Assalamualaikum,
Alhamdulillah harini takde kelas tambahan untuk cuti sekolah. Bolehlah nak rehat-rehat kat rumah. Mak pun tak nak ke pasar tani sebab tengok kat perkembangan Covid-19 yang makin menggerunkan. Lagipun takde apa yang nak dibeli. Selalunya orang ramai kat pasar, jadi kemungkinan ada jangkitan tetap ada. Kes terbaru ni diberitakan dari kluster jemaah Ijtimad Tabligh di masjid Seri Petaling. Tengok kat berita, harini kes terbanyak iaitu 41 kes menjadikan 241 kes setakat 14 Mac 2020.
Kalau nak tengok tentang kes Covid-19 boleh tengok kat website ni : http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
Harini panas, so badan rasa ngantuk je. Tengah hari pun tak makan sebab tidur. Bangun-bangun tengok adik dah pergi kerja. Nasib baik tak puasa, kalau tak mesti tak larat ni. Petang tak rasa nak makan nasi so makan burger jelah. Keluarkan berger awal, so dapatlah makan petang ni.
No comments:
Post a Comment