Baru je terbaca artikel kat facebook ni tentang kelebihan surah ni jika terdapat 'gangguan'. Seeloknya masa maghrib tu masuklah ke dalam rumah. Ni website dan artikelnya...
https://www.youtube.com/watch?v=CXnf9jOtnw0&feature=share
Dari petang semalam baby Najma meragam. Tak nampak macam sakit. Tapi macam kena 'gangguan'.
Geramnya bila fikirkan mungkin ini gara-gara abang-abangnya yang riuh main di luar rumah waktu matahari sedang tegak atas kepala. Azan Zohor pun mereka masih di luar.
Ustaz pesan, 2 waktu jin dan syaitan aktif berkeliaran ialah waktu menjelangnya Maghrib dan Zohor. Sebaik-baiknya ketika ini, kita duduk dalam rumah atau tempat tertutup. Kunci pintu.
Apatah lagi kalau ada baby. Baby paling mudah terkesan dengan gangguan.
Najma tak menangis meraung-raung tapi resah gelisah dan asyik merengek. Tidur pun sekejap-sekejap saja. Pengalaman besarkan 7 orang anak buat saya faham.. ini 'gangguan'.
Terkumat kamit mulut kami bacakan 'ayat' itu ini untuk menenangkannya.
"Pasangkan ayat-ayat ruqyah tu, Yang." Pesan suami.
Alhamdulillah. Walaupun banyak kali juga Najma terjaga dan merengek malam tadi tapi sempat juga saya mencicip rehat sepicing dua.
Tapi jam 5 pagi dia 'buat perangai' semula. Dah disusukan masih tak mahu lena seperti hari-hari yang biasa.
Azan Subuh berkumandang. Suami dah naik ke bilik atas untuk solat. Anak-anak yang lain masih tidur dan saya perlu kejutkan mereka untuk solat. Tapi saya sendiri belum boleh 'lepaskan diri' dari rengekan Najma. Buntu!
Tiba-tiba Allah ilhamkan sesuatu. Allahu.. macam manalah saya boleh lupa ikhtiar yang satu ini!
Saya capai handphone dan buka video Asmaul Husna ini di Youtube. Bagi Najma tengok. Dia diam. Ralit menonton.
Alhamdulillah saya bukan saja sempat solat Subuh, bahkan solat sunat dan berdoa. Sempat pula naik ke tingkat atas kejutkan anak-anak dan berbual sepatah dua dengan mereka tentang perancangan kami hari ini.
Masuk bilik Najma, nampak dia sedang senyum-senyum saja. Saya usik pun dia dah boleh ketawa! Subhanallah. Riak wajahnya dah kembali macam biasa. Alhamdulillah. Lega sangat!
Kawan-kawan, pagi ni saya nak kongsikan video ini. Ini video Asmaul Husna yang agak berbeza dari biasa. Alunannya lembut dan memujuk. Kalau tengok seorang diri dan waktu sunyi, memang boleh menangis!
Dulu bila Hadif Ihsan aktif semacam asyik nak main dan tak nak tidur, saya akan mainkan video ini. Dia akan ralit tengok dan biasanya lepas tu mata dia mula berat dan tertidur.
Kawan-kawan cubalah save video ini. Mungkin diperlukan nanti. Bila kita sedih, bila anak-anak meragam, cuba mainkan. Insya-Allah kita percaya pada khasiat Asmaul Husna itu sendiri. Dan irama pada lagu yang mendayu ini pun cukup menenangkan hati.
Saya menaip status ini bertemankan dengkuran kecil Najma. Lena betul dia kali ni. Alhamdulilah.
Semoga bermanfaat.
❤

insha allah nanti ite cuba save video ini
ReplyDeleteDapat tengok youtube tu tak?
Delete