Assalamualaikum..
6 April (Isnin)
Pagi ni Azian berucap masa perhimpunan. Dia membacakan sajak... budak2 pun senyap je masa tu...dengan alunan muzik yang membuai rasa, ada gak rasa nak tidur. Hahaha... masa tu sempat tengok persiapan pentas kat dewan. Lepas tu ada kelas 6b tapi ramai takde sebab budak2 perempuan ada yang masuk pertandingan bola jaring. Lepas tu ada kelas 4a pulak. Lepas rehat terus pergi kat bilik wawasan sebab jadi AJK makanan. Tunggu sambil borak2 dengan Jo dan syura pra sementara orang katering tu bawa makanan. Mesti budak yang hantar makanan tu bosan dengar kami berborak kuat2. Cikgu mat kata kali ni katering baru sebab ada beriani kambing, sekepala rm15. Lepas abis budak tu letak semua barang2 makanan, minuman dan peralatan dia, kami pun keluar. Aku tengok kak fid memang boikot tul la. Kak mas kebetulan takde sebab suami dia sakit, Leney pun takde sebab anak sakit. (Teringat apa jadi kat grup wasap semalam, Leney sampai left group). Dah abis tu, semua cikgu pergi makan kat bilik wawasan. psssttt nanti2lah baru letak gambar, ngantuk ni.
No comments:
Post a Comment