
Petang tu pergi Giant sebab mak nak beli periuk, bukan apa.. takut2 dah habis sebab Rabu tu tinggal 3 je kot. Alhamdulillah ada satu last rezeki mak. Lepas tu tebus kad sebab dah cukup semua stem, jadi dapatlah periuk Giant pulak. Hehe. Satu hari dapat 2 periuk. Takpelah asalkan mak suka. Lepas tu pergi DIY pulak. Ingat nak cari cling wrap tapi takde jadi dapat beli berus sabut mak dan bekas untuk kukus je.
Oklah, harini mak ada rebus daging guna pressure cooker. Mak tanya air stok rebusan daging tu nak buat apa. So tanya la kawan2 apa nak buat. Ada sorang ni suggest daging tu goreng dan buat sup sayur. So bersilat lah kat dapur harini. Resipi main campak2 je ikut suka-suka hatilah (macam chef Ammar selalu cakap) Barang2 pun main anggar2 je berapa nak letak. Ni aku letak resipinya.
Daging goreng kunyit
200g daging telah direbus
1st kunyit*
1st garam*
1sb tepung gandum* (ingat nak guna tepung jagung tapi takde)
1st serbuk lada hitam kisar*
1st serbuk kari*
4 kacang panjang
1 carrot
1 cili merah
1 bawang holland
3 bawang merah
2 bawang putih
1/2 kiub ayam knorr (pilihan)
minyak
1 Benda-benda bertanda * disatukan dengan daging dan perap.
2 Hiris bawang dan cili merah, potong memanjang carrot dan kacang panjang. Basuh dan asingkan.
3 Bila dah siap semua, goreng daging tadi hingga nampak garing sikit.
4 Guna sedikit minyak tadi untuk menumis bawang putih dan bawang merah.
5 Bila nampak layu sikit, masukkan carrot, kemudian kacang panjang.
6 Masukkan kiub ayam, cili merah dan bawang holland sekejap (tak letak garam sebab guna kiub)
7 Goreng sekejap.
8 Siap untuk dimakan
Sup sayur simple

1tangkai sawi
sedikit kobis
sedikit brocolli
sedikit kobis bunga (cauliflower)
1 biji bawang holland - hiris
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia (tak letak sebab takde)*
air rebusan daging
serbuk lada hitam halus
kiub knorr
rempah bunjut
cili api
rempah sup sayur
daun sup
1 Blend bahan * hingga halus.
2 Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga kekuningan.
3 Masukkan rempah bunjut, rempah sup sayur dan serbuk lada hitam, kacau.
4 Masukkan air rebusan daging, kiub knorr, .
5 Masukkan carrot dan bunga kobis. Biarkan ianya lembut sedikit.
6 Masukkan sawi, kobis, brocolli, bawang holland dan cili api sebentar sahaja.
7 Masukkan garam dan angkat.
8 Boleh letak daun sup jika suka.
No comments:
Post a Comment