Assalamualaikum...
Hari ni sampai je sekolah, terus buka buku. Konon nak study untuk periksa Muet Sabtu ni. Tak lama pun dapat study sebab tak boleh nak digest semua tu. Berhenti cari budak-budak nak isi kehadiran. Lepas tu isi kehadiran apdm. Nasibaik ingat nak cari nama budak2 sekolah agama, nak buat lampiran surat pelepasan sekolah agama. Nak fotostat takde pula siapa2 yang ada printer, so tertunda la pulak.. Lepas tu order makanan untuk mesyuarat pibg sabtu ni dengan Fara sebab pakdin takde.. Banyak benda dibuat so balik pun dah pukul 5.00 lebih. Tengok tv pastu terlelap.
Malam ni ingat nak buat rph, print rph dan surat kebenaran untuk sekolah agama dah study sikit2 kalau mata larat. Ada majlis tilawah dan hafazan peringkat kebangsaan, dengar sambil borak dengan mak. Oklah nak check blood pressure mak dan urut betis mak.
No comments:
Post a Comment