Assalamualaikum...
Semalam tak dapat hadir mesyuarat agung pibg sebab awal-awal pagi pergi SMK Taman Sea untuk menduduki peperiksaan CEFRR. Sampai dalam pukul 7.15, so tunggu jela. Masa tu tak ada siapa pun cikgu-cikgu yang dah sampai, awal sangat kot aku. Hmmm tak sempat nak study, kerja sekolah banyak sangat, lagipun takde kursus. Sedih rasanya lepas keluar dewan tu dalam pukul 1.00 petang. Aku redha je. Kat rumah kepala jadi pening dan ngantuk, maklumlah tak tidur study malam tu. Makan sebab dah lapar sangat dan lepas tu tidur. Terbangun sebab panas, terus pening sebab tak puas tidur sejam je.
Kesian kat yah ... sebelum ni ada cakap kat yah nak tolong dia hari Sabtu lepas exam, tapi sebab dah pening dan ngantuk, tak pergi lah sekolah untuk tolong. Nasibaik ada Naj, Pn As dan GB tolong siapkan musolla. Aku doakan dipermudahkan segala urusan yah dan diberi kesihatan kepadanya.
No comments:
Post a Comment