Wednesday, 27 December 2017

Mesyuarat Guru 1/2018 di SKSW

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai mesyuarat guru 1/2018 pagi tadi. Pagi tu dapat tau yang Jo dan Fizah pregnant, tahniahlah kepada dua-dua mak buyung. Moga dapat baby yang comel-comel. Tak makan nasi lemak Aiman yang disponsor sebab pagi tadi dah makan nasi goreng kat rumah, hanya minum air teh je.

Banyak benda yang disentuh masa mesyuarat. Mula  pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.25 tengah hari. Hmmm kekal lagi ngajar BI tahun 4, 5 dan 6 cuma beza tahun ni ngajar kelas 4 Anggerik. Terkejut gak bila diumumkan ada 5 orang dapat sijil kedatangan penuh termasuklah aku. Lepas habis tu, makan dapat makan nasi lemak Aiman (rasanya Cikgu Mat atau GB yang belanja). Pedas-pedas pun selera gak makan sebab sedap. Siapa ntah bawa rambutan, rezeki dapat makan rambutan gading. Dapat gak merasa coklat dari Langkawi dan Dubai dibawa oleh GB dan encik Azelan dan juga kek coklat sempena guru-guru yang lahir bulan Disember.

Lepas tu borak-borak dengan Fizah, encik Lan dan kak Mas sampai tak sedar dah pukul 3. Balik tu rasa tak larat sangat terus terlelap. Cerita cina dah start pun so tengok sikit je lepas tu cerita korea dan drama Akasia. Minum LA Coffee terus pening kepala so berhenti, simpan kat petiais. Minumlah air cuka epal untuk kurangkan pening. Ada pulak colek makbee dan buah-buah memang ngamlah. Nak kurangkan lagi pening, basuh kepala baru segar.

Mood nak buat kerja takde lagi so lepas tu berhenti makan dan tengok tv pulak sambil baca paper. Tengok whatsapp dengan Yah dan Erni tentang sekolah. Harap-harap tahun ni semuanya berjalan lancar... In shaa Allah.

Oklah nak start buat RPT tahun 4,5 dan 6 pulak. Daaa...

2 comments:

  1. tahniah ade org dapat sijil kedatangan penuh,hopefully tahun 2018 nanti dapat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tapi rasanya 2018 ni tak dapat kot sebab 8 Januari ni plan nak ambil cuti untuk teman mak buat check up mata kat PPUM. Takpelah takde rezeki tu, adalah rezeki lain sebab kita tolong mak kan...

      Delete