Sunday, 24 December 2017

Kursus haji minggu ke 4, ITM Shah Alam dan Butik Ustazah

Assalamualaikum...

Semalam pergi lagi kursus haji kat Tabung Haji Kelana Jaya untuk minggu ke 4 dari 9 - 11 pagi dengan mak, abang dan kakak ipar. Dah habis, abang dan kakak ipar datang makan pulut kuning dengan sambal bilis (pedas betul cilikering kali ni sampai habis teh o) dan nasi goreng. Sebelum mereka balik, adik dah keluar dulu.




Bila semua dah keluar, aku dan mak siap2 nak pergi kenduri 2 orang anak Puan Norjaihan kawin kat Dewan Sri Budiman, ITM Shah Alam (dah biasa sebut ITM, susah tul nak tukar ke UiTM) Janji jumpa Rau kat Mcdonald seksyen 2. Pusing2 gak la cari last2 jumpa. Ntah nape waze tu gelap tapi suara dia masih ada...hmmm. Kat situ aku dan mak naik kereta Rau.



Mula-mula tu terpergi la pulak kat Hotel ITM lepas tu pusing2 gak la kat dalam ITM tu sebab dah lama tak masuk (tahun 2000 kot last masuk sini) Sampai situ, Puan Norjaihan kata Cikgu Mat dan Zul dah sampai tadi. Masuk dalam dewan, aku terkenang konvo dua kali kat sini, diploma dan ijazah. Yang tak leh lupa, arwah abah akan cuba masuk paling awal sebab nak dapatkan tempat duduk depan dan tengah tu. Abah senyum bangga masa tu, tak kira konvo diploma atau ijazah, aku rasa terharu dengan pengorbanan abah dan mak. Rindu rasanya dengan kenangan tu..(al Fatihah untuk arwah)

Masa nak tunggu turn ambil askrim kon, dengar la ada sorang pakcik ni komplen kat budak jaga air tu. Katanya air sirap tu manis sangat, dah la air mineral takde. Budak tu kata tak sangka harini orang ramai minum air mineral. Mana taknya... sebab air sirap manis yang amat. Kesian pakcik tu..




Balik tu Rau ajak p Butikustazah kat seksyen 7. Beli tudung longgok2 je RM5. Tengok kualiti dan design, ok je. Mak ambil tiga, aku ambil dua. Seronok dapat belikan tudung untuk mak sebab mak susah nak berkenan. Rau pun ada bagi baju kurung yang aku hantar tempah kain Syuura bagi sempena kawin dia Deepavali lepas. Bila Rau hantar balik kat McD, cepat2 drive balik, nasibaik sempat solat Asar. Tak lama lepas tu adik balik. Malam tu baru perasan kunci rumah lak takde. Puas cari dalam kereta dan bilik tapi tak jumpa. Last2 aku malas nak fikir, so minta adik tolong urutkan lutut yang sakit dari haritu. Dah abis urut baru hantar dia balik.

p/s   Seronok harini berganda sebab :
1 Dapat jumpa Puan Jaihan, dah lama tak jumpa
2 Dapat masuk dan mengimbau kenangan di hari konvo ITM
3 Dapat beli tudung untuk mak
4 Dapat baju yang kainnya Syuura hadiahkan sempena kawin dia

No comments:

Post a Comment