Saturday, 4 April 2015

Maaf lambat update .... 'Judi moden' di tv9

Assalamualaikum..

2 April (Khamis)
Harini ada Ceramah Petrosains dari Petronas. So aku ngajar setengah jam je 4b lepas tu mereka ke dewan nak dengar ceramah. Nampaklah budak2 seronok sebab ada game dan hadiah. Kesian pulak Fizah jaga budak sorang2. Biasalah, budak2 kan bising. Group Mydin kalau dah berkumpul, memang bising dan gaduhlah. Lepas sekolah, rau ada ajak pergi Jakel dengan kak fid dan fizah sebab fizah nak beli kain tapi tak dapat nak ikut sebab ada kelas tambahan 2 jam, ganti mani dia kursus kssr maths tahun 6.

3 April (Jumaat)
Dalam whatsapp Jaja ada pesan supaya onlinekan balik VLE Frog sebab kalau tak online, takut nanti kena blok terus. Then, masuk kat iThink dan print baucer tapi tak dapat bagi kat guru besar sebab dia takde, puan dah ke Langkawi. Lepas sekolah, ajak rau dan kak fid pergi butik Lily dan JPJ sebab nak renew lesen memandu. Tak beli apa-apa pun kat butik Lily sebab bawa rm200 je, takut nanti tak cukup duit kat JPJ nanti sebab gst. Rau tak beli kat sana tapi beli kat kedai Kawanku. Masa nak pergi ke JPJ tu, berpusing2 gak la nak cari bangunan tu sebab banyak jalan dah jadi sehala je. Sampai JPJ kul 2.10 tapi kaunter buka la pulak. Ingatkan Jumaat diorang tutup masa lunch. Agaknya sebab tak boleh renew lesen kat pejabat pos. Mula2 tu berdiri tapi nasibaik dapat tempat duduk sebelah rau dapatlah borak2 sebab terlupa nak bawa henpon. Kak fid sampai tertidur sebab lama sangat tunggu. Finally sejam lebih dapat lah lesen memandu baru. Alhamdulillah.

4 April (Sabtu)
lok ching atau sate ikan
Kem bestari solat pertama untuk tahun ni. Aku kena jadi facilitator 4b untuk slot pertama 8.00 - 9.30 pagi. Ajar doa lepas wuduq. Ramai gak yang datang, 20 orang kira ramai la gak. Ada 3 orang yang masih takde buku latihan dari tahun lepas...hmmm. Aku tak leh nak kata apa. Mak ayah tak nak bagi duit untuk beli buku, kita takkan nak marah budak pulak kan? Lepas abis tu, ada pot luck nasi kerabu kat bilik guru. Selain nasi kerabu, ada abc, air limau kasturi asam boi dan lok ching. Nampak ada mesin hancur abc, rupanya syahidan punya. Macam best je kalau ada, harga RM280.


           
    
           
 
Malam ni gerhana bulan penuh. Sempat lah tengok masa hantar adik balik rumah dia. Lepas sampai rumah, tengok astro awani pasal helikopter terhempas kat Semenyih. Rupanya antara 6 orang yang terkorban tu bekas menteri Datuk Dr. Jamaludin Jarjis dan ketua setiausaha sulit perdana menteri lepas mereka balik dari kenduri anak PM kawin di Pekan petang tu.

5 April (Ahad)
Hmm... dah lama kan tak sempat berblog.... bz sangat sampai tak sempat nak online. Harini awal2 dah buat teh o, nak minum dengan pulut kuning.

Lepas tu tengok tv9 Nasi lemak kopi o ada Dr. Zaharuddin. Beliau membincangkan topik Judi Moden. Kriteria sesuatu pertandingan yang menentukan ianya judi atau tidak:
1. terdapat unsur duit atau pembayaran untuk menyertai atau masuk pertandingan
2. pemenang akan dapat semua duit dari kekalahan orang lain




Rupanya judi ada 2 jenis.
1. judi yang biasa kita nampak - macam kat kasino, poker sebagainya
2. judi yang tak nampak

Antara jenis judi yang kita tak perasan:
1. Pertandingan memancing - ianya dikira judi sebab kena bayar kalau nak masuk dan pemenang akan dapat semua duit dari peserta yang kalah
2. pertandingan futsal - sekiranya ada 5 team dan semua team bayar rm100, pemenangnya dapat Rm500 manakala team lain tak dapat apa2. Terdapat pengecualian kalau semua team berkongsi duit untuk membayar sewa tempat futsal tu. Selain tu, kalau ada orang lain yang sponsor duit atau piala pada pertandingan tu so tidak dikira judi.

No comments:

Post a Comment