Wednesday, 22 April 2015

Majlis pelancaran membaca PSS

Assalamualaikum..

23 April 2015 (Khamis)

Pagi ni ngajar 4a quotation marks. Lepas tu dapat tau ada Majlis pelancaran membaca di dewan so budak2 rehat awal.

Poster care for our environment

Assalamualaikum..

22 April 2015 (Rabu)

Not much activities to post for this day. Hari ni nampak Syuura buat kad untuk budak2 Rotary Kasih. Untuk dua-dua 4a dan 4b, aku suruh budak2 ni buat poster berdasarkan tajuk Care for our environment. Untuk 6b, aku suruh budak2 buat paper 2 section A sebab tak cukup masa. Lepas sekolah ada aktiviti ko kurikulum. Tunggu sampai ngantuk. Mula2 tu ko kurikulum unit uniform puteri islam, aktiviti menyalin tatacara perjumpaan, ikrar murid dan aktiviti untuk perjumpaan seterusnya. Lepas tu sukan bola jaring, hari ni panas tul. Balik kul 4.30 memang letih gila. Borak dengan Fizah tentang board MBMMBI, dia tampal kat sana. Sampai kat rumah, memang penat lah. Terlelap sambil duduk kat sofa.

Tuesday, 21 April 2015

Majlis pelancaran Kinwanis

Assalamualaikum..

21 April 2015 (Selasa)

Pagi ni ada pelancaran Kinwanis, so aku tolong2 kat Bilik Wawasan sebab jadi AJK makanan. Nasibaik ada budak2 lelaki 6b boleh suruh mereka angkat barang2 dari kantin ke bilik wawasan. Maklumlah benda2 tu berat. Aku, Shilla dan Jo serta kak Mas sediakan apa yang patut. Lepas tu terus mengajar 6b essay writing. Lepas rehat ada majlis Kinwanis di dewan. Meriah gak ... ada masa nanti aku post gambar. Ada wakil dari KPMJ yang memberi penerangan tentang pemakanan ... terkejut tengok bilangan gula kat air kita..Lepas tu masuk 4a dan 4b aku suruh buat poster bertajuk 'Care for our environment'.

Sunday, 19 April 2015

Puasa 1 Rejab dan perhimpunan PK Kokurikulum baru

Assalamualaikum...

20 April 2015 (Isnin)

Hari ni 1 Rejab, so aku pun puasa lah. Pagi ni perhimpunan pertama untuk PK Koku yang baru. Nampak dia awal2 dah arahkan budak2 susun kerusi guru. Pelik gak tengok Pn Salmah turun pagi ni. Lepas tu ada pengumunan anak angkat murid-murid LINUS untuk semua guru. Aku tak dapat pulak anak angkat. Lambat pulak habis, so masuk 6b lambat dalam pukul 8.20. Dah rugi masa...dapatlah buat separuh essay section C. Lepas tu kat 4b, suruh budak2 menyalin sementara aku hias kelas tu. Lepas rehat di kelas 4a, aktiviti listening and speaking pulak. Balik awal sebab nak bayar kereta kat maybank. Harini tak lama menunggu. Lepas tu pergi ke Hero dan Giant kecik... mula tu ingat nak baiki kasut tapi orang baiki tu kata memang tak boleh nak buat apa dah so terus je buang. Penatnya rasa hari ni. Maghrib berbuka puasa terus tak makan dah lepas tu. Malam ni ada pertandingan musabaqah peringkat kebangsaan. Sempat lagi bercb malam ni.

Airbornefm chat

Assalamualaikum...

19 April 2015 (Ahad)

Pagi ni mak buat nasi lemak. Malas nak tengok tv. Tengok2 DJ Dunia dah approvekan fb airborne tu tapi tak dapat dengar dia onair sebab nak hantar adik balik. Lepas hantar tu mak ajak p Hero dan Giant. Bila hantar kasut wedges tu, orang baiki tu kata tak leh baiki dah so aku terus buang. Nak balik tu beli chicken wings, rojak mamak dan cendol. Nyum nyum sedap dah lama tak makan chicken wing dan cendol. Ok gak rasanya.

Malam tu in fb dulu sebab nak tengok leh masuk group chat kat fb tu tak. Rupanya boleh...hahaha. Malam ni takde sape masuk sahabat..hmmm. Chat sampai kul 12 sebab dah tak larat mata.

Friday, 17 April 2015

Hmmm..

Assalamualaikum..

18 April 2015 (Sabtu)

Pagi ni mak ajak pergi Hero, katanya nak beli tembikai nak buat air tembikai untuk adik sebab petang ni adik nak datang. Chating punya pasal, pergi lambat... tapi ok gak takde la ramai orang pun. Lepas tu pergi Giant kecil pulak...bila balik baru teringat nak baiki kasut wedges so malas la nak pusing balik. Then petang tu pergi ambil adik kat rumah dia. Hujan baru nak turun...sampai kat rumah terus lebat. Malam tu masuk gak la kat cb...sahabat, kampung dan airborne. Pagi tadi dah whatsapp kat Dj Dunia nak dua lagu, tak sangka lak harini dia masuk. Sempat lah dengar lagu aku request tu. Kat sahabat ada nana, kassim, hekal, odd, emon dan pel. Best gak sebab ramai sikit orang, kat kg pun ramai yang login malam ni. Carlos and the gang ada pulak malam ni. Tapi kul 12 lebih tu stop lah sebab mata dah ngantuk. Malam tu whatsapp dan fb dengan Bro Ruls, dia ajak masuk grup chat kat fb. Aku kata la tak reti nak buat camne. Dia kata nanti dia bagitau kat Dj Dunia.

Thursday, 16 April 2015

Pelancaran VLE Frog dan sesi mengambil gambar

Assalamualaikum...

17April 2015 (Jumaat)
Hmm... Hari ni ada majlis pelancaran VLE Frog. Memang tak sempat nak isi semua tu lagi. Need to settle down what is important first before doing anything else. PK koko baru tu duduk kat sebelah la pulak so berborak dengan dia pasal frog dan koko. Asyuura yang duduk sebelah kanan pun ada menyelit sikit2 apa yang patut. Lepas abis perasmian tu, ke 4a. Login kan frog untuk Salman dan Nizam sebab diorang ada internet di rumah. Yang lain-lain tu aku tunjuk je sebab tak cukup masa. Rehat tu aku kat sana... mana lah nak tau cikgu2 ni amik gambar masa tu.

Lepas tu cuba belajar sikit2 camne nak masukkan benda kat dalam frog. Di 6b pun ajar section a je sebab 30 minit je. Lepas abis kelas, terus ke Pra sekolah dengan kak fid sebab diorang buat jamuan makan2. Ada nasi minyak dan kek. Diorang suruh bergambar. Nak balik tu aku tapau ayam goreng. Sempat belajar sikit pasal frog dengan Yati. Balik awal gak dalam kul 3 lebih. Penat semacamlah pulak.

Malam tu in cb tapi cam bosan la pulak. Kat sahabat ada nana, odd. hekal dan kassim je. Kat kg, carlos ada .... adoi sabar jela budak tu. Tak abis2 perangai dia tu. Apek macam biasa kat wasap.. tak ngantuk dia ni. Malam tu hujan lebat dalam kul 11 lebih. Nampak ada kereta depan rumah kak Salmah...ingatkan takde orang tapi nampak de lelaki.

Monday, 13 April 2015

Peninggggg

Assalamualaikum...

13 April 2015 (Isnin)
Bangun pagi ni memang terasa pening, lepas mandi sempat tidur 10 minit so lambat sikit la sampai sekolah. Nasibaik perhimpunan tak start lagi. Rupanya leney kena p kursus 3 hari kat sk kelana jaya 1. De 3 orang cikgu praktikal mulai hari ni, sorang lelaki dan 2 perempuan. Mula2 kat 6b lepas tu 4b. Kepala dah berdenyut2. Lepas tu sempat tidur jap kat spbt. Masuk 4a rasa lagi teruk. So harini aku balik sharp on time, kul 1.30. Lepas makan terus tidur tu, sebab tak tertahan pening, ngantuk dan angin. Nasibaik tak muntah. 3 jam tu terlelap lepas sapu minyak angin. Lepas bangun tu basuh kepala rasa ok la. Then makan laksa sebab mak baru masak. Malam chat jap sebelum tidur. Ingat nak tidur awal la nak cover yang tak cukup tu.

Sunday, 12 April 2015

Giant, Hero dan rumah abang

Assalamualaikum..

12 April 2015 (Ahad)
Pagi ni plan pergi giant lak dengan mak tapi sempat tengok Nasi lemak kopi o dulu. Sampai sana kul 10 dah. Tengah promosi Murah Giler..banyak jual air botol RM1. Beli barang2 nak buat char kue teow dan laksa. Pastu pergi pulak Hero dan terus ke rumah abang sebab mak nak hantar barang2. Petang asik chating sampai kilat petir pun chat lagi tapi guna bateri lah lappy ni. Malam tengok tv gitu baru teringat tak buat lagi rph. Sambil2 chat kat tagged dan cb sahabat, sempat buat rph. Disebabkan tak tidur petang dah mengadap lappy lama sangat, kepala jadi pening.

Bersoping di mydin

Assalamualaikum...

11 April 2015 (Sabtu)

Harini awal2 pagi dah siap2 nak ke mydin sampai terlupa nak sarapan. Sebelum tu tengok Nasi lemak kopi o dulu. Sampai sana kul 9 lebih. Ramailah orang. Rasanya lepas gst memang ramai orang p mydin sebab takde gst kat situ. P beli nasi kerabu kat medan selera mydin, tengok harga takde la murah sangat. Kuih pun 60sen sebiji. Lepas tu terus p kedai kasut jual baju kat Kg Melayu Subang. Try tapi takde baju yang berkenan. Petang tu p pasar malam agak lewat dalam kul 6.40. Dah tak ramai penjual la pulak. Beli sate dan air kelapa muda je. Lepas solat, terus makan sate. Malam tu tak tengok bola, malas. In cb sampai kul 1.30 rasanya.

Friday, 10 April 2015

Stimbot di Seoul garden

Assalamualaikum..

10 April 2015 (Jumaat)
Pagi ni sampai lambat kat sekolah sebab sakit perut lagi. Masa sampai tu budak2 dah nak masuk kelas, so terus bagi kat Ida 4a periuk nak buat prop untuk berlakon nanti. Lepas tu denda budak2 4b sebab nak bagi diorang ingat jangan berkeliaran masa cikgu takde. Suruh diorang berdiri kat tepi kelas je pun pastu suruh diam. Lepas tu suruh mereka bersihkan kelas dan susun meja 2 minit. Sempat je buat, cuma malas je mereka tu. Lepas tu sempatlah buat rph jap lepas tu ada kelas 4a. Sempatlah group 1 dan group 2 berlatih dan berlakon, aku amik video. Tak sangka pulak Puan Jaihan call, dia bagitau bulan 8 nanti anak lelaki sulung dia kawin. Selain tu dia tanya pasal persaraan Mr. Thiru. Lama gak borak. Lepas tu kat bilik guru, amik coklat daim kat tempat Farhana, GB bagi. Then minta Jaja ajar pasal vle frog. Kat kelas 6b sempat lagi bebel dengan budak2 ni.

 

Mula-mula tu cakap dengan rau, ingat nak p kedai baju kat subang tu. Then dia ajak pulak. Lepas tu Leney lak call ajak pergi Seoul Garden makan stimbot. Segan gak sebab tak pernah makan n mahal pulak tu. Leney kata takpe...makan je. Lama berborak dan bergelak sakan baru nak keluar dari situ. Ntah2 mesti marah orang2 kat Seoul garden... dalam hati duk kata, bilalah perempuan ni semua nak balik? Ekekeke... Lepas tu pergi Kaizon pulak, beli perfume nak letak dalam kereta dan barang2 sekolah. Kul 6 lebih baru balik.. nasibaik petang ni tak hujan.

Wednesday, 8 April 2015

Hari pelancaran rotary kasih

Assalamualaikum..

8 April 2015 (Rabu)

Tiga hari berturut2 ada event kat sekolah, patutlah badan penat je. Harini ada pelancaran rotary kasih pulak. Aku jadi AJK makanan gak macam kelmarin. Makanan semua kantin masak so takde la kerja banyak sangat. Ada nasi lauk kari ayam dan sayur campur, air sarsi dan buah tembikai. Sebelum tu ada karipap, lepat pisang, air nescafe dan teh o. Puan Salmah turun pulak time ni. Bagus gak Thiru dah takde ni. Rauzita pakai spek hitam sebab sakit mata lagi..rajin dia datang walaupun dapat cuti 2 hari. Nampak seronok orang-orang Rotary hari ni, diorang siap bagi epal lepas upacara perasmian kad rotary kasih yang mana setiap murid dapat guna RM5 tiap2 hari di kantin atau bookshop.

Lepas sekolah, aku ganti kelas tambahan Mani sebab dia nampak tak sihat. So aku tidurlah dulu dalam pukul 1.30 sampai 2.30 petang. Haha sempat tu tidur.. Almaklum rasa penat sangat. Lepas tu bangun rasa ngantuk lagi so kena basuh muka sebelum masuk kelas.

Hari pelancaran minggu panitia bahasa inggeris

Assalamualaikum...

7 April 2015 (Selasa)


Harini pagi2 minta Jo jadi MC kat majlis pelancaran minggu panitia BI. Tak reti la nak jadi MC  ni. Aku pun tolong erniza potong2 abjad nak tampal pada board gimik. Well, semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Puan Salmah merasmikan sebab GB takde lagi dia masih kat Sarawak sebab suami dia sakit. Last sekali kak mas bagi semua budak2 epal merah. Petang tu balik awal sebab rasa penat. Lagipun Leney takde.


 

Sunday, 5 April 2015

Majlis persaraan PK Ko Kurikulum

Assalamualaikum..

6 April (Isnin)
Pagi ni Azian berucap masa perhimpunan. Dia membacakan sajak... budak2 pun senyap je masa tu...dengan alunan muzik yang membuai rasa, ada gak rasa nak tidur. Hahaha... masa tu sempat tengok persiapan pentas kat dewan. Lepas tu ada kelas 6b tapi ramai takde sebab budak2 perempuan ada yang masuk pertandingan bola jaring. Lepas tu ada kelas 4a pulak. Lepas rehat terus pergi kat bilik wawasan sebab jadi AJK makanan. Tunggu sambil borak2 dengan Jo dan syura pra sementara orang katering tu bawa makanan. Mesti budak yang hantar makanan tu bosan dengar kami berborak kuat2. Cikgu mat kata kali ni katering baru sebab ada beriani kambing, sekepala rm15. Lepas abis budak tu letak semua barang2 makanan, minuman dan peralatan dia, kami pun keluar. Aku tengok kak fid memang boikot tul la. Kak mas kebetulan takde sebab suami dia sakit, Leney pun takde sebab anak sakit. (Teringat apa jadi kat grup wasap semalam, Leney sampai left group). Dah abis tu, semua cikgu pergi makan kat bilik wawasan. psssttt nanti2lah baru letak gambar, ngantuk ni.

Saturday, 4 April 2015

Maaf lambat update .... 'Judi moden' di tv9

Assalamualaikum..

2 April (Khamis)
Harini ada Ceramah Petrosains dari Petronas. So aku ngajar setengah jam je 4b lepas tu mereka ke dewan nak dengar ceramah. Nampaklah budak2 seronok sebab ada game dan hadiah. Kesian pulak Fizah jaga budak sorang2. Biasalah, budak2 kan bising. Group Mydin kalau dah berkumpul, memang bising dan gaduhlah. Lepas sekolah, rau ada ajak pergi Jakel dengan kak fid dan fizah sebab fizah nak beli kain tapi tak dapat nak ikut sebab ada kelas tambahan 2 jam, ganti mani dia kursus kssr maths tahun 6.

3 April (Jumaat)
Dalam whatsapp Jaja ada pesan supaya onlinekan balik VLE Frog sebab kalau tak online, takut nanti kena blok terus. Then, masuk kat iThink dan print baucer tapi tak dapat bagi kat guru besar sebab dia takde, puan dah ke Langkawi. Lepas sekolah, ajak rau dan kak fid pergi butik Lily dan JPJ sebab nak renew lesen memandu. Tak beli apa-apa pun kat butik Lily sebab bawa rm200 je, takut nanti tak cukup duit kat JPJ nanti sebab gst. Rau tak beli kat sana tapi beli kat kedai Kawanku. Masa nak pergi ke JPJ tu, berpusing2 gak la nak cari bangunan tu sebab banyak jalan dah jadi sehala je. Sampai JPJ kul 2.10 tapi kaunter buka la pulak. Ingatkan Jumaat diorang tutup masa lunch. Agaknya sebab tak boleh renew lesen kat pejabat pos. Mula2 tu berdiri tapi nasibaik dapat tempat duduk sebelah rau dapatlah borak2 sebab terlupa nak bawa henpon. Kak fid sampai tertidur sebab lama sangat tunggu. Finally sejam lebih dapat lah lesen memandu baru. Alhamdulillah.

4 April (Sabtu)
lok ching atau sate ikan
Kem bestari solat pertama untuk tahun ni. Aku kena jadi facilitator 4b untuk slot pertama 8.00 - 9.30 pagi. Ajar doa lepas wuduq. Ramai gak yang datang, 20 orang kira ramai la gak. Ada 3 orang yang masih takde buku latihan dari tahun lepas...hmmm. Aku tak leh nak kata apa. Mak ayah tak nak bagi duit untuk beli buku, kita takkan nak marah budak pulak kan? Lepas abis tu, ada pot luck nasi kerabu kat bilik guru. Selain nasi kerabu, ada abc, air limau kasturi asam boi dan lok ching. Nampak ada mesin hancur abc, rupanya syahidan punya. Macam best je kalau ada, harga RM280.


           
    
           
 
Malam ni gerhana bulan penuh. Sempat lah tengok masa hantar adik balik rumah dia. Lepas sampai rumah, tengok astro awani pasal helikopter terhempas kat Semenyih. Rupanya antara 6 orang yang terkorban tu bekas menteri Datuk Dr. Jamaludin Jarjis dan ketua setiausaha sulit perdana menteri lepas mereka balik dari kenduri anak PM kawin di Pekan petang tu.

5 April (Ahad)
Hmm... dah lama kan tak sempat berblog.... bz sangat sampai tak sempat nak online. Harini awal2 dah buat teh o, nak minum dengan pulut kuning.

Lepas tu tengok tv9 Nasi lemak kopi o ada Dr. Zaharuddin. Beliau membincangkan topik Judi Moden. Kriteria sesuatu pertandingan yang menentukan ianya judi atau tidak:
1. terdapat unsur duit atau pembayaran untuk menyertai atau masuk pertandingan
2. pemenang akan dapat semua duit dari kekalahan orang lain




Rupanya judi ada 2 jenis.
1. judi yang biasa kita nampak - macam kat kasino, poker sebagainya
2. judi yang tak nampak

Antara jenis judi yang kita tak perasan:
1. Pertandingan memancing - ianya dikira judi sebab kena bayar kalau nak masuk dan pemenang akan dapat semua duit dari peserta yang kalah
2. pertandingan futsal - sekiranya ada 5 team dan semua team bayar rm100, pemenangnya dapat Rm500 manakala team lain tak dapat apa2. Terdapat pengecualian kalau semua team berkongsi duit untuk membayar sewa tempat futsal tu. Selain tu, kalau ada orang lain yang sponsor duit atau piala pada pertandingan tu so tidak dikira judi.