Assalamualaikum...
Harini patutnya ada mesyuarat guru pertama 2018 tapi atas perkara yang tak dapat dielakkan, Penolong Kanan tunda esok. Mula-mula rasa macam nak pergi sekolah buat kerja yang tak siap lagi tapi rasanya mesti takde cikgu yang pergi harini. Lagipun rasa penat semacam je ni... Bila mak tahu, dia ajak pergi bayar saman MBPJ lepas tu katanya bolehlah pi pasar oldtown sekali. Masa lalu kat federal highway tu minta mak tengok ada tak kereta kat sekolah. Kata mak, ada 3 kot kereta dalam sekolah. Kan dah cakap... cikgu-cikgu ni takkan pergi sekolah punya, Hehehe.
Sampai kat Dewan Sivik tu pusing-pusing cari parking tapi memang tak ada la jadi mak kata tunggu je dalam kereta sementara mak pi bayar. Kang tak pasal-pasal je nak bayar saman parking, kena saman parking lain pulak. Dalam 15-20 minit mak dah siap bayar. Ingatkan kena RM100 rupanya dapat rayuan bayar RM30 je sebab bayar dalam masa 2 minggu. Mak kata orang MBPJ tu tanya dah beli kupon tiket ke belum? Mak kata dah. Huhu. Okay, lepas tu kami ke pasar Oldtown. Tak jauh pun dalam 5 minit je. Jangan lupa kupon parking, kalau tak takut kena saman lain pulak (60sen je pun untuk sejam). Beli la udang, sotong, daging dan sayur-sayur.
Dalam 30 minit dah siap, ingat nak terus balik tapi mak ajak nak singgah kat kedai makan kakak yang pernah berjiran dengan kami dulu sebelah ni. Maklumlah dah lama tak jumpa. Dekat sebelah pasar je medan selera tu. Awal-awal kakak tu dah senyum kat kami. Mak borak-borak dengan kakak tu pasal perkembangan kawasan rumah. Tetiba dia suruh kami duduk makan nasi ayam pulak. Mulanya nak menolak tapi dia beriya-iya sangat. Bukan apa, takut tak sempat 1jam tiket parking. Tapi kami makan gak la. Banyak tul portion ayam dan nasi dia sampaikan tak habis ayam tu. Sambil makan sambil berborak. Bila tak habis, dia tapau dan tambah nasi dan sup, katanya banyak lagi kat dapur. Alhamdulillah, Rezeki Allah bagi. Moga murah juga rezeki kak Salmah.
Sampai rumah rasa penat, ngantuk, tak larat semua ada. Terlelap lama gak tak sedar dah pukul 4 petang. Lepas tu mulakan projek nak buat kek coklat, nak bagi kat jiran depan ni. Haritu ada beli sekotak serbuk segera kek coklat cuma perlu tambah telur, air dan minyak je. Pukul-pukul dan kukus 55 minit macam arahan kat kotak. Banyak gak la dapat, 1 tin besar dan 1 tin kecik, yang besar untuk jiran yang kecil untuk mak dan aku makan. Kebetulan jiran tu datang nak minta daun pandan so bagi terus la kat dia, Sebelum tu makan pisang raja yang digoreng oleh mak. Dah pukul 6 lebih, baru makan kek coklat, Ok juga rasa dia. Lain kali boleh buat lagi.
Malam makan nasi ayam yang ditapau oleh kak Salmah, lepas tu prepare untuk sekolah esok. Maklumlah dah 3 minggu cuti, Tukar beg yang dah kepam untuk dibasuh dengan beg sekolah baru serta alatan2nya, siapkan baju kurung dan tudung dan juga siapkan handbag untuk dibawa esok. Dah malam baru sediakan bag laptop lak sebab nak mengupdate blog ni huhuhu.
next time kena hati2 , risau nanti kene saman nanti
ReplyDeleteIn shaa Allah lain kali pergi pasar malam jalan kaki je dengan mak. Haritu sebab baru balik dari kubur terus ke pasar, tak sangka lak jadi gitu sebab hari Sabtu kan.
DeleteEh silap... Pasar tani, bukan pasar malam lak. Adoiii, hehehe
Delete