Saturday, 30 December 2017

Satu hari yang memenatkan...angin, ngantuk dan pening

Assalamualaikum..

Semalam kan tidur kul 4.25 pagi lepas tu ada mesyuarat BKGP kat sekolah pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah takde la pulak rasa pusing-pusing. Mesyuarat pembubaran AJK BKGP dan pemilihan terbaru untuk sesi 2018-2019. Tahniah atas pemilihan AJK terbaru 2019-2019. Habis tu terus pergi tengok kelas. Rupanya kelas 6Anggerik dah berubah tempat iaitu di sebelah bilik Wawasan. Ambil balik meja dan kerusi dari kelas lama ke kelas baru la nampaknya. Teruk benar mejanya, dah abis kena makan kat tepi oleh anai-anai.

Tengah hari sempat print rpt tahun 4,5 dan 6, juga pelan strategik. Lepas tu jumpa Penolong Kanan untuk beri semua tu dan berbincang. Lepas tu dapat rasa nasi goreng kak mas dan bagi rpt tahun 1 dan 2 kat erniza dan print nama murid 2b kat yati. Dah tu sambung kemas kelas, pukul 4 lebih baru siap. Sakit kaki dan  lutut sebab meja dan kerusi banyak dan berat-berat, dah la buat sorang-sorang. Tak sempat tolong yah kat bilik spbt. Bila turun bilik guru, ada syuura dan fizah je. Rupanya Waha datang kejap. Dapatlah makan keropok keping dari Terengganu. Nak tunggu fizah dan syuura makan sama-sama kat kedai siam tu tapi dah angin teruk ni. Rasanya sebab makan nasi lambat dan tak cukup tidur 2 hari. Sampai rumah pun dah pukul 6.00 petang

Balik tu terus basuh kepala dan sapu minyak angin. Lepas tu terlelap, terjaga pukul dah malam. Lupa pulak petang tadi dah tekan rice cooker. Bangun tu terus makan.. kan tak makan lagi tapi teringat nak makan madu jus Qaseh gold. Dah makan semua baru rasa lega tapi pukul 10.00 terus tidur sebab nak qada tidur yang tak cukup tu. Tak sempat nak fikir pasal kerja dah... asik angin, pening, ngantuk dan penat.

2 comments:

  1. memang penat pun kalau jadual keje cmni, tambah2 pulak tido x cukup

    ReplyDelete
  2. Aàh betul tu. Rasa nak melayang-layang je badan sebab tak cukup tidur. Dapat tidur cukup baru ok.

    ReplyDelete