Assalamualaikum...
17April 2015 (Jumaat)
Hmm... Hari ni ada majlis pelancaran VLE Frog. Memang tak sempat nak isi semua tu lagi. Need to settle down what is important first before doing anything else. PK koko baru tu duduk kat sebelah la pulak so berborak dengan dia pasal frog dan koko. Asyuura yang duduk sebelah kanan pun ada menyelit sikit2 apa yang patut. Lepas abis perasmian tu, ke 4a. Login kan frog untuk Salman dan Nizam sebab diorang ada internet di rumah. Yang lain-lain tu aku tunjuk je sebab tak cukup masa. Rehat tu aku kat sana... mana lah nak tau cikgu2 ni amik gambar masa tu.
Lepas tu cuba belajar sikit2 camne nak masukkan benda kat dalam frog. Di 6b pun ajar section a je sebab 30 minit je. Lepas abis kelas, terus ke Pra sekolah dengan kak fid sebab diorang buat jamuan makan2. Ada nasi minyak dan kek. Diorang suruh bergambar. Nak balik tu aku tapau ayam goreng. Sempat belajar sikit pasal frog dengan Yati. Balik awal gak dalam kul 3 lebih. Penat semacamlah pulak.
Malam tu in cb tapi cam bosan la pulak. Kat sahabat ada nana, odd. hekal dan kassim je. Kat kg, carlos ada .... adoi sabar jela budak tu. Tak abis2 perangai dia tu. Apek macam biasa kat wasap.. tak ngantuk dia ni. Malam tu hujan lebat dalam kul 11 lebih. Nampak ada kereta depan rumah kak Salmah...ingatkan takde orang tapi nampak de lelaki.
No comments:
Post a Comment