Assalamualaikum,
Apa maksud COVID-19? Ianya adalah corona virus disease 2019. Sejak dua tiga hari ni, berita asik tunjuk pasal COVID-19. Semalam keluar kat berita kata peserta yang pergi acara tabligh antarabangsa di masjid Sri Petaling 27 Februari hingga 1 Mac 2020 lepas, dikuatiri penyakit tersebut sebab ada sorang peserta dari Brunei tu didapati positif. Rasanya ramai yang tak nak mengaku tu nanti. Baru je tengok graf kat website KKM tentang statistik tebaru. Malaysia takde kes terbaru hari ni jadi masih 149 kes setakat ni. Yang mendadak naik, kes kat Itali dan Iran. Dalam sehari je ada lebih 100 kematian kat Itali.
Petang ni pula, menteri baru, mantan mufti Wilayah, Dr. Zulkifli Mohamad ada kata kat berita yang solat jumaat kena buat juga kecuali jika didapati mengidap penyakit COVID-19 boleh solat kat rumah.
Tadi cakap dengan guru besar. GB kata tak payahlah buat kelas tambahan cuti sekolah ni. Risau juga sejak kes COVID-19 ni makin merebak. Tak pasal2 je kalau ada apa-apa nanti. Seminggu je pun. Bolehlah tanda kertas periksa dan buat apa yang patut.
Hari ni tak jadi puasa. Balik je rumah terus cari makanan. hehehe... Lepas makan, tengok tv jap pastu terlelap depan tv. Sedar-sedar dah pukul 5.40 petang. Ngantuk sangat kot. Mak kata tadi hujan kejap tapi rasa panas dan berpeluh pula.
No comments:
Post a Comment