30 Mac 2020 (Isnin)
Pagi ni berpusing-pusing kepala masa nak bangun sahur sebab tadi tidur 3.00 pagi. Gagahkan diri untuk sahur, solat sunat dan solat subuh. Lepas tu buka youtube dan sms langsung terlelap. Tengok mendung je. Lepas tu macam biasalah tengok berita kat astro awani dan tv1.
Statistik hari ke-13:
Kes : 156 kes
Jumlah kes : 2626 kes
Kematian : 37 orang (pertambahan 3 kes)
Nanti aku sambung balik... daa
Ok sambung balik. Hehehe. Harini tengok youtube je. Aishhhh ada gak doktor yang keluar berjogging time-time PKP ni. Tengok-tengok kat tv doktor tu dah kena hadapkan ke mahkamah tapi macam biasalah orang ada duit ni tak mengaku salah sebab ada kelebihan duit boleh upah peguam.Selain tu aku banyak tengok resipi, malas pula nak tengok fb kecuali nak chat dengan Syuura dan Shukor. Petang tu aku buat bergedil untuk makan dengan soto semalam sebab lupa nak buat. Alhamdulillah kenyang makan soto masa berbuka. Lepas tu solat maghrib dan isyak.
Dalam pukul 9.30 program habis. Dalam pukul 10.00 lebih barulah makan nasi sebab kenyang makan soto tadi. Lepas tu tengok lagi youtube dan whatsapp. Tengok-tengok tengah malam ni ada satu kondo Menara City One, Jalan Munshi kat KL yang kena PKPD. Setakat ni ada 17 kes positif Covid-19 di menara tersebut. Rupanya ramai warga luar negara yang tinggal kat kondo ni. Malam ni tidur awal sikit dalam pukul 12.00 lebih.

No comments:
Post a Comment