Saturday, 29 February 2020

Ladap di Bukit Gasing dan perpisahan Puan Asliza

Assalamualaikum,

Pagi 29/2/2020 (Sabtu) kami warga SK Sungei Way berladap di Bukit Gasing. Sampai kat sekolah pukul 6.45 pagi sebab nak tumpang naik kereta Adilla yang sampai lebih kurang  10 minit lepas tu. Setelah tu aku, azri dan Adilla naik ke pejabat untuk ambil mi goreng dan cucur yang telah disediakan untuk pendakian. Lebih kurang pukul 7.05 pagi, guru besar, pn As dan anaknya Azim, ciklan, azri, adilla, hafizah dan anaknya qaseh berkonvoi 2 kereta ke Bukit Gasing.

Sampai di sana lebih kurang pukul 7.15 pagi, tengok2 kereta dah penuh di sepanjang jalan. Tak sangka pulak awal pagi dah banyak gitu kereta. Kami semua scan QR code dan mengaminkan doa dari ustaz Muhammad A'taau sebelum memulakan pendakian pada 8.05 pagi. Denyutan jantungku berdegup lagi sampai boleh dengar ... almaklumlah dan bertahun tak de exercise, dahlah takde warm up pagi tu. Dah sampai kat persimpangan ke titi gantung , aku dan Hafizah bercadang tidak melalui titi tersebut sebaliknya ingin balik terus. Kami bertiga sesat entah ke mana, cuma bila bertemu rakan2 pendakian, kami sempat bertanyakan arah ke entrance bukit gasing. Dalam pada tu, sempat juga bertegur sapa dengan pendaki2 yang baru pertama kali ke sini. Masing-masing sesat tak tahu arah. Akhirnya kami sampai dalam pukul 9.20 pagi. Fuh lega rasanya sampai. Aku terus makan tembikai, cucur dan mi goreng yang disediakan oleh guru besar.


Bergambar dengan semua guru dan AKP SK Sungei Way


Mendengar amanat guru besar


Penatnya... nak rehat jap


Fuhhh! Leganya... akhirnya sampai juga. Penat tak boleh nak kata masa ni.

Dalam pukul 11.00 kami sampai di sekolah. Puan Asliza minta aku temankan dia nak packing2 barang dia sebab Isnin ni dia dah pindah ke SK Assunta 1 sebagai PK Kokurikulum di sana. Rupa-rupanya guru besar nak belanja dia makan, jadi kami bertiga, hafizah, azri dan azian selaku driver kami pada hari tu makan di Nur Balkish di Taman Medan. Makanan aku mi kungfu paling akhir sekali tiba jadi mereka semua terpaksa tunggu akulah. 



Makan-makan untuk meraikan perpisahan Puan Asliza



Bergambar dengan gb, fizah dan anaknya qaseh


Sedapnya mi kungfu... nyum nyum

Sampai di sekolah, aku dan Puan As terus menunaikan solat zohor di surau. Keadaan yang dingin (sebab dah ada aircond baru, hehe) menyebabkan aku dan Pn. As terbaring di situ hingga tertidur lagipun badan dah penat selepas pendakian. Kami terbangun dalam pukul 4.00 petang dan ingin mengambil wuduk. Tengok2 parents Amirul tengah pasangkan langsir baru kat kelas aku 6 Inovatif. Alhamdulillah, terima kasih atas jasa baik mereka hanya Allah yang membalasnya. Lepas solat asar, kami terus packing barang dan susun serta masukkan kertas2 dalam fail2 yang sepatutnya. Sedar tak sedar, dah masuk maghrib. Dalam pukul 8.00 malam, kami bertiga termasuk Azim iaitu anaknya solat di bilik Pn. As. Di tempat parking kereta, kami berborak dan aku memohon maaf sekiranya ada perbuatan yang menguris hati. Pesannya, selalulah mengamalkan solat sunat 2 rakaat selepas solat wajib. Inshaa Allah aku cuba lakukannya. 

Dalam pukul 9.00 malam, aku sampai rumah. Mak kata tan Sri Muhyiddin Yassin telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Lepas solat isyak, mak, adik dan aku makan malam. Lepas tu tengok kat Astro Awani pasal pengumuman Perdana Menteri yang baru. Penat tak hilang, jadi aku pun tidur agak awal dalam pukul 11.00 malam. Dah tak larat nak buka mata. 



No comments:

Post a Comment