Sunday, 19 April 2015

Puasa 1 Rejab dan perhimpunan PK Kokurikulum baru

Assalamualaikum...

20 April 2015 (Isnin)

Hari ni 1 Rejab, so aku pun puasa lah. Pagi ni perhimpunan pertama untuk PK Koku yang baru. Nampak dia awal2 dah arahkan budak2 susun kerusi guru. Pelik gak tengok Pn Salmah turun pagi ni. Lepas tu ada pengumunan anak angkat murid-murid LINUS untuk semua guru. Aku tak dapat pulak anak angkat. Lambat pulak habis, so masuk 6b lambat dalam pukul 8.20. Dah rugi masa...dapatlah buat separuh essay section C. Lepas tu kat 4b, suruh budak2 menyalin sementara aku hias kelas tu. Lepas rehat di kelas 4a, aktiviti listening and speaking pulak. Balik awal sebab nak bayar kereta kat maybank. Harini tak lama menunggu. Lepas tu pergi ke Hero dan Giant kecik... mula tu ingat nak baiki kasut tapi orang baiki tu kata memang tak boleh nak buat apa dah so terus je buang. Penatnya rasa hari ni. Maghrib berbuka puasa terus tak makan dah lepas tu. Malam ni ada pertandingan musabaqah peringkat kebangsaan. Sempat lagi bercb malam ni.

No comments:

Post a Comment