Sunday, 17 December 2017

Kursus haji minggu ke 3 di Tabung Haji Kelana Jaya

Assalamualaikum...

Pagi tadi awal-awal lagi abang dan kak ina datang ke rumah. Macam biasalah, setiap hari Ahad ada kursus panduan haji kat Masjid Tabung Haji dekat rumah ni. Sampai sana pukul 8.40 pagi dah ramai orang dalam masjid.

Antara pengajaran yang aku dapat, kalau nak pergi haji, dari Malaysia ni dah kena ubah sikap, banyakkan zikir2 dan istighfar. Banyak juga cerita sedih yang berlaku di sana ustaz tu cerita... antaranya ada anak yang biar je ibu bapanya tak berjaga sebaliknya pihak hospital yang jaga sampai habis. Ada pula suami yang tak nak ambil isterinya yang sakit di sana hanya kerana isterinya lupa bawa ubat sakit mental. Ada juga jemaah haji yang membawa saka ke sana, so kat sana dia meraung-raung dan kekuatannya sangat luar biasa sampai terpaksa diikat oleh pihak hospital.

Antara lainnya ustaz menasihati agar kesihatan dan exercise dah kena jaga dari sekarang. Dalam pukul 11 lebih baru habis.


Malam ni hantar adik ke rumahnya. Sampai kat sana, abang dan kak ipar nak ke Balakong. Sempatlah tengok final Gegar Vaganza - Firman, Hazami, Lan Solo, Liza Hanim dan Aishah nyanyi tapi takde la habis sebab dah lewat. Tu je kot nak cerita harini. Ada rezeki, aku sambung lagi. Ngantuk dah ni...

Eh ada si Fad ni bagitau senarai pemenang Gegar Vaganza 4 pulak tengah2 malam buta ni. Ekekeke. Thanks Fad.....
1. Aishah
2. Liza Hanim
3. Lan Solo
4. Hazami
5. Firman
6. Tia Jinbara


6 comments:

  1. boleh la start jogging dari sekarang,senang nak pergi haji nnti.gv tu rase aishah boleh juara sebab suara power

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... esok bolehlah start jogging. Nanti senang stamina dah kuat. Saya memang minat Aishah dari dulu pun...

      Delete
  2. Its near to afternoon now. hehe.

    ReplyDelete
  3. p/s Nenny... nanti klik kat Anonymous, klik kat captcha dan publish ... something like that. Hopefully it will be published, okay?

    ReplyDelete