Saturday, 30 December 2017

Hari orientasi tahun 1 dan pra sekolah SKSW

Assalamualaikum...

Harini rasa ok la lepas dapat cukup tidur tapi awal nak kena gerak ke sekolah sebab ada hari orientasi pukul 8.00 pagi. Sampai sekolah terus ke bilik SPBT, nak tolong apa yang patut. Cop-cop dan tulis nombor perolehan buku tahun 2 yang baru sampai. Terdengar gak la ada budak meraung, tak pasti budak tahun 1 ke pra sekolah...  Bila sesi pemberian buku teks kepada murid tahun 1, aku dan yah pun beri buku teks sebanyak 9 buah kepada murid 1 Bakawali. Buku aktiviti tak dapat beri sebab tak cukup lagi. Lepas tu sambung lagi cop dan tulis nombor perolehan dengan yah, syuura, najmatun dan fizah. Cikgu-cikgu lain dah pergi kenduri house warming di rumah cikgu Bahiry pukul 12 tapi kami terpaksa pergi lewat selesai semua kerja tu dalam pukul 3.00 petang. Amir anak syuura pun ikut sekali, Yah tak pasti pulak dia pergi dengan family dia ke tak.

Sampai rumah Bahiry kat Puncak Alam tu dalam 45 minit, jauh gak tu. Ramai juga orang, lauk pun banyak sebab mak mertua dia masak. Syuura kata design rumah tu sama dengan rumah dia kat PD so dia ambil gambar tu nanti ada idea nak hias. Balik tu fizah minta syuura stop kat gerai karipap king kong. Pertama kali dengar ni. Fizah kata sedap. So aku pun beli la satu nak rasa, sebungkus keropok lekor 10 batang RM3.00 dan cakoi 10 keping RM3.00. Beli banyak sebab teringat adik nak datang rumah. Sampai sekolah baru ambil kereta, sampai rumah pukul 6.00 petang.

Balik rumah, mak dah goreng karipap segera. Rasanya sikit. Nak dekat adik balik tu mak goreng balik cakoi beli tadi, sedap gak pencecah pandan yang kakak jual tu buat. Pekat dan penuh rasa pandan. Adik sampai dalam pukul 7.20 malam terus mak bagi makan karipap segera, karipap king kong dan cakoi.

3 comments:

  1. mesti besar karipap king kong tu.ade rezeki boleh beli lagi, mesti puas makan satu pun.

    ReplyDelete
  2. Besar tul. Semalam tu 3 orang makan pun tak habis. Kalau saya sorang boleh 5 kali makan kot, hehe.

    ReplyDelete
  3. Inti dia sedap lagi pun daging ayam dia besar-besar. Memang berbaloi. Betul kata kawan tu.

    ReplyDelete