Friday, 10 April 2015

Stimbot di Seoul garden

Assalamualaikum..

10 April 2015 (Jumaat)
Pagi ni sampai lambat kat sekolah sebab sakit perut lagi. Masa sampai tu budak2 dah nak masuk kelas, so terus bagi kat Ida 4a periuk nak buat prop untuk berlakon nanti. Lepas tu denda budak2 4b sebab nak bagi diorang ingat jangan berkeliaran masa cikgu takde. Suruh diorang berdiri kat tepi kelas je pun pastu suruh diam. Lepas tu suruh mereka bersihkan kelas dan susun meja 2 minit. Sempat je buat, cuma malas je mereka tu. Lepas tu sempatlah buat rph jap lepas tu ada kelas 4a. Sempatlah group 1 dan group 2 berlatih dan berlakon, aku amik video. Tak sangka pulak Puan Jaihan call, dia bagitau bulan 8 nanti anak lelaki sulung dia kawin. Selain tu dia tanya pasal persaraan Mr. Thiru. Lama gak borak. Lepas tu kat bilik guru, amik coklat daim kat tempat Farhana, GB bagi. Then minta Jaja ajar pasal vle frog. Kat kelas 6b sempat lagi bebel dengan budak2 ni.

 

Mula-mula tu cakap dengan rau, ingat nak p kedai baju kat subang tu. Then dia ajak pulak. Lepas tu Leney lak call ajak pergi Seoul Garden makan stimbot. Segan gak sebab tak pernah makan n mahal pulak tu. Leney kata takpe...makan je. Lama berborak dan bergelak sakan baru nak keluar dari situ. Ntah2 mesti marah orang2 kat Seoul garden... dalam hati duk kata, bilalah perempuan ni semua nak balik? Ekekeke... Lepas tu pergi Kaizon pulak, beli perfume nak letak dalam kereta dan barang2 sekolah. Kul 6 lebih baru balik.. nasibaik petang ni tak hujan.

No comments:

Post a Comment