel . Bila dah sampai sana, nasibaik ada seorang peserta perempuan yang baru sampai dengan motor dengan suami dia. Cikgu tu lah yang tolong papah aku naik tangga untuk ke atas.
Bila dah sakit macam ni, ada gaklah petua atau tips yang orang bagi kat aku. Antaranya ...
Antara petua / tips sakit lutut:
1. Pakai stokin masa tidur. Kalau boleh, setiap masa supaya angin tak masuk dalam badan.
2. Letak bantal di bawah kaki semasa tidur. Yang ni petua dari Erniza..
3. Makan madu. Aku beli Jus Tigas sebab banyak review kat shopee kata elok untuk lutut. Rasanya pun manis-manis kelat.
4. Makan pil Biolife Glucosamine. Pil ni guru besar Puan Asiah yang rekemen. Rupanya dulu pun dia pernah sakit lutut. Beli kat shopee je yang satu pek dapat 3 botol tu murah.
4. Sapu ubat Sacha Inci. Yang ni aku tengok kat facebook. Sejuk je bila sapu kat lutut dan kaki lagipun tak melekit. Pakai setitik pun dah cukup so tahan lama la.
5. Minum air susu Anlene. Disebabkan aku tak minum susu, beli yang coklat punya jelah.
6. Mandi air suam untuk lancarkan peredaran darah.
7. Tuam daun gelenggang yang telah disalai kat lutut yang sakit tu. Mula-mula, tuam daun tu atas bara. Lepas tu bila tak panas sangat, balut dan ikat daun pada lutut. Mak mertuaku yang baik hati tu siap carikan daun ni tolong tuam dan balut sekali. Alhamdulillah rezeki dapat mertua yang baik ni.
8. Minum air panas atau suam. Air sejuk dan ais memang aku pantang betul masa ni. Ini untuk mudahkan peredaran darah.
9. Tuam lutut dan kaki dengan beg air panas. Aku siap beli beg tuam tu kat farmasi. Tak mahal pun. Yang ni doktor fisioterapi kat klinik kesihatan Kelana Jaya yang rekomen.
10. Amalkan baca bacaan untuk sakit lutut. Yang ni aku search kat internet je. Nanti aku paste kat sini link bacaan tu bila sempat.
https://youtu.be/gF1_RdqsfNM?si=e19Ay6NmU1pWLp8O
11. Sapu dan urut-urut air hujan kat lutut masa baca doa atas tadi. Ustaz Kazim kata banyak khasiat air hujan ni untuk kita. Kalau dapat banyak air hujan, boleh masuk kat kolah bilik air.
12. Buat rawatan fisioterapi. Aku buat kat klinik kesihatan Kelana Jaya je. Bayaran pun murah RM1. Mula-mula tu kerap gak la. Bila dah lama tu kena sebulan sekali je. Yang pastinya mesti doktor tu buat rawatan pemanasan laser kat lutut dalam 10 minit. Lepas tu ada beberapa latihan senaman yang kena buat. Doktor ada bagi kertas yang tunjuk senaman tu supaya aku boleh buat kat rumah.
13. Elakkan guna aircond. Kaki dan lutut selalu aku tutup dengan selimut. Sejuk-sejuk ni tak elok untuk badan rupanya.
Sekarang ni alhamdulillah dah ok sikit sakit lutut kiri ni. Semua ni apa yang aku buat dan amalkan je. Takde berkait dengan orang lain. Mungkin ianya berkesan untuk aku dan tidak untuk orang lain. Walaupun masih solat dan qada hajat duduk, oklah dari dulu. Apapun, alhamdulillah aku bersyukur. Mungkin penyakit ini untuk kurangkan dosa kita. Kena selalu redha dan sangka baik dengan Allah.
No comments:
Post a Comment