Wednesday, 20 December 2017

Penerangan dan tips UPSR Bahasa Inggeris berdasarkan format mulai 2016

Assalamualaikum...

Tengahari ni rest je takde joging macam selalu sebab malam tadi baru urut kaki yang sengal2 lepas 3 hari berjoging. Tengahari ni tadi ada kawan minta tips untuk anaknya yang tahun depan nak ambil UPSR. Katanya result akhir tahun haritu agak lemah, termasuklah subjek BI dan matematik. Jadi rasanya bagus gak saya bagi sedikit tips untuk subjek BI untuk panduan dia.

p/s : Ni penerangan kasar je, tak de lah detail sangat untuk pengetahuan kawan baik yang nak tahu serba sedikit. Yang dah expert tu, boleh la bagi tips lagi kat sini ye.

PENERANGAN KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR FORMAT BERMULA 2016 :

1. Mulai 2016, terdapat dua kertas untuk Bahasa Inggeris UPSR
2. Kertas Bahasa Inggeris tersebut adalah :

  • Kertas Bahasa Inggeris Pemahaman 013(dahulunya dikenali sebagai Paper 1)
  • Kertas Bahasa Inggeris Penulisan 014 (dahulunya dikenali sebagai Paper2)
3. Setiap kertas Bahasa Inggeris tersebut boleh dijawab dalam masa 1 jam 15 minit.

4. Kedua-dua kertas tersebut mewakili 100%. Ini bermakna keseluruhannya ada 6 subjek untuk UPSR mulai 2016, tidak seperti kelaziman sebelum ini iaitu 1 kertas sahaja di mana dahulu kedua-duanya markah akan dicampurkan pada satu kertas.

5. Julat markah adalah seperti berikut: 



Tarikh
Perkara
Keterangan
12/02/2016 
Julat Gred SR untuk 2016 Berikut adalah Julat Gred Sekolah Rendah 2016: 80 - 100 --> A 65 -- 79 --> B 50 -- 64 --> C 40 -- 49 --> D 00 -- 39 --> E TH --------> TH 

(diambil dari website SAPS)

Bahasa Inggeris Pemahaman 013:

1. Untuk kertas Bahasa Inggeris Pemahaman 013, terdapat 2 section iaitu Section A dan Section B di mana pemarkahan untuk Section adalah 20% manakala Section B adalah 30%. Kedua-dua markah tersebut akan dicampurkan dan digandakan dua untuk menjadikannya 100%.

2. Section A adalah berbentuk MCQ (multiple choice question) iaitu soalan objektif di mana terdapat pilihan jawapan sama ada A, B, C atau D. Terdapat 20 soalan pada section A di mana setiap soalan membawa 1 markah . Ini bermaksud markah penuh untuk Section A adalah 20 markah.

3. Pada section A, soalan nombor 1-15 adalah berkisar pada soalan tentang grammar dan vocabulary (tatabahasa dan kosa kata). Untuk soalan nombor 6, ianya masih berada dalam grammar tetapi lebih menjurus pada proverbs, idioms ataupun similes (peribahasa, simpulan bahasa atau perumpamaan). 
( p/s : Selalunya apa yang saya buat adalah mengajar murid-murid untuk mengetahui tentang 'Eight Parts of Speech' kerana ia adalah ibu untuk memahami grammar).

4. Soalan nombor 16-20 pula adalah soalan reading comprehension (memahamkan bacaan) di mana pada awal soalan, terdapat artikel yang perlu dibaca dan jawapan adalah berdasarkan artikel tersebut.  Selalunya ada satu artikel tetapi saya nampak ada juga sesetengah kertas yang terdapat 2 artikel pada bahagian ini. Soalan 16-20 ini masih lagi soalan objektif iaitu terdapat pilihan jawapan.

5. Untuk Section B, terdapat 5 soalan bermula dari nombor 21 - 25. Soalan pada section B ini adalah berbentuk subjektif iaitu tiada pilihan jawapan. Pada setiap soalan terdapat sub soalan yang perlu dijawab oleh murid berdasarkan pemahaman mereka berdasarkan gambar ataupun artikel yang diberikan.

4. Markah pada setiap soalan tidak sama, kadang-kadang satu ataupun dua, berdasarkan kesukaran soalan tersebut. Jumlah markah pada section B adalah 30 markah.

5. Untuk soalan nombor 21, ianya berkisar pada soalan social expression (pertuturan biasa di antara 2 orang) di mana terdapat 3 soalan yang perlu dijawab iaitu 21 (a), (b) dan (c) dan setiap soalan adalah 2 markah. Jadi, jumlah markah untuk soalan 21 adalah 2 markah x 3 soalan = 6 markah.

6. Pada soalan nombor 22, murid perlu membaca dan meneliti artikel untuk memudahkan mereka menjawab soalan. Terdapat sub soalan di sini iaitu soalan 22 (a), (b), (c), (d) dan (e) di mana semua soalan adalah merujuk kepada satu artikel. Untuk soalan 22 (a)(b), soalan adalah agak mudah jadi markahnya hanyalah 1 sahaja di mana soalan berbentuk tick (√)   pada kotak yang jawapannya betul. Untuk soalan 22 (c)(d)(e), soalan adalah subjektif di mana murid perlu menjawab soalan menggunakan ayat penuh. Selalunya setiap markah adalah 2.
Contoh soalan : What did Ali do that day?
Jawapan yang tidak penuh : Eat apple
Jawapan yang sepatutnya : Ali ate an apple that day.

7. Untuk soalan nombor 23, terdapat satu lagi artikel yang perlu dibaca untuk mendapatkan jawapan. Soalan 23 juga dipecahkan kepada (a), (b), (c), (d) dan (e). Soalan 22 (a)(b) adalah menyuaikan ayat (matching) mana kala 22 (c)(d)(e) pula berbentuk subjektif reading comprehension yang perlu dijawab dengan ayat penuh seperti soalan 22 (c)(d)(e) tadi.

8. Soalan 24 dan 25 berkongsi satu artikel. Untuk soalan 24 (a)(b) adalah berbentuk tick (√) pada kotak yang jawapannya betul. Setiap soalan pada soalan 24 adalah 1 markah. Untuk soalan 25 pula, ianya bersifat subjektif dan aras KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi). Oleh itu nilainya adalah 2 bagi setiap soalan.

Rasanya setakat itu kot yang boleh taip hari ni. Penat dah pun nak sekarang ni almaklum dah pukul 12.14 pagi ni.

No comments:

Post a Comment